Selasa, 26 Julai 2011

SPR DAN SISTEM BIOMETRIK


Tidak dinafikan penggunaan teknologi maklumat dalam banyak aspek pentadbiran negara, malah pengurusan syarikat telah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, produktiviti, keselamatan, kesihatan dan banyak lagi khususnya kepada kepentingan pihak awam. Tidak ketinggalan peranan utamanya untuk memastikan tahap ‘competitive’ atau daya saing negara terus kekal dan berdaya maju berbanding negara-negara lain.

Satu keperluan ‘survival’ rakyat Malaysia untuk menggunakan teknologi maklumat sebagai alat untuk memacu negara di dalam proses penjanaan pendapatan dan seterusnya mempertingkatkan pendapatan per-kapita agar rakyat tidak terus menerus lemas di bawah tekanan ekonomi khususnya dari negara luar yang juga menggunakan kaedah yang sama untuk tujuan ‘survival’ mereka.

Tidak terlalu ‘extreme’ atau berat kalau saya katakan, kita amat memerlukan teknologi maklumat untuk mempertahankan kedaulatan negara khususnya daripada penjajahan ekonomi.

Saya pasti ramai yang akan bersetuju impak positif teknologi maklumat kepada kehidupan sosio-budaya serta pengaruhnya kepada aturan perjalanan kehidupan harian kita, walaubagaimanapun keputusan SPR dan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mempertimbangkan Sistem Biometrik di atas justifikasi ketelusan ketika pilihanraya khususnya di dalam mengekang pengundi hantu sebenarnya merupakan satu tindakan buat masa ini, dengan tahap integriti yang meragukan daripada sebuah kerajaan yang dilihat kini tidak adil, korup dan zalim dilihat sebagai satu tindakan atau keputusan yang TIDAK SELAMAT.

Rakyat ragu-ragu dengan KETELUSAN yang diucapkan. Rakyat juga ragu-ragu dengan SPR yang dilihat tidak telus, tidak bebas dan kepartian. Malah rakyat juga melihat kawalan politik kepada agensi-agensi yang tertentu yang dilihat terpaksa menyokong dasar parti yang memerintah walaupun bercanggah dengan kepentingan rakyat khususnya dari aspek Hak Asasi termasuk hak-hak yang jelas termaktub di bawah perlembagaan. Malah, Rakyat rata-rata khuatir dengan tindakan pemerintah yang mirip kepada pemerintahan kuku besi seperti yang berlaku di Tunisia.

Kerajaan yang memerintah perlu memulihkan persepsi negatif ini dulu sebelum menimbang untuk menjuarai ‘ketelusan’ melalui cadangan sistem Biometrik itu yang dilihat rakyat satu lagi alat manipulasi keadilan yang akan mencacatkan lagi persepsi rakyat kepada proses pilihanraya yang adil dan bersih.

Bagaimana Sistem Biometrik boleh dimanipulasi?

Setiap sistem teknologi maklumat yang memerlukan pengesahan aplikasi sistem akan merujuk kepada pengkalan data. SPR diketahui umum telah lama menggunakan aplikasi teknologi maklumat untuk menyimpan maklumat pengundi di dalam pengkalan data. Malah maklumat daftar pengundi boleh dicapai oleh setiap pengundi secara ‘online’ dengan menggunakan kekunci unik seperti nombor kad pengenalan untuk aplikasi sistem SPR itu mengarahkan capaian maklumat pengundi daripada pengkalan data SPR.

Rakyat tahu masalah utama aplikasi sistem Teknologi Maklumat SPR bukanlah pada aplikasi itu tetapi DATA atau MAKLUMAT yang berada di dalam pengkalan data SPR.

Capaian data atau maklumat pengundi dari pengkalan data sebelum ini melalui aplikasi Teknologi Maklumat atau Sistem Pengurusan Maklumat jelas menunjukkan ada pengundi yang mempunyai 2 tempat malah beberapa tempat mengundi. Malah paparan berita yang dipetik dari Suara Keadilan semalam (24/7/11) mendakwa bahawa terdapat lebih 1600 pengundi yang berusia lebih 100 tahun di Perak di mana 1447 orang daripadanya berusia di antara 100 sehingga 109 tahun. Kita punyai warga emas seramai itu di Perak? Bagaimana pula di seluruh negara?

Jawapan yang mudah kepada masalah integriti data atau maklumat walaupun melalui aplikasi teknologi maklumat atau sistem maklumat yang telah lama digunapakai SPR bukanlah kerana aplikasi itu tetapi kerana data atau maklumat yang dimasukkan ke dalam pengkalan data.

Hanya SPR sahaja yang tahu siapa yang bertanggungjawab untuk memasukkan dan mengemaskinikan data atau maklumat tersebut di dalam pengkalan data. data atau maklumat di dalam pengkalan data tidak boleh berubah dengan sendirinya. Ia hanya boleh berubah dengan tindakan manusia yang menggunakannya. Siapa yang menggunakannya? Anda tahu Siapa?

Kalau SPR tahu bahawa masalah utama adalah integriti DATA atau MAKLUMAT bukanlah kerana aplikasi capaian Teknologi Maklumat atau Sistem Maklumat itu, kenapa SISTEM BIOMETRIK dicadangkan? SISTEM BIOMETRIK juga adalah sebuah aplikasi Teknologi Maklumat atau Sistem Maklumat seperti aplikasi yang digunakan sekarang, cuma perbezaannya adalah cadangan baru itu menggunakan ‘hardware’ atau perkakasan serta perisian dan bukan ‘software’ atau perisian semata-mata untuk capaian DATA atau MAKLUMAT pengundi dari pengkalan data seperti yang digunakan hari ini.

Sebagai Contoh : SISTEM BIOMETRIK yang menggunakan cap jari akan bertindak sebagai KUNCI UNIK seperti No.Kad Pengenalan untuk capaian DATA atau MAKLUMAT daripada PENGKALAN DATA. Setiap rakyat Malaysia mempunyai No.Kad Pengenalan Unik dan boleh dipadankan dengan Cap Jari yang juga unik. Sepertimana maklumat No.Kad Pengenalan yang perlu dimasukkan ke dalam pengkalan data untuk membolehkan maklumat pengundi dicapai (nama penuh, alamat, tempat mengundi dan sebagainya), Cap Jari juga perlu dimasukkan ke dalam pengkalan data untuk membolehkan capaian itu dilakukan.

Sepertimana didapati terdapat No.Kad Pengenalan yang sama tetapi mempunyai tempat mengundi yang berbeza (pelbagai lokasi), Cap Jari juga boleh dipadankan dengan tempat mengundi yang berbeza selagimana No.Kad Pengenalan dan Cap Jari yang sama diMASUKKAN oleh SPR ke dalam beberapa rekod (tempat mengundi dan alamat) yang BERBEZA, keputusan daripada SISTEM BIOMETRIK juga akan menghasilkan senarai pengundi yang boleh mengundi di beberapa lokasi mengundi.

Isu KETELUSAN dan PENGUNDI HANTU bukanlah kerana APLIKASI CAPAIAN (perkakasan atau/dan perisian).

Apa perlu ia ditukarkan jika prosesnya sama? Pertukaran lebih dilihat hanya dari aspek kosmetik luaran.

Jawapannya adalah tidak perlu. Siapakah lagi yang akan mendapat habuan dari kegawatan ini melalui cadangan SISTEM BIOMETRIK itu?. Saya biarkan Umno BN untuk merangka jawapan itu. Pasti ramai yang akan tersenyum. Rakyat lebih tahu.

Secanggih manapun aplikasi capaian Teknologi Maklumat atau Sistem Maklumat itu (perkakasan atau perisian, biometrik (cip/kad ID, suara, pengesahan ibu jari atau mata), jika DATA atau MAKLUMAT yang sedia ada di dalam PENGKALAN DATA tidak diBERSIHkan,

tidak dikawal dan diurus selia secara bebas oleh badan yang bebas serta dipercayai Rakyat akan KETELUSAN mereka, saya tidak melihat sumbangan Sistem BIOMETRIK itu kepada ‘KETELUSAN’ itu khususnya penyelesaian kepada solusi isu pengundi hantu.

Manipulasi SISTEM BIOMETRIK boleh dilakukan kepada PENGKALAN DATA.

“Biometrics can prevent electoral fraud; Biometric can be used to fraud electoral as well.”

“Biometrik boleh mencegah penipuan pilihanraya, Biometrik juga boleh digunakan untuk menipu pilihanraya”.

Proses pengesahan melalui sistem itu adalah usaha sia-sia, membazir dan TIDAK SELAMAT pada pandangan peribadi saya kerana sebab-sebab di atas. SPR harus menimbang 8 cadangan Jawatankuasa BERSIH 2.0 untuk Pilihanraya yang ADIL dan BERSIH. Semoga imej dan integriti pemerintah dan SPR di mata dan hati rakyat Malaysia dapat dipulihkan dengan menerima semua cadangan itu.

Wallahua’lam.

Selasa, 19 Julai 2011

Blogger SharpShooter TERUS LAWAN RAIS


TheMalaysianinsider -Amizudin: Saya tetap lawan, tak terkejut arah bayar Rais RM400,000

Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, 20 Julai — Amizudin Ahmat yang semalam diarah membayar Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim RM400,000 berhubung satu artikel berkaitan dakwaan merogol pembantu rumah Indonesia berkata, beliau tidak terkejut dengan keputusan itu, sebaliknya menegaskan akan "terus lawan."

"Saya akan terus lawan. Saya akan meneruskan perjuangan... akan membuat rayuan," kata Amizudin ketika dihubungi The Malaysian Insider malam tadi.

"Sebenarnya saya tidak terkejut dengan keputusan ini... jumlah RM400,000 yang diarah dibayar pak menteri (kepada Rais)," kata beliau.

Pengendali laman sharpshooterblogger.blogspot.com ini menambah, keputusan mahkamah mengarahkannya membayar RM400,000 juga tidak akan menghalangnya daripada terus menyiarkan tulisan-tulisan kritikal mengenai pemimpin-pemimpin kerajaan.

"Saya akan terus menulis. Tindakan pak menteri hanya mahu menakut-nakutkan blogger Pakatan Rakyat, saya tidak akan patah semangat," katanya lagi.

The Malaysian Insider difahamkan beliau sudah berbincang dengan peguamnya untuk membuat rayuan berhubung keputusan mahkamah semalam.

Rayuan dijangka difailka hari ini ataupun esok.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Amizudin membayar ganti rugi RM300,000 kepada Rais. Selain itu, mahkamah juga memerintahkan Amizudin membayar kos RM100,000 kepada Rais.

Pada 1 Januari lalu, Rais memfailkan saman terhadap Amizudin, 42, yang juga ahli jawatankuasa Angkatan Muda PKR, berhubung artikel yang disiarkan dalam blognya pada atau sekitar 28 Disember lalu.

Rais diwakili peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan Azad Bashir manakala Amizudin diwakili peguam William Leong.

Dalam komen disiarkan di blognya, Amizudin berkata, "sebenarnya kalah sebab gagal bawa saksi Migrant Care dan Robengah ke mahkamah dan semua tahu bahawa laporan yang menuduh pak menteri rogol itu adalah laporan tiga muka surat Migrant Care."

"'Sharpshooter' diberi pilihan sebelum perbicaraan pada Isnin 4 Julai 2011 lalu untuk mohon maaf secara terbuka kepada Rais Yatim, namun 'sharpshooter' tolak pilihan tersebut kerana sudah pasti jika 'sharpshooter' mohon maaf secara terbuka... akan ada tuduhan 'berapa ribu sharpshooter terima duit daripada Rais Yatim untuk minta maaf'."

"Walau bagaimanapun 'sharpshooter' akan keluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat setelah berbincang dengan peguam di Pulau Pinang. Lawan tetap lawan," katanya.

Menurut laporan media semalam, dalam penghakimannya, Hakim Zabariah Mohd Yusof berkata, setelah mengambil kira fakta dan bentuk fitnah yang dilakukan oleh Amizudin dalam blognya dan juga nilai wang semasa, jumlah yang diberikan kepada Rais adalah munasabah.

Katanya, fitnah yang dibuat itu adalah sangat serius, dan jika seseorang itu mempercayainya, bukan sahaja reputasi Rais akan terjejas di peringkat nasional dan antarabangsa, tetapi yang lebih penting ialah kesannya terhadap kehidupan Rais dan keluarga.

Zabariah berkata bahawa dalam menetapkan jumlah ganti rugi itu, mahkamah mendapati tidak ada keterangan yang boleh mengaitkan Rais dengan perbuatan salah laku sehingga mendorong Amizudin mengeluarkan artikel berkenaan.

"Apa yang jelas ialah defendan ini berada dalam kem politik yang berlainan," katanya dipetik Bernama Online.

Beliau berkata fitnah itu melibatkan perbuatan merogol seorang individu dari negara lain dan ini merupakan satu tuduhan paling kotor yang dibuat terhadap seseorang.

Malah menurut Zabariah, tuduhan itu juga tidak sihat daripada segi hubungan diplomatik dan ia menambah lagi kemarahan negara jiran itu memandangkan terdapat kes-kes warga negara berkenaan didera ketika bekerja sebagai pembantu rumah di negara ini.

Katanya artikel itu diterbitkan dalam satu laman blog yang dapat diakses oleh sesiapa saja termasuk di luar negara.

Zabariah berkata bahawa daripada keterangan yang ada, perbuatan Amizudin mengeluarkan artikel itu dahulu sebelum memastikan kesahihannya, merupakan satu tindakan yang cuai.

"Ini jelas daripada keterangannya bahawa dia telah pergi ke Jakarta untuk menyiasat hanya selepas dia mengeluarkan artikel itu dalam blognya. Dia berada di sana selama tiga hari dan gagal mendapatkan pengesahan terhadap dakwaannya itu daripada wanita yang dikatakan mangsa," katanya.

Selepas itu Amizudin tidak lagi mengambil apa-apa tindakan dan ini menunjukkan bahawa dia tidak kisah tentang kesahihan artikelnya terhadap Rais, kata Zabariah lagi.

Sharpshooter - Kepada semua blogger pro Pakatan Rakyat, usah takut untuk terus menulis..

Jazakallah kepada semua sahabat-sahabat seperjuangan yang memberi sokongan dan sumbangan ikhlas melalui hebahan di facebook.. Allah sahajalah yang dapat membalasnya..God Bless all of you..

Lawan tetap lawan..

Blogger SharpShotter diarah bayar Rm 300 000 kepada Rais yatim


Berita Harian - KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, pagi ini memerintahkan blogger Amizudin Ahmat membayar ganti rugi RM300,000 kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim kerana menerbitkan perkataan fitnah terhadap menteri terbabit.


Pada 31 Januari lalu, Rais memfailkan saman terhadap Amizudin, 42, yang juga anggota jawatankuasa sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), berhubung artikel yang diterbitkan dalam blog Amizudin, sharpshooterblogger.blogspot.comberserta gambar Rais, pada atau sekitar 28 Disember tahun lalu. Rais, 69, dalam pernyataan tuntutannya berkata seluruh artikel dalam bahasa Melayu itu berniat jahat memfitnahnya dan perkataan dalam artikel bermaksud dan/atau difahamkan membawa maksud yang beliau bersalah melakukan kesalahan serius iaitu merogol dan mampu membunuh pembantu rumahnya dari Indonesia. Rais yang juga Ahli Parlimen Jelebu menafikan tuduhan itu selepas penulis blog menamakannya. Susulan itu, seorang wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah selama lapan tahun dengan Rais dilaporkan oleh portal berita Indonesia menafikan yang dirinya diberi layanan buruk atau dirogol majikannya.

Selasa, 12 Julai 2011

Antara Blog Kelapa Mawar, Kesesakan Pekan Kb dan kekecewaan


Saya merujuk kepada artikel yang telah ditulis oleh blogger Kelapa Mawar mengenai kesesakan lalulintas di Pekan Kota Belud. Beliau menulis antara lainnya.


"Jalan raya bypass yang diwar-warkan kononnya untuk mengelakkan kesesakan teruk di pekan ini nyata adalah m '^F8fm R Ug{oX\ gunan yang berselindung atas kepentingan rakyat. Masalah kesesakan di pekan ini terus menjadi 'hantu bangkit' dikalangan masyarakatnya termasuk masyarakat luar yang datang berkunjung di pekan yang terkenal dengan tamu mingguannya ini.Masalah kesesakan ini berlaku di segenap pelusuk memasuki pekan ini. Dari kedamaian, dari Tempasuk dan dari Usukan terutama sekitar pukul 8.00 pagi hingga tengah hari setiap hari. Para pemimpin di dan wakil rakyat seperti mati akal untuk menyelesaikan masalah ini. Bila keadaan ini akan berakhir? bila PRU 13 muncul nanti, ikutilah kempen0-kempen pemimpin yang bertanding, pasti akan kedengaran dodoian si kaduk yang mahu menjadi hero menyelesaikan kesesakkan ini. selepas PRU, dodoian itu akan samar menjadi janji basi dan busuk. Wahai rakyat Kota Belud! bukalah minda! bukalah mata! kapan kamu menjadi kunang-kunang menerangi si pemimpin yang semakin buta matanya?"




Pada awal saya menjadi ahli parlimen Kota Belud, isu kesesakan trafik lalulintas di Pekan Kota Belud menjadi salah satu isu yang paling awal dibawa keperhatian saya. Memang benar keadaan kesesakan lalulintas di Pekan Kota Belud sudah sampai ketahap yang agak kronik.Sebab itu pada penghujung tahun lepas, pihak kerajaan telah memberi peruntukan sebanyak RM2.8juta untuk membina jalan penyuraian/lintas dari kawasan kedai Telak Bana ke Menunggui dan ke simpang jalan JKR. Ini akan memberi jalan masuk dan keluar baru pekan Kota Belud dan seterusnya mengurangkan kesesakan lalulintas di dalam pekan.




Malangnya setelah bertungkus lumus mendapatkan peruntukan itu, kerajaan tidak dapat membina jalan tersebut kerana dibantah oleh beberapa pihak tuan punya tanah di mana jalan itu terpaksa lalui. Perundingan demi perundingan telah dilakukan tetapi tuan-tuan punya tanah memberi berbagai-bagai alasan yang tidak dapat di terima oleh kerajaan. Kelewatan ini berpanjangan sehinggakan tempoh untuk membelanjakan duit itu semakin luput. Oleh kerana tidak mahu peruntukan itu ditarik balik oleh kerajaan, maka akhirnya, projek itu terpaksa ditangguh dan bajet untuk jalan penyuraian/lintas itu telah dipindahkan kepada pembinaan jalan Sumbulingan Pituru Laut.




Ringkasnya, janji telah ditepati tetapi oleh kerana ada pihak yang tidak bersetuju maka projek itu tidak dapat dibuat. Inilah realiti masalah pembangunan di Kota Belud sekarang ini. Hakikatnya, banyak projek-projek kerajaan menemui jalan buntu atau mengalami kelewatan yang amat ketara kerana proses perundingan pengambilalihan tapak tanah dengan pemilik gagal atau tidak berganjak.Sampai bila fenomena yang mengecewakan ini berlanjutan, hanya rakyat Kota Belud yang boleh menentukannya. Tepuk dada tanya selera.

Ahad, 10 Julai 2011

BERSIH ADALAH PERANG SAUDARA PAS DAN UMNO


BERSIH walau siapapun kepalanya, tidak lebih dari perang saudara UMNO dan PAS. Jika dilihat kehadiran dalam demonstrasi itu 90 peratus adalah orang-orang PAS. Sedikit orang-orang PKR dan jarang-jarang orang DAP.

Jika BERSIH tidak didokong oleh juak-juak PAS, maka tiada demonstrasi BERSIH di Kuala Lumpur. kalau nak harap beberapa kerat India dan Cina tiada ada apa yang akan terjadi. Hakikatnya hanya Melayu yang berani melawan Melayu. Kesimpulan aku, BERSIH adalah mainan kebencian yang sekian lama didendangkan oleh PAS terhadap UMNO.

Pun begitu aktor hebat alaf ini tentunya milik DSAI. Pelakon serba boleh yang berada didalam semua watak. Penyodok, Penyungkit,Pengarah, Pelakon dan Pak dalang maha hebat.
Demikian ahli politik anugerah tuhan kepada umat Melayu Islam. Aku kurang pasti apakah kita semua bertuah atau celako mempunyai ahli ahli politik sedemikian.

Ahli-ahli politik di Malaysia baik dari BN atau PR kebanyakkannya adalah sampah dan parasit semata-mata. Tiada yang benar-benar jujur terhadap apa yang diperjuangkan. UMNO menjual semangat kebangsaan, PAS menjual ISLAM , DAP menjual kesaksamaan yang tak saksama, PKR menjual ANWAR IBRAHIM anugerah TUHAN. Atas nama kuasa dan harta semua dapat dan boleh dijual.

UMNO sudah lama menjual maruah Melayu, kini PAS menjual maruah ISLAM , DAP dan PKR tiada maruah untuk digadai sebab mereka memang tiada maruah. Anwar Ibrahim? semua sudah digadainya termasuk kamaluan beliau sendiri...

Orang orang Melayu sebenarnya memerlukan '3rd force'- Kuasa ketiga yang lebih ihklas kepada perjuangan dan survival bangsa dan agama. Tetapi kita tidak boleh mengharapkan PERKASA yang terlebih lawak atau PATRIOT yang plastik. Mungkin setelah tergadai semua yang menjadi hak orang Melayu, maka '3rd force' ini akan muncul kerana tiada apa yang hendak direbut selepas itu kecuali keikhlasan untuk melihat bangsa membangun.

Orang Melayu tidak boleh mengharapkan PAS untuk membela mereka sebab PAS memang tidak membela Melayu, mereka juga tidak membela Islam kerana tidak ada apa-apa sumbangan yang signifikan mereka dalam pembentukan tamadun melayu Islam. Sistem ekonomi Islam gagasan PAS? zilch! menguruskan satu koperasi pun bangkrap, Sistem pemerintahan Islam gagasan PAS? udah di modifikasi berdasar kehendak pasaran. Sistem pendidikan gaya Islam gagasan PAS? hanya tadika PASTI yang dapat ditampilkan. Sistem pemerintahan Kedah dan Kelantan? hanya ubahsuai sedikit-sedikit dari sistem sedia ada yang diwarisi dari UMNO dan British.

UMNO? apa yang ada sekarang adalah wajah UMNO? baik dan buruknya. Sekurang-kurangnya ada bank Islam, Universiti Islam , Islam kosmetik kata PAS. Walaupun nama Melayu dah lama tergadai. Pembahagian masih ada walau terlalu berat kepada bangsawan-bangsawan UMNO. Ini yang menjadi sakit hati Melayu PAS dan akar umbi UMNO.

Dari BERSIH, aku tidak melihat apa apa kebaikan kepada negara. Pembangkang yang terlalu ingin mengambil alih kuasa sehingga sanggup menggadai kedaulatan negara kepada ornag-orang seperti Soros. dan UMNO yang 'clueless' kepada perubahan dunia semasa, masih terlalu bertakuk kepada model lama . Singapura hanya memerhati dengan penuh minat.

Satu hal yang perlu diketahui adalah Singapura tidak boleh bertahan lama sebagai sebuah 'City State' kerana tiada sumber alam yang mencukupi. Aku pernah terbaca satu artikel yang mengatakan Singapura harus terpaksa bergabung atau mengambil alih Malaysia pada tahun 2061 kerana jika ia tidak berbuat demikian ia tidak akan mampu bertahan sebagai sebuah negara.


Menghuru harakan malaysia adalah jalan mudah untuk mengambil alih negara ini. Lihatlah LIBYA sebagai contoh. Nato akan menghantar 'Ground Force'nya untuk menjajah LIBYA dalam masa terdekat atas jemputan PEMBERONTAK yang diupah oleh CIA. Kenapa NATO berbuat demikian? tidak lain keranA minyak. LIBYA membekalkan 30% minyak kepada Eropah. Sekalipun Muammar Gaddafi adalah diktator tetapi LIBYA merupakan negara termaju di Afrika berbanding negara yang lebih demokratik. KADAR CELIK HURUF DI LIBYA ADALAH 95%, MALAH TARAF HIDUP MEREKA ADALAH TERTINGGI DIBENUA ITU.

Adakah Mat SaBu fikir dengan mentahrirkan Dataran Merdeka, Malaysia akan jadi lebih baik?. Maaf kalau aku berkata Model Islam ala PAS tidak akan jadi lebih baik dari IRAN. Masih banyak rasuah dan ketidak adilan. Malah dalam situasi di Malaysia yang mempunyai ragam bangsa dan agama apakah penyelesaian yang ada dalam kamus PAS selain negara berkebajikan?

Kepada PAS, aku amat berharap yang ia mengambil alih negara ini secara BERSIH dan bukan melalui tipu helah dan porak peranda dan bukan juga sebagai kuda tunggangan Anwar atau DAP. Kalau ALLAH meredhai PAS sudah lama mereka mengambil alih. Tetapi apakah keredhaan ALLAH boleh digapai dengan bersekongkol dengan kaum-kaum yang terang-terang menentang hukum Allah dan kaum-kaum yang bermuka-muka. DEPAN buat lain BELAKANG buat lain?

Sabtu, 9 Julai 2011

Berakhirnya Perhimpunan bersih 2.0


Di sebalik sekatan dan halangan di samping meredah hujan sekitar pukul 2 petang tadi, sekumpulan 600 penyokong Himpunan Bersih 2.0 dengan diiringi Sasterawan Negara Datuk A Samad Said tiba di kawasan Stadium Merdeka.
Mereka tiba di Stadium Merdeka meskipun tidak disertai pemimpin-pemimpin kanan mereka, yang sebahagian besarnya ditahan polis sejak 12.45 tengah hari tadi. Samad merupakan antara individu yang disoal siasat kerana berucap pada majlis pelancaran Bersih 2.0 di ibu negara bulan lalu.

Meskipun pemimpin kanan Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat tidak bersama mereka, dalam kumpulan kecil-kecilan, menuju ke kawasan Stadium Merdeka.
  • Tinjauan mendapati kumpulan penyokong itu menghampiri kawasan Stadium Merdeka sekitar 3 petang selepas siri tembakan gas pemedih mata oleh FRU di kawasan Hentian Puduraya-Menara Maybank.
  • Pasukan keselamatan meningkatkan tindakan merekake atas penyokong Bersih 2.0 sejak awal pagi tadi dan menahan lebih 500 orang
    setakat 1 tengah hari tadi.

  • Di kawasan Stadium Merdeka polis terus melepaskan gas pemedih mata selepas meminta mereka bersurai.
Terdahulu ketika bercakap kepada pemberita di Hotel KL Hilton, KL Sentral, tempat pemimpin Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat berhimpun, Samad berkata golongan seniman mesti bercakap terhadap salah guna kuasa dan harus memainkan peranan di pentas utama.

Sumber : Suara Bebas Tuaran .Blogspot.

Selasa, 5 Julai 2011

PAKATAN RAKYAT PERINTAH SABAH


PAS akan membuka lima kawasan baru di Sabah, tambahan kepada lapan kawasan berdaftar sedia ada.

Penubuhan lima kawasan baru itu sedang berjalan dengan baik, manakala jumlah ahli PAS yang berdaftar dan bergerak aktif di lapan kawasan berdaftar sedia ada itu kini seramai 11,000 orang.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS bersedia menggantikan Umno dan bersama Pakatan Rakyat untuk memimpin negeri Sabah.

Menurut beliau, selaras dengan tema muktamar PAS tahun ini, Membangun Negara Berkebajikan, PAS akan memastikan kebajikan rakyat terbela di Sabah dan pemimpin yang akan memerintah juga mempunyai ciri-ciri berkebajikan iaitu pemimpin berwibawa, bersih, tidak rasuah dan menjadikan kuasa pemerintahan sebagai amanah untuk menjaga kebajikan rakyat.

Katanya, oleh itu, rakyat Sabah perlu melakukan perubahan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti dengan memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat.

"Rakyat Sabah pernah membuat beberapa kali perubahan politik daripada Usno kepada Berjaya, PBS dan Umno. Maka giliran kali ini ialah Pakatan Rakyat untuk memerintah Sabah," katanya ketika merasmikan bangunan baru PAS Kawasan Putatan, Sabah semalam. (Gambar)

Setiausaha akhbar beliau, Mohd Nasaie Ismail yang turut mengikuti rombongan beliau dalam rangka lawatan kerja ke Sabah menjelaskan, pada majlis itu, Abdul Hadi turut menyentuh tentang tangkapan terhadap orang ramai yang memakai baju berlambang Bersih termasuk di Sabah yang menunjukkan kegelabahan BN dan tidak bijaksana dalam menangani isu.

"Barisan Nasional gelabah berdepan kuasa rakyat yang akan menumbangkan mereka dalam pilihanraya akan datang. Ini kerana banyak kerosakan dan penyelewengan yang dilakukan sehingga menyebabkan mereka takut untuk kalah," katanya.

Presiden PAS dalam rangka lawatan kerja ke Sabah selama tiga hari. Selain merasmikan bangunan PAS Putatan, beliau juga menemui rakyat di sekitar Masjid Negeri dan kawasan bandar di Asia City.

Pada sebelah malamnya, beliau melancarkan borang tanah Felda Plantation yang ditawarkan kepada anak-anak Sabah di majlis bersama rakyat di Kota Belud.

Turut bersama beliau AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman, Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminudin Aling, Pengerusi DAP Sabah, Dr Liew dan Setiausaha PKR Sabah serta pemimpin-pemimpin PAS negeri.

Menurut Nasaie, seramai 500 penduduk setempat yang kebanyakannya anak muda hadir ke majlis di Kota Belud. Hari ini, rombongan beliau akan melawati kawasan Keningau dan Persiangan.