Ahad, 29 November 2009

DUA NAMA PALING POPULAR DI KALANGAN BLOGGER KB.



Sejak kebelakangan ini, dunia blog di KB begitu mengaibkan..kerana kehadiran beberapa orang blogger tanpa blog dan juga blogger yang ada blog tapi baru setahun jagung menghambur kata-kata kesat dan tidak berperikemanusiaan. Sifat kebinatangan yang ada dalam diri mereka dikeluarkan tanpa segan silu kepada dunia luar. Keaiban dan 'kemaluan' mereka dipertontonkan kepada orang luar. begitu sedih saya mengikutinya.

Dua nama paling popular di kalangan pengunjung blog iaitu Sdr Roslan dan Sdr Musram. Blogger senyumkambing begitu tidak beretika apabila mengeluarkan kata-kata kesat yang tidak bertamadun. Perkataan kasar ini ditujukan kepada sdr Roslan..Blog Kelapa Mawar dikatakan empunya sdr Roslan. Saya mengenali sdr Roslan ini kerana beliau seorang yang aktif dalam politik KB..saya juga pernah mengundi beliau dalam pemilihan AJK Bahagian. Agak menghairankan saya kerana senyumkambing begitu menceritakan perihalperibadi sdr Roslan ini. Segala keaiban, keburukannya dipaparkan. Terfikir saya siapa senyumkambing ini..? Mungkin musuh politik sdr Roslan agaknya, begitu respons kawan blogger saya tadi petang.Apa muslihat senyumkambing bersikap demikian..?

Ada juga mengaitkan blog Kelapa Mawar sebagai sdr Musram. Sitti farhana menyatakannya begitu..Selepas itu muncul pula pelbagai watak yang memburuk-buruk kan Sdr Musram. saya juga mengenali sdr Musram dan beberapa kali bercerita dgn beliau..Apakah motif mengaibkan sdr Musram..? kenapa begitu sekali keadaan blogger di KB..

saya mengharapkan agar semuanya kembali muhasabah diri..watak-watak yang dicipta untuk memburukkan orang lain harus dihentikan segera. Kenapa perlu memaparkan budaya fitnah dan mencarut yang terlampau.

Apakah nilainya blog Kelapa Mawar itu sehingga dijadikan modal memburukan orang lain...? sehingga ada teka-teki mencari identiti Kelapa Mawar.. Hentikanlah semuanya ini...kita jadi serukun yang boleh..saling bermaafan..

Jika ada anasir yg menyusup masuk dalam bloger Kb, jangan dedahkan kepada umum..bersama menyanjungi budaya beretika.. Fikirkanlah wahai sahabat-sahabatku

Selasa, 24 November 2009

PBS MUNGKIN AKAN MENJADI SEPERTI MCA DAN MIC



Krisis MCA sebenarnya ialah krisis peribadi pemimpin bukannya krisis parti. Ada individu dalam parti MCA yang tidak mahu melepaskan kuasa dan jawatan.Sehingga ada yang sanggup "membunuh" pengaruh orang lain dalam parti. Memusnahkan prinsip dan akar demokrasi.Menafikan hak perwakilan dan kehendak penyokong. Kalau krisis MCA ini dapat diselesaikan atas bantuan PM dan Tim.PM.pun tidak akan bertahan lama kerana 'sikap' pemimpin sudah lama terserlah dan diketahui umum.

Krisis MIC juga berkaitan dengan perkara yang sama. Pemimpinnya begitu tamak kuasa sehingga tidak mahu berundur.Sebaliknya menyusun orang-orangnya dalam parti. Suara perwakilan dan ahli tidak penting bagi mereka. Kuasa harus diambil dan dipertahankan. Timbalan Presiden yang tidak sehaluan disingkir dengan nyata dan berani tanpa memikirkan untuk menghidupkan suasana demokrasi dalam parti.

UMNO sudah mula menampakkan kematangan demokrasi dengan membenarkan 1/3 ahli peringkat akar umbi untuk menentukan pemimpin atas parti. tetapi nampak tidak juga sangat menuju kepada demokrasi parti yang sebenar.

PBS MUNGKIN akan menjadi seperti MCA dan MIC malahan akan lebih teruk ,kerana sejak ditubuhkan 20 tahun yang lalu PBS tidak pernah berubah presidennya, malah tidak pernah berlaku pertandingan merebut jawatan presiden itu. Jawatan timbalan Presiden sudah banyak kali silih diganti kecuali kerusi presiden. PBS tidak sangat membuka pintu kepada suku bukan dari KDM biarpun timb. Presidennya bumiputera Islam..untuk naik ke jawatan presiden akan tinggal angan-angan saja.



Rabu, 18 November 2009

WAJARKAH TINDAKAN DATUK MUSBAH - LULUSKAN PROJEK JALAN KE RUMAH SDR MUSRAM ?



Setelah pelbagai dakwaan dilemparkan kepada Blogger Sepenuh masa sdr Musram, kononnya beliau kerap menyamar dalam pelbagai watak dan perwatakan, kini sekali lagi isu mengenai blogger ini mendapat tempat di kalangan posting para blogger di KB. Bukan kerana isu penyamarannya , bukan juga disebabkan oleh penulisannya tentang politik dan sosial tetapi lebih di sebabkan kerana kejayaannya memperolehi peruntukan DUN dari Datuk Haji Musbah Jamli iaitu pembinaan Jalan atau lorong menuju ke rumahnya di Rampayan Ulu berjumlah RM 6000 . Lorong jalan itu dikataan oleh Sdr Musram sebagai berlumpur dan tidak boleh dimasuki oleh keretanya. Penjelasan itu dibuat oleh beliau melalui laman blognya..

Apa yang menjadi topik perbualan para blogger di KB ialah wajarkah peruntukan itu diberikan oleh Datuk Musbah yang hanya melibatkan kepentingan individu ? bagaimana dengan kepentingan masyarakat yang masih ketandusan dengan keperluan asas sebegitu..?

Walaupun Hal ini hanya melibatkan peruntukan sekitar RM 6000 dan hanya melibatkan menabur batu gravel..namun yang menjadi tanda tanya kebanyakkan orang di KB ialah kenapa banyak sangat Projek yang diperolehi oleh Pegawai Kemajuan Rakyat SDR BAGHDAD TORUGAN...melalui TITIAN JASA ENTERPRISE..

Akhirnya sdr Musram menjadi sasaran kritikan itu termasuk DUN TEMPASUK Datuk MUSBAH yang meluluskan projek itu atas kepentingan politiknya..? Benarkah atau sebaliknya..?

Selasa, 17 November 2009

SABAHKINI : MUSA AMAN HINA MAHKAMAH TINGGI KOTA KINABALU?


Oleh: JAMIL NASRAH

KETUA Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman disifatkan telah menghina mahkamah dan sekaligus menjatuhkan imej kerajaan Negeri Sabah kerana enggan mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu agar menyelesaikan tuntutan sejumlah RM91 juta dalam kes saman sivil yang dimenangi oleh Syarikat K Sdn.Bhd pada 2004.

Ketua Cawangan UMNO Tampi-Tampi Darat, Azizul Sanarul ketika mendedahkan perkara ini kepada Sabahkini.net, memaklumkan bahawa Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah memberikan award sejumlah RM91 juta tidak termasuk faedah 8 peratus setahun kepada syarikat K Sdn.Bhd setelah kerajaan negeri tewas dalam perbicaraan sivil yang difailkan oleh tiga syarikat terhadap Kerajaan Negeri Sabah.

“Dalam keputusan mahkamah tersebut, Kerajaan Negeri diarah membayar award tersebut dalam tiga alternatif iaitu secara tunai atau tanah pertanian atau konsesi pembalakan,” ujar Azizul yang memaklumkan bahawa Musa Aman telah meremehkan perintah Mahkamah Tinggi dengan memberi kawasan hutan simpan dara (VJR) yang tidak mempunyai balak seluas 9,000 ekar.

Tegas Azizul, syarikat tersebut telah memohon kepada mahkamah untuk mengembalikan kawasan tersebut dan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah mengarahkan agar Kerajaan Negeri menyelesaikan isu berkenaan dalam tempoh dua minggu sahaja.

Kes tersebut adalah di peringkat muktamad dan mandatori setelah Kerajaan Negeri Sabah tidak mencabar keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengikut tempoh yang ditetapkan di bawah Akta Limitasi, namun Musa Aman enggan melayan arahan berkenaan.

“Namun kini sudah empat setengah tahun berlalu, award berkenaan diabaikan oleh Musa Aman dengan alasan tidak ada tanah kosong tersedia atau kerajaan negeri tidak mempunyai wang dan tiada konsesi pembalakan tersedia. Ironinya Musa terus memberikan konsesi kepada proksinya, Danagaya Sdn.Bhd. Apa ertinya semua ini?,” ujar Azizul yang membuat carian di Mahkamah Tinggi berhubung isu yang memalukan ini.

Azizul yang bertindak atas kapasitinya sebagai Aktivis Masyarakat dan Ketua Cawangan UMNO ingin membersihkan imej ‘muflis’ kerajaan negeri yang gagal menjelaskan hutang kepada syarikat berkenaan.

“Apa agenda Musa Aman menjelaskan bayaran sejumlah RM6.5 juta termasuk faedah kepada sebuah syarikat lain yang mendapat award daripada Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, namun enggan mematuhi perintah Mahkamah berhubung isu syarikat K Sdn.Bhd,” ujar Azizul yang akan memfailkan laporan rasmi di Ibu Pejabat SPRM berserta bukti yang beliau perolehi kerana yakin Musa Aman memperolehi sesuatu laba atau mempunyai kepentingan terhadap syarikat berkenaan.

Menurut Azizul, berdasarkan perkiraan semasa pada kadar faedah lapan peratus, Kerajaan Negeri Sabah wajib membayar sejumlah RM123.78 juta kepada syarikat K Sdn.Bhd dan jumlah tersebut akan terus meningkat jika Kerajaan Negeri gagal menjelaskan hutang tersebut.

“Kita bimbang jika syarikat K Sdn.Bhd mendapatkan perintah mahkamah untuk menyita Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah atau Wisma Innoprise sebagaimana kejayaan Tengku Wong menyita bangunan Kerajaan Negeri di Pahang suatu ketika dahulu, maka sudah tentunya imej Kerajaan 1Malaysia Najib akan turut tercemar,” ujar Azizul yang mendesak campurtangan Perdana Menteri Malaysia.

Dengan kedudukan rizab pada kadar sifar, kata Azizul, kerajaan Negeri Sabah sebenarnya MUFLIS kerana menanggung beban hutang atau liabiliti yang tinggi sehingga akan menyebabkan pelabur membatalkan niat mereka melabur di Sabah kerana Kerajaan Negeri tidak berupaya menjelaskan hutang.

Azizul turut menggesa agar syarikat K Sdn.Bhd memfailkan saman menghina mahkamah terhadap Musa Aman yang enggan mematuhi perintah mahkamah sekalipun masih terdapat 800,000 hektar tanah kerajaan dan dua juta hektar hutan simpan komersial yang boleh dilupuskan kepada syarikat berkenaan bagi menyelesaikan hutan tersebut.

Rabu, 11 November 2009

UNTUK DATUK RAHMAN, DATUK MUSBAH DAN DATUK JAPLIN


Kerana banyak berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa, kerana peruntukan DUN dan Parlimen banyak menghadapi kerumitan sehingga tidak sampai ke sasarannya, kerana peruntukan dan pembahagian projek atas nama DUN dan Parlimen hanya dimonopoli oleh golongan tertentu, dan kerana atas dasar bahawa sudah sampai masanya isu ketelusan harus diutamakan dan kerana membendung ketirisan dan kebocoran..maka..maka dan sesungguhnya langkah SPRM menubuhkan satu badan atau Jawatankuasa memantau perihal peruntukan DUN dan PARLIMEN wajar dipuji dan dihargai.

Kerana itu kita dalam konteks negeri Sabah dan daerah KOTA BELUD, mengalu-alukan langkah SPRM itu. Bukan kerana mencurigai ADUN dan Ahli Parlimen KB, tetapi sebenarnya menjaga para pemimpin ini dari intaian mata rakyat yang sering menimbulkan ketidakpuasan hati mereka. Manifestasi dari penubuhan badan pemantau ini ialah melahirkan para pemimpin yang lebih telus dan berakauntibiliti. Di Pihak rakyat pula akan membuka ruang untuk berdiskusi dengan pemimpin mengenai projek-projek pembangunan yang dijalankan supaya meminimumkan rasa sangsi dan salahsangka sehingga membawa kepada kepincangan tadbir dan urus peruntukan ADUN dan PARLIMEN.

Di Kota belud, DUN Usukan dan TEmpasuk serta Kadamaian tidak akan terlepas dari pemantauan ini. Jika seseungguhnya yang demikian, Datuk Japlin , datuk Haji Musbah juga Herbert Lagadan harus membuka ruang ketelusan dan berjiwa adil dalam pembahagian dan pengagihan peruntukan DUN untuk membangunkan dan memberikan kemudahan kepada rakyat di kawasan masing-masing. Begitu juga ahli parlimen Kota Belud, DARD seharusnya tidak berbangkit isu-isu berkaitan dengan pengagihan peruntukan parlimen.

Rabu, 4 November 2009

ADUN TEMPASUK DAN UMNO KG.TAMAU


Ketika saya membaca posting YB Datuk Musbah, Adun Tempasuk tentang majlis PIBG kg Tamau, saya amat tertarik dengan keteguhan hati YB Musbah, kerana dalam PRU-12 yang lalu ,saya adalah antara petugas yang membuat tinjauan dalam beberapa peti undi sekitar daerah Kota Belud dan Kg Tamau tidak terkeculi. Saya juga tahu bahawa Datuk Musbah kalah di Kg Tamau, biarpun masyarakat suku Iranun yang mendiami kampung itu pada awalnya digambarkan menyokong penuh datuk Musbah. Tetapi oleh kerana calon PKR juga dari kampung berkenaan, maka undi pecah dan menunjukkan peningkatan kepada sokongan pembangkang.

Tidak ramai yang saya kenali di Kg.Tamau, seingat saya hanya Sdr Roslan, kerana saya juga turut memberikan sokongan ketika beliau bertanding selaku AJK Bahagian. Saya menyokong beliau atas sebab kerana kesabaran dan ketabahannya dalam meneruskan perjuangan politik. Walaupun saya tidak mengenali ayahandanya, Tuan Hj. Manshor, tetapi saya mendengar banyak cerita tentang perjuangan beliau sejak zaman USNO lagi. Dan kerana itu juga saya memberikan sokongan kepada sdr Roslan.

Namun yang agak menghairankan saya ialah bagaimana, Datuk Musbah boleh mengalami kekalahan dalam peti undi di kg. itu sedangkan dari apa yang saya ketahui dari risikan ketika pilihanraya lalu, Tuan Hj.Manshor adalah antara pemimpin di kg itu yang kuat menyokong Datuk Musbah dan saya juga dikhabarkan bahawa sdr Roslan adalah antara perancang utama kempen bersama-sama saudara-saudaranya lain. Antara yang saya kenali secara sepintas lalu ialah abang beliau iaitu Cikgu Mokdin.

Walaupun kalah dalam peti undi di kawasan itu, Datuk Musbah seharusnya membuat penyelidikan sama ada wujud masalah kepada para pengundi di kawasan itu, termasuk unsur-unsur sabotaj dalam parti terutama dalam cawangan umno di kg itu. Banyak yang saya dengar tetapi belum pasti kebenarannya. Tidak hanya memberikan kepercayaan kepada seseorang dengan mengabaikan orang lain.