Sabtu, 29 Ogos 2009

ANTARA PAS DAN PKR DI SABAH.


Jangka hayat parti pembangkang iaitu PAS dan PKR di sabah, hanya bergantung kepada perkembangan dan perubahan yang berlaku di Semenanjung. Ini membawa pengertian bahawa perubahan yang perlahan juga turut memperlahankan perubahan kehendak rakyat Sabah. Meskipun scenario politik di sabah berbeza dengan angin perubahan politik di Semenanjung, tetapi oleh kerana PAS dan PKR berlabuh di sana maka, sebarang keterlanjuran parti-parti ini menawan hati rakyat Sabah juga tidak terkecuali dari pemantauan dua buah parti ini. Memang ada sesetengah pandangan menyatakan bahawa PAS dan PKR mustahil akan bertapak kukuh di Sabah. Begitu juga pandangan yang dilontarkan 10 tahun yang lalu di semenanjung,kerana ‘minat’ rakyat di sana tidak pun menunjukkan tanda-tanda sedemikian. Hanya Kelantan yang jelas mengkhendakkan perubahan kepimpinan dari BN kepada PAS. Namun akhirnya, perubahan itu berlaku dan 4 buah negeri jatuh ke tangan pembangkang.


Apakah scenario itu akan berjangkit di Sabah..? mungkin terlalu awal..tetapi tidak ada salahnya kita melihat kemungkinan ini bersandarkan kepada prestasi dua buah parti yang sudah pun mula ‘menghantui’ rakyat sabah. PAS dan PKR sajalah yang akan menjadi tumpuan masyarakat Bumiputera Islam dan non Muslim. PAS dikatakan mula bergerak seawal 1986 lagi..dan sekarang mensasarkan KOTA BELUD, TAWAU,SANDAKAN DAN KOTA KINABALU sebagai “padang sasar’ mereka. Manakala PKR dilihat lebih bersifat terbuka..dan melebarkan sayap pengaruhnya hampir ke semua kawasan pilihanraya di Sabah.

Mungkinkah PAS dan PKR menjadi pilihan..? sejurus PRU-12, Sabah masih lagi dilihat sebagai “fixed deposit” bagi BN kerana ternyata BN masih mendapat tempat di hati rakyat Sabah. Namun apa yang membimbangkan ialah kawasan yang ditandangi oleh PAS dan PKR makin bertambah….dan dari semua kerusi yang ditandingi kedua-dua parti ini ada pengundinya. Biarpun belum sampai ke tahap ‘menang’ namun itu satu semboyan awal..bahawa fahaman dan idealisme parti - parti ini mula menyusup masuk dan tidak mustahil satu hari nanti PAS dan PKR mampu menumbangkan beberapa calon BN di kawasan-kawasan tertentu. Di Samping perkembangan mutakhir yang memihak kepada pembangkang di semenanjung, perkembangan BN di Sabah pun dilihat menjadi factor pencepat kepada perubahan itu.

Selain itu kunjungan beberapa pemimpin PAS ke sabah,memperjelaskan kedudukan ini. PAS di Tawau dikatakan sebagai markas gerakan di sabah. Baru-baru ini, Tuan Guru hadi Awang, berkesempatan menemui ahli jawatankuasa PAS negeri di Tawau dan dikatakan “singgah’ menjenguk peluang di Semporna. Begitu juga Salahuddin Ayub, naib presiden yang kerap berkunjung di Sabah. Di Peringkat KOTA BELUD, para pemimpin PAS Pusat juga tidak ketinggalan mengunjugi daerah ini. Malahan sejak Allahyarham Fazil Nor lagi,pemimpin PAS sudah bertubi-tubi datang melawat daerah itu. Maka tidak syak lagi..PAS kini mensasarkan sekurang-kurangnya 1 kerusi DUN jatuh di tangannya pada PRU-13, di sabah. Manakala PKR pula, mensasarkan untuk mengurangkan autonomi BN di sabah. Mungkinkah angin perubahan di semenanjung ini akan bertiup di Sabah…?

4 ulasan:

  1. salam sdr..

    PKR dan PAS tak akan dapat menawan sabah dalam PRU-13...tunggulah kebenarnya..

    SELAMAT PERKENALAN JUGA.

    BalasPadam
  2. salam perkenalan sdr..

    BN sabah memang Kuat..susah PKR dan PAS takluki sabah tapi tidak mustahil juga, kerna sekarng ini ramai pemimpin BN sabah mula muak dengan BN.

    kita tggu dan lihat!!!!!

    BalasPadam
  3. salamkembali Sdri KM..

    PAS dan PKR akan terus berusaha untuk menawan Sabah dan sarawak seperti yg mrk buat di semenanjung..

    TQ kerana memberikan ulasan.

    BalasPadam
  4. salam kembali datu pitung..

    Dalam politik tiada yang mustahil sdr..
    Tq dengan salam perkenalan sdr..saya terima seadanya.

    BalasPadam