Selasa, 29 September 2009

ORANG MUSA AMAN SELESAIKAN BEKALAN AIR BERSIH


Semasa mengadakan rumah terbuka sempena Aidilfitri , ADUN BUGAYA, SEMPORNA Datuk Ramlee Marhaban yang dikaitkan dengan KM MUSA AMAN sebagai rakan dan penyokong kuat kepada KM Sabah itu..telah mengumumkan bahawa DUN BUGAYA yang sebelum ini berwakil rakyatkan Datuk Baslie Abd. Hamid akan mendapat bekalan air bersih, setelah hampir 20 tahun masyarakat di kawasan itu menunggu keperluan asas itu. Peruntukan sebanyak 15 Juta akan disalurkan menjelang tahun depan dan dijangka masalah itu dapat diatasi selewat-lewatnya pada tahun itu juga. Kerja-kerja membekalkan bekalan air bersih itu termasuk pembinaan loji penapis air dan pemasangan paip saluran bawah tanah.


Sebelum ini, ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan, juga mengumumkan perkara yang sama, apabila kerajaan pusat mempertimbangkan peruntukan sejumlah 50 juta untuk membaiki paip usang di Kota Belud untuk memastikan bekalan air bersih dapat diperolehi oleh masayarakat di daerah berkenaan. Sebelum ini ahli Parlimen daerah kota belud ialah mantan KM Sabah Datuk Salleh Said Keruak yang memegang Jawatan Ketua UMNO bahagian itu sekarang. Menurut kenyataan Ahli Parlimen, Datuk Rahman dahlan, bekalan air bersih itu akan juga dinikmati selewat-lewatnya penghujung tahun depan.


Dua isu yang sama tetapi berlainan daerah dan kawasan pilihanraya. Nampaknya kedua-dua orang Musa Aman ini begitu mengambil berat tentang keperluan asas di kawasan mereka. Apakah ini membolehkan rakyat melihat kewibawaan mereka..? atau mungkin juga mereka ikhlas membantu masyarakat yang benar-benar memerlukan bekalan air paip yang terawat..?
Namun begitu rakyat seharusnya mula sedar bahawa pemimpin yang baik dan bertanggungjawab ialah pemimpin yang banyak mengambil berat tentang masalah kehidupan mereka dan berusaha untuk menyalurkan bantuan. Semoga kedua-dua usaha murni ini berjalan dengan sempurna.

Ahad, 27 September 2009

DATUK MUSBAH - DATUK SALLEH : BAJAU SAMA ATAU SAMA -SAMA BAJAU


Kenapa saya menamakan penulisan ini dengan DATUK MUSBAH - DATUK SALLEH : BAJAU SAMA ATAU SAMA-SAMA BAJAU , kerana kedua-dua pemimpin ini kerap menjadi perhatian masyarakat bajau di Kota Belud. Mereka adalah pemimpin kesayangan orang bajau. Biarpun datuk Rahman juga orang bajau, tetapi beliau orang Tuaran. jadi orang bajau kota belud, tidak berapa tersentuh hati apabila ahli parlimen kota belud ini dikaitkan dengan pelbagai cerita-cerita panas. Itupun kalau ada. Orang bajau Tuaran pada asasnya 'bersaudara berpupu-pupu" dengan orang bajau kota belud. Tidak jauh beza sangat. Barangkali Datuk Rahman diterima di kota belud kerana itu. Tapi bagi datuk salleh Dan Datuk Musbah..mereka ini 'sah' dan "sahih" orang kota belud dan orang bajau. Oleh itu segala perlakuan mereka, turut terbabit ialah masyarakat bajau dan segelintir orang Iranun dan Dusun. kalau mereka berbaik, maka berbaiklah suku bajau di kota belud...kalau mereka berkira-kira, maka berkira-kiralah juga orang bajau di kota belud. Nah.. kalau mereka hanyut...mestilah hanyut juga masyarakat bajau, kerana hanya mereka berdua saja sejak dulu lagi menjadi pemimpin suku ini. Datuk Japlin ..orang baru ! belum teruji lagi ilmu politiknya...nak jadikan sandaran, agak susah..maklumlah orang baru.


Semasa Datuk Salleh ada jawatan dalam parti dan kerajaan, Datuk Musbah tidak dilihat sebagai ancaman politik kerana pada waktu itu, datuk Musbah tidak ramai kawan di kalangan pemimpin. Ada sekali Awadnir digaduhkan dengan Datuk Musbah, hingga Jawatan ketua bahagian UMNO menjadi milik Awadnir...bila keadaan aman, Datuk Musbah pula digaduhkan dengan Awadnir..Jawatan ketua bahagian Umno jatuh pula di tangan datuk Musbah...ketika saya dan ramai anak kemenakan menjadi perwakilan Umno Kota Belud..kami tahu, semua itu atas perancangan pemimpin dari suku bajau juga.


Apabila Datuk salleh tidak dicalonkan pada pilihanraya yang lepas, kemudian tiada jawatan dalam parti, ahli Umno di Kb, menagih kepimpinannya...mereka menjangkakan..datuk salleh dipinggirkan oleh Umno negeri. Waktu itu datuk Musbah berjaya mendapatkan jawatan dalam kerajaan, biarpun cuma pembantu menteri...orang bajau di kb, amat bersyukur kerana tiadapun Datuk salleh, adalah juga datuk Musbah. Kesyokkan itu bertukar menjadi bimbang, bila Datuk salleh mula beriya-iya mendapatkan kembali jawatan ketua Umno kb. Sehingga akhirnya berjaya..kerana perwakilan memilihnya atas banyak faktor, mungkin pengaruh, mungkin keturunan, mungkin wang, atau mungkin juga terhutang budi.

Kekalahan Datuk Musbah, membuatkan beberapa orang kuatnya juga mula mengalir kepada datuk salleh. datuk Musbah mula dikaitkan dengan Musa Aman yang tidak sehaluan dengan Datuk salleh. Orang Bajau..mula sudah resah...kalaulah dibiarkan, mungkin kita juga yang akan rugi.

Bila terbaca penulisan saudari KELAPA MAWAR bahawa perlu disatukan para pemimpin di kota belud. Saya terus menelefon kawan-kawan lama saya..dan mereka amat bersetuju dengan itu. Saya rasa ada benarnya Datuk salleh dan datuk Musbah, yang SAMA-SAMA BAJAU ,melupakan persengketaan...kata SDR.WATASIKADI..Jangan sampai orang pakistan memecahbelahkan kita...barangkali itu boleh di fikirkan oleh kedua-dua pemimpin bajau ini. wassalam.


Sabtu, 26 September 2009

BLOG DATUK SALLEH DAN DATUK MUSBAH SAMA


Di kalangan blogger berbangsa bajau di kota belud, termasuklah saya, nyata tidak terkejut tetapi bersyukur apabila seorang lagi pemimpin suku Bajau iaitu Datuk Haji Musbah Haji Jamli telah mengambil langkah membuat blog peribadi untuk memaparkan aktiviti politik beliau. Terdahulu dari itu Datuk Salleh said Keruak telah duluan berbuat demikian. Hanya tinggal Datuk Japlin Akim. Datuk Abdul Rahman Dahlan juga sudah lama menyertai alam cyber memaparkan isu-isu dan pandangan politik beliau.

Hati kecil saya tertanya-tanya..bilakah Adun Usukan itu akan berkongsi idea dan aktiviti dengan masyarakat di daerah ini?. Kata rakan sekolah saya dulu..Branti jono ! kalau Yb Japlin ikut sama membuka blog. Saya pun tidak tahu kenapa?..

Antara para pemimpin dari suku Bajau ini..hanya Datuk Rahman sahaja yang berani menghadapi realiti politik, kerana beliau sajalah yang membenarkan ulasan atau komen dibuat oleh pembaca atau pelawat yang menjenguk blog beliau. Ketika saya membaca penulisan di blog Ahli parlimen itu..banyak juga idea-idea pembaca yang dapat dikongsi bersama. Dan barangkali dapat membantu Datuk Rahman menyelami permasalahan masyarakat di kota belud. Manakala Datuk Salleh dan datuk Musbah, langsung tidak memberikan ruang kepada pembaca memberikan komen. Kenapa ya..? saya pun tidak tahu. Sepatutnya sebagai pemimpin masyarakat, mereka lebih terbuka menerima komen dan ulasan daripada pembaca. Kalau kita katakan mereka ini sekadar suka-suka dan mengisi masa kosong, mustahil kerana blog mereka di ikuti oleh ramai orang bukan sahaja setakat di daerah kota belud tetapi seluruh malaysia.

Bagi saya orang bajau..agak sedih dengan perkembangan ini, tak tahu pula dengan rakan lain seperti sdr ambang sore, sdr gempur sabah, sdr Musli dan beberapa orang lain blogger dari suku bajau yang aktif . Kalau setakat memaparkan aktiviti, rasanya kurang memberikan manfaat kerana rakyat tidak berpeluang memberikan buah fikiran terhadap isu yang dikemukakan. tambahan lagi jika pembaca memberikan komen bersifat serangan peribadi, mereka boleh mengambil jalan tidak memaparkan komen berkenaan atau memadamkannya langsung. Jadi apa tujuan agaknya Datuk Salleh dan Datuk haji Musbah tidak membenarkan komen atau ulasan dibuat di blog mereka.


Ketika suku Iranun bersama pemimpin ulung mereka Tan Sri Pandikar Amin, membincangkan isu-isu politik semasa, saya amat teruja kerana di blog Tan Sri Pandikar ,beliau membenarkan ulasan di buat. Dan apabila saya membuka blog beliau...saya dapati tidak ada juga komen yang dibuat dengan menyerang peribadi dan memalukan. Sebaliknya dibuat dengan penuh tertib dan idea itu berguna untuk diambil perhatian. Bagi saya Tan Sri Pandikar lebih terbuka dari Datuk Salleh dan Datuk Musbah. Harap hal ini difikirkan.!

Jumaat, 25 September 2009

UMNO TIDAK BERUBAH


Umno menunjukkan kepada dunia bahawa ahli-ahlinya tidak belajar dari pengalaman apabila terus mendesak supaya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dicalonkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.Kritikan Dr Mahathir yang semakin lantang menjadikan laluan Isa semakin sukar untuk menjadi calon BN di Bagan Pinang walaupun percubaan demi percubaan dibuat untuk mencalonkan bekas Naib Presiden Umno itu dalam pilihan raya kecil tersebut yang akan diadakan 11 Oktober ini.

"Kita tak banyak belajar, sebelum ini kita meletakkan seorang pembohong menjadi calon, yang dipecat oleh Majlis Peguam, yang menggunakan duit pelanggannya. "Jika kita meletakkan calon seperti itu, sudah pasti kita akan kalah," Malaysian Insider memetik bekas Presiden Umno itu berkata.

Dr Mahathir juga membidas para pemimpin Umno di Telok Kemang yang mengungkit bahawa beliau juga pernah diusir dari Umno oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman tetapi kemudiannya diterima semula ke dalam Umno.

"Saya diusir bukan kerana rasuah atau politik wang tetapi kerana perbezaan pendapat dengannya (Tunku).

"Bila saya kembali (ke dalam Umno), ia kerana pandangan saya diterima. Saya tidak pernah mencuri wang," kata bekas Pengerusi BN itu.

Rabu lalu, Ketua Pemuda Umno bahagian Telok Kemang Mohd Faizal Ramli mempertahankan keputusan untuk menamakan Isa sebagai calon BN bagi pilihan raya tersebut.

Isa digantung keahliannya dalam Umno selama tiga tahun 2005 lalu kerana dituduh terlibat dalam politik wang ketika beliau muncul sebagai pemenang jawatan Naib Presiden dengan undi tertinggi pada pemilihan parti itu 2004 lalu, iaitu sebanyak 1,507 undi mengatasi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (1,329 undi) dan Timbalan Presiden Umno kini, Tan Sri Muhyiddin Yassin (1,234 undi).

Beliau kini ialah Ketua Umno Bahagian Telok Kemang dan kawasan DUN Bagan Pinang berada dalam bahagian itu.

Isa sebelum ini menolak pandangan yang menyatakan beliau akan menjadi liabiliti kepada BN jika dicalonkan dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang.

"Dalam pembangkang, hatta bekas banduan pun boleh bertanding," kata beliau yang dilihat merujuk kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya bukan penjenayah," tambah beliau.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dilaporkan satu-satunya calon yang dikemukakan oleh Umno Telok Kemang kepada pucuk pimpin parti itu untuk dipertimbangkan sebagai calon BN dalam pilihan raya tersebut.

Bagan Pinang mempunyai 13,664 orang pengundi dan 4,604 dari jumlah tersebut adalah pengundi pos.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu, calon BN, Allahyarham Azman Mohd Nor memenangi kerusi tersebut dengan mendapat 6,430 undi mengalahkan calon PAS, Ramli Ismail yang mendapat 4,097 undi.

Pilihan raya kecil tersebut akan diadakan berikutan kematian Azman.

BN hanya memenangi kerusi Bagan Pinang dan Linggi dalam kawasan Parlimen Telok Kemang dalam pilihan raya umum lalu.-mna Kerusi Parlimen Telok Kemang, kerusi DUN Chuah dan kerusi DUN Port Dickson dimenangi oleh PKR manakala kerusi DUN Lukut dimenangi oleh DAP. Kemenangan BN di Bagan Pinang dan Linggi dipercayai berpunca dari undi pos. Linggi mempunyai 1037 undi pos._


OIC SELEPAS 40 TAHUN



Pertubuhan Persidangan Islam, yang lebih dikenali dengan singkatan dalam bahasa Inggerisnya, OIC, hari ini memasuki tahun ke 40 penubuhannya. Organisasi yang ditubuhkan pada 25 September, 1969 sebagai reaksi satu tindakan musuh di Palestin itu kini berdepan cabaran yang kritikal, memandangkan isu berhubung Islam yang mendominasi wacana politik dunia hari ini.


Sekitar masa OIC mencecah usia 40 tahun, beberapa negara ahli menjadi tumpuan dalam politik dunia, dengan sebab-sebab yang tidak boleh dibanggakan. Iraq yang mula menyaksikan pengunduran tentera asing dari wilayahnya masih berdepan serangan-serangan berdarah yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Afghanistan dan Pakistan yang mendapat perhatian meluas sejurus selepas peristiwa 11 September, 2001 menjadi tumpuan dunia ekoran aktiviti Taliban dan al-Qaeda.

Perang saudara masih berlaku di Yaman, dengan saranan gencatan senjata dilaporkan dicabul pada sama seluruh dunia Islam menyambut Aidilfitri. Pada masa sama, dua negara berpengaruh dunia Islam, Arab Saudi dan Iran dilihat terlibat dalam percaturan politik masing-masing untuk menguasai negara itu.


Di Amerika Syarikat, presiden negara itu Barack Obama menjadi orang tengah pertemuan pemimpin Israel Benjamin Netanyahu dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, yang berakhir tanpa sebarang kemajuan, yang bermakna Israel terus dengan dasar merampas tanah Palestin.


Di Asia Tenggara, hubungan Malaysia dan Indonesia terjejas berhubung aktiviti militan Noordin Mohammad Top, warga negara Malaysia yang didakwa menjadi dalang dalam serangan-serangan teror di Indonesia.

Di semua tempat tersebut, OIC tidak dilihat sebagai memainkan peranan yang sewajarnya sebagai pertubuhan yang dianggotai negara-negara terbabit.

Palestin, isu sentral dalam dunia Islam tidak mengundang reaksi keras daripada OIC dan negara-negara berpengaruh yang menganggotainya.

Dalam banyak kes, isu Palestin dan isu-isu lain melibatkan dunia Islam dijadikan alat rejim-rejim negara Islam untuk politik domestik dan membina pengaruh serantau, seperti dilakukan Saddam Hussein semasa memerintah Iraq dan pada tahap tertentu, Iran pada masa ini melalui Hari al-Quds.

Hal yang sama berlaku di Malaysia, negara yang parti pemerintahnya sering menggunakan keanggotaan dalam OIC untuk kepentingan politik domestik.

Satu contoh, Malaysia sebagai ahli Majlis Keselamatan PBB semasa penaklukan Kuwait oleh Iraq pada 1990 menyokong sekatan PBB dikenakan terhadap Iraq dan menyokong Resolusi Majlis Keselamatan 678 yang membenarkan Iraq diserang oleh pasukan tentera pelbagai negara diketuai AS.

Lebih 10 tahun selepas itu, ketika Iraq berdepan ancaman serangan kedua diketuai AS, Malaysia yang tidak berada dalam Majlis Keselamatan PBB bersuara lantang mengecam serangan ke atas Iraq.

Pada masa itu juga, pemimpin-pemimpin politik parti pemerintah menyertai demonstrasi antiperang (dan pada masa sama pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang juga mengadakan demonstrasi dihalang dengan keras).

Masalah kredibiliti ini berlaku di hampir semua negara Islam dalam OIC yang politiknya terus dicorakkan oleh persaingan negara-negara berpengaruh dan persaingan kumpulan yang pro-AS seperti Arab Saudi, Turki, dan Mesir dengan kumpulan anti-AS seperti Iran dan Libya.

Abdullah al-Ahsan, profesor sejarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, dalam tulisannya di akhbar Turki, Todays Zaman menjelaskan masalah kredibiliti dan perbezaan kecenderungan politik ini. Beliau menulis, pada 1978 OIC menerima resolusi untuk tidak membenarkan tentera asing ditempatkan di wilayah negara ahli dengan tujuan menjadikan negara ahli lain sebagai sasaran.

Tulisnya, dalam tempoh beberapa tahun, beberapa negara ahli mencabul komitmen itu dan OIC terus hilang kredibiliti sebagai broker keamanan apabila menyokong Iraq dalam perang Iran-Iraq yang bermula pada 1980.

Jelas Abdullah lagi, pada masa kini, beberapa negara anggota OIC membenarkan tentera AS ditempatkan di wilayah mereka.

Semasa bermula perang pertama terhadap Iraq pada awal 1990-an, Arab Saudi membenarkan wilayahnya digunakan untuk menempatkan tentera AS, manakala Turki sebuah negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara, Nato menjadi lokasi satu pangkalan tentera AS yang penting di Asia Barat.

Dalam dunia yang ditakrifkan oleh kuasa dunia sebagai era terorisme global yang mudah dikaitkan dengan Islam, OIC tidak mampu melakukan tindakan yang konkrit, malah tidak bersuara sebagai satu entiti di peringkat antarabangsa.

Malah, beberapa negara mempunyai kepentingan yang lebih utama untuk aktif bersama pertubuhan serantau dan pertubuhan lain yang lebih berpengaruh, seperti Turki dalam Nato dan Kesatuan Eropah, Iran dengan Pertubuhan Kerjasama Shanghai, dan banyak lagi negara lain yang berkepentingan untuk menjaga hubungan dengan sekutu kuasa besar.

OIC perlu dinilai semula dari segala sudut supaya dapat berubah menjadi pertubuhan yang berkredibiliti dan mempunyai keabsahan dalam kalangan negara-negara Islam.

Sebagai pertubuhan yang dianggotai 57 buah negara, OIC mampu bergerak sebagai pertubuhan berpengaruh sekiranya bersatu dalam hal-hal kepentingan bersama.

Cabaran untuk bersetuju tentang kepentingan bersama inilah yang perlu diselesaikan supaya sekurang-kurangnya dalam hal-hal paling penting kepada umat tidak menjadi korban dan diperalatkan untuk kepentingan politik domestik dan serantau. _(harakah)


Sabtu, 19 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2009


SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DI SELURUH NEGARA. ISTIMEWA KEPADA PENGUNJUNG BLOG SAYA.SEMOGA ANDA DIRAHMATI ALLAH SWT. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Jumaat, 18 September 2009

NAJIB SUKAR DIKETEPIKAN : LIM GUAN ENG


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengakui bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak adalah lebih sukar untuk diketepikan sebagai perdana menteri kerana dia telah membuktikan dirinya sebagai pemimpin politik yang lebih berkesan berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini.

Dalam temu bual dengan akhbar Financial Times of London yang diterbitkan beberapa hari lepas , Lim yang sudah mula memikirkan pilihan raya umum akan datang, berkata: "Ada peluang (pembangkang memenangi majoriti kerusi Parlimen) tetapi ia tidak akan mudah. Mungkin ia lebih sukar di bawah Najib berbanding Abdullah.

Saya berpendapat Najib dapat melakukan sesuatu dengan lebih baik berbanding Abdullah." Laporan, yang ditulis oleh koresponden Singapura, Kevin Brown, berkata, komen Lim yang juga Setiausaha Agung DAP, adalah berbeza dengan gaya retorik yang agresif Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar telah mencadangkan kerajaan Pusat yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN) mungkin dipaksa keluar sebelum pilihan raya umum akan datang dengan tindakan 'melompat parti' di kalangan ahli Parlimen.

Pakatan Pakyat menguasai 83 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat dan hanya perlu memang 29 lagi kerusi Parlimen untuk mengambil alih tampuk pemerintahan.

Laporan itu menyebut Najib sejak mengambil alih sebagai Perdana Menteri, April lepas, telah mendekati pengundi dengan merangka dasar untuk semua kumpulan etnik, menentang rasuah, membebaskan banduan politik dan menumpukan sumber ke atas kerusi yang berpotensi untuk dikuasai semula.

Baru-baru ini, CLSA Asia-Pacific Markets, sebuah firma broker saham dan pelaburan yang bebas berpangkalan di Hong Kong, berkata, Najib telah mendapatkan semula 'pegangan' dengan sebilangan dasar dan tindakannya yang menarik dan positif sejak mengambil alih kepimpinan kerajaan.

Ia termasuk meliberalisasikan Dasar Ekonomi Baru, memastikan lebih banyak ketelusan, mempercepatkan pemberian projek infrastruktur dan meningkatkan hubungan dengan Singapura bagi menarik pelaburan langsung ke koridor pembangunan selatan di Iskandar Malaysia.

Melabelkan pembaharuan positif dalam bidang ekonomi dan sosial yang dibawa Najib sebagai "Najibnomics", CLSA berkata, ia bertujuan merangsangkan ekonomi domestik, menarik pelabur dan kepakaran asing, mengurangkan karenah birokrasi, membanteras jenayah dan rasuah, menekankan peningkatan akauntabiliti dan menggalakkan perpaduan negara menerusi konsep 1Malaysia.

Berlandaskan latar belakang dalam bidang ekonomi perindustrian dari Universiti Nottingham, CLSA berkata, Najib pantas melaksanakan pelbagai pembaharuan fiskal dan struktur negara. - BERNAMA

Khamis, 17 September 2009

KALUNGAN SELIPAR : RAKYAT BIDAS


Tindakan seorang perwakilan MIC mencadangkan agar 'kalungan selipar' diletakkan pada gambar bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terus dibidas oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Noh Omar berkata, cadangan itu tidak sepatutnya dikemukakan oleh pemimpin daripada mana-mana parti terutama komponen BN sendiri.

Katanya, pihak yang terbabit harus menghormati jasa yang telah disumbangkan oleh Dr. Mahathir terhadap pembangunan negara dan seluruh rakyat termasuk kaum India sendiri.

''Secara peribadi saya menganggap perwakilan itu tidak sepatutnya membuat cadangan sedemikian. Beliau perlu menunjukkan rasa hormat kepada Dr. Mahathir sebagai orang yang banyak berjasa sama seperti kita menghormati pemimpin lain," ujarnya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Pengerusi MIC Negeri Sembilan, Datuk T. Rajagopalu ketika dihubungi berkata, cadangan berhubung kalungan selipar yang dikemukakan oleh seorang perwakilan MIC bukan mewakili keseluruhan isi hati ahli parti dan orang India.

Beliau menegaskan, pada perhimpunan agung parti berkenaan, seramai 1,500 perwakilan hadir dan hanya seorang yang mengeluarkan cadangan itu yang dianggapnya sebagai tidak senonoh.

''Perwakilan itu bercakap terlalu emosi dan apabila emosi itu diluahkan, ia tidak lagi mengambil kira soal sensitiviti dan akibatnya boleh menggugat perpaduan kaum," katanya.

Dalam pada itu, Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) menggesa Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu bertemu dengan Dr. Mahathir dan memohon maaf dengan segera sebelum isu menghina bekas Perdana Menteri itu menjadi semakin serius.

Persatuan itu turut mencadangkan MIC dan BN menggantung atau memecat perwakilan terbabit kerana mencerca seorang negarawan negara dan memohon maaf secara terbuka sekali gus mampu meredakan perasaan orang Melayu.

Presiden Pemenang, Datuk Seri Yussof Latiff berkata: ''Desakan dan amaran yang tegas ini dibuat kerana kita tidak mahu ada pihak dengan sewenang-wenangnya membuat kenyataan yang mampu mengguris perasaan rakyat negara ini''.

Sementara itu, seorang ahli Pemenang, Zainol Abidin Hashim menyifatkan tindakan perwakilan tersebut sebagai memalukan kerana ia datang daripada sebuah parti komponen BN yang sanggup mencerca mantan Perdana Menteri dalam dewan yang diasaskannya.

''Kita yakin jika Samy Vellu tahu bagaimana perasaan orang Melayu beliau akan buat apa yang kita minta untuk mengelak tindakan balas daripada kita pada masa akan datang,'' tegasnya.

Presiden Gagasan Melayu Perak, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, pemimpin MIC perlu bersyukur dan tidak melupakan jasa para pemimpin Melayu terdahulu yang memberi hak kaum minoriti itu tinggal di negara bertuah ini.

''Samy Vellu selalu meminta pertolongan Perdana Menteri berhubung kaum India dan kalau itu tidak diinsafi MIC, kita amat kesal sekali. Kenapa tidak hargai toleransi orang Melayu, malah berani mencaci dan menghina pemimpin Melayu seperti Dr. Mahathir," katanya.

Mengulas lanjut, Mohd. Hilmi berkata, semua ahli MIC juga perlu mengambil iktibar bahawa kemenangan calon mereka pada pilihan raya sebelum ini termasuk di kawasan Samy Vellu adalah kerana sokongan pengundi Melayu.

Bagaimanapun, katanya, sikap angkuh dan lupa diri yang diamalkan oleh pemimpin MIC itu kerana enggan berundur daripada politik menyebabkan pengundi meluat dan beralih arah.

''Semua rakan seangkatannya sudah meletak jawatan tetapi beliau belum lagi. Jadi, kalau benar Samy Vellu seorang pejuang masyarakat India dan Presiden MIC, beliau perlu ambil tindakan tegas terhadap perwakilan berkenaan,'' katanya.

Rabu, 16 September 2009

KETERBUKAAN TAN SRI PANDIKAR AMIN


Ketika membaca penulisan SDRI KELAPA MAWAR mengenai pemimpin di Kota Belud, saya terkejut dengan kenyataan ini..


"Justeru dalam penulisan saya kali ini..merakamkan kekaguman yang amat sangat kepada TAN SRI PANDIKAR AMIN yang hati kecil saya melabelkan Beliau sebagai Pemimpin yang cukup terbuka..kerana memperjelaskan beberapa isu sebenar…Keterbukaan ini membuatkan saya percaya bahawa inilah antara resepi utama pemimpin ini sehingga melakarkan kejayaan gemilang dalam kerjayanya sebagai ahli politik yang disegani. .."


Kenapa saya terkejut?, kerana sebelum ini sdri KM begitu berbuar-buar semangat penulisannya menyatakan "kegagalan" pemimpin Iranun itu dalam konteks pembangunan dan keperluan asas masyarakat Iranun yang menduduki perkampungan di persisir pantai Kota Belud. Dan agak menghairankan saya kerana, sdri KM akhirnya memperakui bahawa Tan Sri Pandikar seorang yang terbuka. Dan hanya memakan masa hampir 30 minit, saya mengikuti kembali slot-slot penulisan sdri KM sebelum ini..dan apa yang saya temui, nyata sesuatu yang memeranjatkan saya kerana, Betul lah apa kata sdri KM, Tan Sri Pandikar turut serta dalam perbincangan di halaman blog nya. Tan Sri Pandikar, memberikan ulasan dengan menerangkan perkara yang sebenar dan berhasrat memulihkan tanggapan sesetengah pihak yang meragui kepimpinan nya.


"begitu terbuka..pemimpin ulung ini.." begitu hati kecil saya berkata. Kalau di ikutkan blog para blogger di KB termasuk blog saya, apa lah sangat hendak di pedulikan..Tetapi Tan Sri Pandikar nyata berbeza dengan pemimpin lagi...turut serta dalam forum perbincangan bangsanya Iranun. Kagum betul saya dengan keperibadian pemimpin yang begitu. Kalau lah dibandingkan dengan DSSK, jauh sekali..kerana blog DSSK pun tidak ada ulasan pengunjung. "macam mana nak berkongsi pandangan..? dan maca mana dia tahu hasrat kami orang bajau di KB ini...?" bisik hati saya lagi..Kalau nak kata dia turut serta dalam memperkatakan politik di Kb..jauh sekali lah..sedangkan dia kan bekas pemimpin di daerah ini..


Pemimpin macam Tan sri Pandikar ini wajar dicontohi oleh generasi pemimpin yang akan datang..janganlah segan dan malu menerangkan kepada masyarakat akar umbi yang tidak faham bahasa Melayu dan Inggeris ini. kalau boleh terangkan secara lebih jelas supaya masyarakat kita lebih memahaminya. Saya ini pun baru sahaja berjinak-jinak dengan dunia blog ..dapatlah saya mengetahui serba sedikit tentang Tan Sri Pandikar dan Datuk Salleh...nyata dua pemimpin yang cukup berbeza tetapi masih diperlukan di daerah Kota Belud.

Sabtu, 12 September 2009

MIRZAN PENGARAH PENGELUAR ARAK DI FILIPINA


Ketika kerajaan negeri Selangor melalui Exco agamanya berusaha keras untuk menghalang umat Islam di negeri itu dari terjebak dengan ketagihan arak, anak bekas Perdana Menteri, Mirzan Mahathir dilantik sebagai pengarah dalam syarikat pengeluar arak terbesar Filipina.

Ini adalah urusan perniagaan sahaja," kata Mirzan sebagaimana suratnya kepada laman web The Malaysian Insider selepas berita mengenai perlantikan beliau dalam San Miguel Corp (SMC) disiarkan oleh laman web itu. Menurut Mirzan, beliau sedang berusaha agar penglibatan SMC dengan arak hanya akan tinggal 15 peratus sahaja tahun depan.

San Miguel Brewery menguasai 95 peratus pasaran beer Filipina. Syarikat ini telah mengeluarkan San Miguel Beer sejak lebih 100 tahun lalu. Beer ini dibuat di Filipina, China, Indonesia, Vietnam, Thailand dan juga Malaysia. Ia dijual di 60 negara di seluruh dunia, lapor laman webnya.

ImageNamun Mirzan, anak sulong Dr Mahathir ini dalam suratnya menolak perkara itu.

"Sebagai rakyat Malaysia, saya mahu membantu San Miguel membina pendekatan baru dan harapan saya apabila ianya berjaya akan memberikan kesan baik kepada negara dan rakyat," kata Mirzan.

Berlawanan dengan Mirzan, kerajaan negeri Selangor sedang berusaha mengawal jualan arak ini agar ia tidak diminum oleh orang Islam.


Satu peraturan baru sedang dirangka untuk mengawalnya kerana beer tidak memerlukan sebarang lesen untuk dijual. Yang dikawal oleh undang-undang yang ada hanya liqour sahaja.

Usaha ini dibuat ekoran bantahan umat Islam negara ini apabila kedai 24 jam menjual beer secara bebas kepada rakyat negara ini termasuk kepada umat Islam. Ia menjadi parah apabila golongan remaja mengambil kesempatan membeli arak ini selepas waktu tengah malam untuk mengelak dari dilihat oleh orang ramai.


Mereka kemudiannya menghabiskan masa tengah malam dengan meminum arak dan kemudiannya tidak segan untuk terlibat dengan aktiviti kurang sihat termasuk merempit dan pecah rumah dan seterusnya terjebak dengan pelbagai jenis kelakuan tidak bermoral lagi. _


ZAKAT MEMBERSIHKAN JIWA DAN HARTA MANUSIA


Kemungkinan berlaku sesuatu musibah terhadap harta benda adalah disebabkan tidak membayar zakat. Salah satu cara menyelamatkan dan 'membersihkan' harta masing-masing adalah dengan menunaikan kewajipan itu termasuk bersedekah. Demikian antara pandangan penceramah Lembaga Zakat Selangor Ustaz Hamizul Abdul Hamid dalam mengupas fadhilat, kelebihan dan persoalan asas berhubung kewajipan umat Islam menunaikan rukun Islam yang ketiga itu.

Selain itu menjelaskan kedudukan, Hamizul memberitahu bahawa zakat adalah sah dilakukan secara persendirian namun ianya tidak afdal. "Lebih baik disalurkan kepada agensi yang berwajib bagi memastikan ianya disampaikan secara sistematik kepada lapan asnaf yang layak.

"Kalau nak sampaikan sendiri, mesti kadarnya mencukupi keperluan asnaf terbabit," katanya sambil memahami persoalan 'sampai' ataupun 'tidak' kepada mereka yang layak menerima zakat.

Baginya, jikalah berlaku sebarang kepincangan atau ketidaktelusan dalam penyampaian zakat itu, maka beban tanggungan tidak terletak lagi kepada si pemberi zakat.

"Kita beri pada amil zakat kita. Tanggungjawab kita sudah selesai. Sama ada amil amanah ataupun tidak, itu bukan alasan untuk kita tidak mengeluarkan zakat. Itu dia yang tanggung nanti," katanya dan mengakui turut menerima banyak aduan dan masalah berhubung pandangan itu.

Tambahnya lagi, zakat wajarlah dikeluarkan di kawasan tempat seseorang itu mencari rezeki ataupun 'mencipta' kekayaan kerana konsep, 'memulangkan' kembali kekayaan kepada golongan yang layak di kawasan tempat mencari rezeki.

"Tapi kalau nak beri zakat di kampung halaman dan kepada orang miskin, silakan...boleh juga tetapi tidak afdal," katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu kepentingan zakat yang telah disebutkan sebanyak 32 kali dalam al-Quran dan 26 kali diantaranya penyebutannya bersamaan dengan kata solat, ini suatu indikasi bahawa zakat sama penting seperti solat.

"Selain konsep syukur dan mematuhi perintah Allah swt, ianya untuk membersihkan harta atau kekayaan yang dimiliki dari hak orang lain. Dalam harta kita itu, ada hak kepunyaan orang lain," jelasnya.

Hamizul turut memperincikan golongan yang lain menerima zakat iaitu terdiri daripada lapan asnaf seperti fakir, miskin, amil menerima zakat, muallaf, hamba yang merdeka, orang yang berhutang, orang ke jalan Allah seperti belajar dan orang yang terputus perbelanjaan ketika musafir.

Katanya ramai yang salah tanggap bahawa, lapan asnaf ini mestilah terdiri daripada orang miskin adalah salah kerana hanya dua kategori sahaja yang membicara status kedudukan kekayaan seseorang iaitu asnaf fakir dan asnaf miskin.

"Itu sebab, ada pemberian yang kita beri kepada asnaf-asnaf terbabit dan mereka terdiri daripada orang berada dan ramai yang memandang serong hal ini sedangkan ianya memang dibolehkan.

"Umpamanya, memberi pemberian zakat kepada yang muallaf sedangkan dirinya memang kaya. Ini memang dibolehkan. Tidak semetinya memberi zakat kepada orang miskin sahaja. Sila rujuk ciri-ciri asnaf terbabit," katanya menjelaskan kekeliruan.

Selain itu, Hamizul menjelaskan bahawa kutipan zakat yang diterima mestilah diagihkan pada tahun semasa dan tidak dibawa ke tahun berikutnya.

Turut menarik perhatian, dalam tazkirah itu ialah penjelasan berhubung zakat pendapatan yang rata-rata umat Islam masih kabur tentang kewajipannnya.

"Zakat pendapatan juga diistilahkan sebagai zakat al-mal al-mustafad, iaitu zakat yang bersumberkan gaji dan pendapatan professional yang lain.

"Zakat pendapatan termasuklah segala jenis hasil pendapatan atau pulangan atau bayaran yang diperolehi sebagai balasan atas perkhidmatan yang diberi," katanya

Zakat itu juga turut dikenali sebagai upah, gaji, bonus, dividen, hasil sewaan, royalti, hibah, elaun, honorarium, pampasan, pencen, wang KWSP, perniagaan bermusim dan lain-lain bentuk pendapatan yang berasaskan kerjaya atau sebagai ahli professional, katanya.

Terdapat tiga kaedah mengira zakat pendapatan iaitu pertama, dikira daripada keseluruhan jumlah pendapatan seseorang terus dikeluarkan 2.5 peratus sebagai zakat.

Kaedah ini dirasakan agak membebankan, jsuteru ia langsung tidak mengambil kira aspek penggunaan dan saraan seseorang, kata Hamizul.

Kaedah kedua pula katanya iaitu boleh buat dahulu tolakan asas yang sudah ditetapkan contohnya iaitu diri sendiri RM8,000; isteri RM3,000; anak-anak RM1,000 seorang; pemberian kepada ibu bapa; caruman KWSP; caruman ke dalam akaun Tabung Haji dan setelah itu baru dikeluarkan zakat 2.5 peratus.

"Kaedah ketiga ialah mengira jumlah sebenar perbelanjaan asasi, iaitu makanan, tempat tinggal, pakaian, perubatan, pengangkutan dan pendidikan...barulah dikeluarkan zakat," katanya dan menyarankan kakitangan Harakahdaily dan Siasah melakukan zakat secara potongan gaji.

"Rukun zakat hanya dua iaitu niat dan berlakunya perpindahan harta. Kerana itulah, kita boleh beri zakat melalui internet ataupun potongan gaji. Dan mudah-mudahan dengan kewajipan kita laksanakan, akan membersihkan jiwa dan harta kita," katanya mengakhiri kuliahnya yang berlangsung selama dua jam pada 2.30 petang.

Jumaat, 11 September 2009

KEMELUT UMNO TERENGGANU


Kemelut dan ketidaktentuan politik Terengganu yang didalangi pemimpin Umno akan berlarutan kerana Umno tidak mempunyai formula penyelesaian sebaliknaya meneruskan sikap berpuak yang amat menebal, kata Adun Sura, Terengganu, Wan Hassan Mohd Ramli. Akibat daripada sikap yang berpuak itu, tambah Wan Hassan yang merupakan bekas Exco Kerajaan Terengganu ketika PAS mentadbir negeri itu, rakyat Terengganu terpinggir tanpa pembelaan yang wajar.

Bagi membetulkan keadaan Wan Hassan mengesa rakyat Terengganu agar bersikap berani menolak Umno secara menyeluruh pada pilihanraya umum akan datang bagi membentuk kerajaan negeri Terengganu yang aman dan stabil dibawah pemerintahan Islam yang menyeluruh. Beliau dipercayai mengulas apa yang berlaku di Terengganu sekarang. Baru-baru ini, majoriti Adun Umno memboikot majlis yang dihadiri Timbalan Presiden mereka sendiri, Tan Sri Muhyidin Yasin di Kuala Berang. Ini kerana majlis itu dianjurkan oleh kem Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Sebuah laman web melaporkan, sembilan dari mereka bercadang untuk keluar dari Umno bagi menyertai PKR dan membentuk kerajaan baru dengan PAS. Namun sehingga kini belum menjadi kenyataan. Seorang pemimpin kanan PAS Terengganu berkata, para Adun Umno ini penakut sebenarnya.


BN AKAN JADI LDP : TUN MAHATHIR


Umno dan Barisan Nasional (BN) mungkin akan mengalami nasib yang sama seperti Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun yang ditolak rakyat negara itu, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Adakah pilihan raya yang akan datang akan menyaksikan fenomena yang sama seperti di Jepun? Ia tidak mustahil sama sekali," kata bekas Presiden Umno dan Pengerusi BN itu. Para pengundi muda, katanya, dikatakan kecewa dengan "parti yang mendapatkan kemerdekaan" kerana perkara itu telah menjadi sejarah dan tidak begitu bermakna kepada mereka.

Menurut beliau, di beberapa negara lain, parti-parti yang "berjuang dan mencapai kemerdekaan" telah hilang lenyap seolah-olah rakyat tidak tahu berterima kasih dan tidak peduli "pejuangan dan pengorbanan" parti-parti tersebut dan para pemimpinnya.

"Adakah mereka tidak tahu berterima kasih? Ada kebenarannya tetapi jika kita mahu mengkaji, kita akan dapati sikap para pejuang kemerdekaan itu dan mereka yang mengggantikan para pejuang tersebut telah berubah hampir sepenuhnya," kata beliau dalam blognya.

Mereka, kata Dr Mahathir, menjadi tamak dan angkuh serta tidak lagi mempedulikan negara dan rakyat.

Walaupun menyatakan bahawa para pengundi Melayu begitu setia kepada BN, tetapi Dr Mahathir mengingatkan wujudnya bukti di dalam pilihan raya umum tahun lalu bahawa para pengundi setia itu telah memberikan undi kepada pembangkang.

Menyentuh keadaan Umno kini, Dr Mahathir berkata, gejala yang melanda parti itu tidak boleh dinafikan lagi.

"Rasuah menjadi-jadi di dalam Umno dan parti-parti komponen (BN) yang lain. Perebutan kuasa telah melemahkan mereka. Para pemimpin begitu ghairah untuk terus berkuasa walaupun tidak lagi mampu berperanan.

"Dengan para pemimpin sedemikian, negara dan rakyat diabaikan. Pada dekad yang lepas, walaupun berdegar-degar dengan cakap-cakap bahawa berbilion ringgit diperuntukkan kepada koridor dan sebagainya, tidak ada bukti yang ketara dan boleh dilihat.

"Tidak ada apa-apa pun yang boleh ditunjukkan walaupun Petronas membayar RM250 bilion lebihan kepada kerajaan," katanya.

Adalah menghairankan, kata Dr Mahathir, apabila didapati Malaysia ketinggalan di belakang jiran-jirannya.

Negara ini, kata beliau, "bukan lagi negara yang terkehadapan di rantau ini. Tentunya tidak lagi boleh disifatkan sebagai negara contoh".

Beliau berpendapat, BN hanya boleh diselamatkan oleh prestasi lemah pembangkang.

"Tetapi, jika prestasi kerajaan BN dan parti-parti di dalamnya gagal meyakinkan, pera pengundi yang kecewa mungkin akan melakukan apa yang telah dilakukan para pengundi Jepun - menyingkirkan parti yang mereka sokong sejak lebih dari separuh abad," kata Dr Mahathir.

Tsunami revolusi pilihan raya di Jepun 30 Ogos lalu menyaksikan kemenangan Parti Demokratik Jepun (DPJ) menyingkirkan pemerintahan Parti Liberal Demokratik (LDP) di negara itu sejak Perang Dunia Kedua.

Kehancuran kuasa LDP itu menyaksikan DPJ memenangi 308 dari 480 kerusi parlimen negara itu. _


PKFZ: PAS mahu suruhanjaya di raja, tolak petugas khas

PAS menyifatkan pasukan petugas yang ditubuhkan kebinet bagi menyediakan laporan berkaitan isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) tidak mempunyai kuasa yang luas bagi membuat siasatan, kata Ketua Penerangannya, Ustaz Idris Ahmad. PAS, katanya, menuntut supaya ditubuhkan suruhanjaya di raja bagi menyiasat skandal tersebut

"PAS berpandangan bahawa pasukan ini tidak mempunyai kredibiliti yang kuat, malah tidak mempunyai kuasa yang luas bagi membuat siasatan .Di akhir tugas mereka pasukan ini hanya melapor pada kabinet dan terpulang kepada kabinet untuk memutuskannya," katanya.

Idris menyifatkan pasukan yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan itu tidak bebas kerana mereka terikat sebagai penjawat awam biasa yang bertugas dibawah arahan menteri.

Apa yang lebih membimbangkan, katanya, hasil siasatan ke atas skandal tersebut sebelum ini mengaitkan tokoh-tokoh politik dari Barisan Nasional (BN).

Antara yang dikaitkan ialah bekas Menteri Pengangkutan yang juga bekas Timbalan Presiden MCA, Tan Sri Chan Kong Choy; Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Seri Tiong King Sing; bekas Bendahari Umno yang juga pengarah syarikat Wiramaju Sdn. Bhd iaitu anak syarikat KDSB, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi; bekas Exco kerajaan negeri Selangor dari Umno yang menjadi Pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut (KPPL) dan Ahli Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) ketika transaksi dibuat, Datuk Abdul Rahman Palil dan Bendahari Umno Selangor yang juga Timbalan CEO KDSB, Datuk Faizal Abdullah.

Mengambilkira hakikat itu, Idris tidak menolak akan berlaku penyalahgunaan kuasa atau campurtangan anggota kabinet terhadap tugas penyiasatan yang dibuat oleh pasukan tersebut nanti bagi melindungi orang-orang tertentu.

"Oleh itu, PAS bertegas menuntut satu suruhanjaya di raja yang bebas dengan dianggotai oleh ahli-ahli Parlimen bukan dari komponen parti yang terlibat, wakil badan kehakiman, wakil dari peguam negara, wakil dari Majlis Peguam, wakil Bank Negara, wakil Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM dan wakil NGO yang berkaitan.

"Sewajarnya kes ini disiasat secara terbuka kerana ia melibatkan wang rakyat yang telah hangus dalam projek PKFZ ini," katanya.

Rakyat, katanya lagi, pasti ingin tahu ke manakah duit mereka pergi dalam projek tersebut dan siapakah dalang utama hingga menyebabkan negara terpaksa mengalami kerugian yang besar.

Projek PKFZ mencetuskan kontroversi apabila timbulnya pendedahan bahawa kos pembangunannya melambung daripada RM2.5 bilion kepada RM4.6 bilion.

Laporan audit yang dikeluarkan pada akhir Mei oleh PriceWaterhouseCoopers (PwC), syarikat yang dilantik LPK bagi tujuan itu, menyebut tentang pembabitan beberapa ahli politik dalam projek berkenaan, yang menurutnya, mungkin menimbulkan percanggahan kepentingan._


Khamis, 10 September 2009

TIADA KERJASAMA DENGAN UMNO


Tidak akan ada sebarang kerjasama antara parti melibatkan PAS dan Umno tetapi tidak menolak kerjasama antara kerajaan dan kerajaan atau kerjasama untuk kepentingan ummah. Demikian tegas Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali ketika mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam menyatakan kesanggupun Umno berunding dengan PAS untuk kepentingan umat Islam negara ini. Mustafa menegaskan PAS bersedia untuk berbincang dengan Umno jika hubungan yang mahu dibina itu untuk kepentingan masyarakat umum, ummah dan negara serta mengadakan hubungan antara kerajaan dan kerajaan.

Beliau juga menegaskan kerjasama politik dengan pihak selain Pakatan Rakyat - Umno atau pihak-pihak lain - tidak perlu diadakan.

PAS, tegas Mustafa, tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat yang semakin kukuh dan diterima rakyat sebaliknya bersedia untuk menerima Umno jika parti itu mahu bersama menyertai Pakatan Rakyat.


AIR MATA RASULULLAH


Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, ' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii, ummatiii? ' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.


Selasa, 8 September 2009

UBN DAN ISU PERKAUMAN

ImagePerkauman sempit dijangka akan menjadi isu utama Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang apabila pilihan raya di adakan di situ, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. Pilihan raya kecil dijangka akan diadakan bagi kerusi tersebut berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan itu dari BN, Allahyarham Azman Mohd Noor semalam.

"Sudah disepakati umum bahawa sejak pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu, isu perkauman adalah satu-satunya isu yang mampu menyambung nafas Umno untuk meneruskan cengkaman kekuasaannya," kata beliau.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu bimbang isu tersebut akan memburukkan keadaan yang semakin runcing kini akibat tindakan Umno mengapi-apikan isu perkauman sempit.

"Sejak pilihan raya umum tahun lalu, Umno mengapi-apikan perkauman dengan tunjuk-tunjuk perasaan yang diperhatikan sahaja oleh polis seperti yang berlaku di Pulau Pinang, Selangor dan Perak.

"Daripada isu mempertahankan Dasar Ekonomi Baru (DEB) kononnya, isu babi sehinggalah kepada perbuatan mengheret, meludah dan memijak-mijak kepala lembu di Shah Alam baru-baru ini, semuanya mengapi-apikan sentimen perkauman sempit," kata beliau.

Menurut beliau, seorang blogger Umno yang juga bekas ADUN Pulau Manis, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz (sakmongkol.blogspot.com) membayangkan Umno tidak boleh menggunakan isu ekonomi, demokrasi dan kedaulatan undang-undang.

"Jika digunakan isu ekonomi, rakyat akan bertanya mengapa hanya kroni tertentu sahaja yang mengaut sebahagian yang amat besar dari kek ekonomi?

"Jika digunakan isu demokrasi dan kedaulatan undang-undang, rakyat akan mempersoalkan adakah Umno menjunjung nilai-nilai demokrasi dan kedaulatan undang-undang?

"Satu-satunya isu yang boleh digunakan oleh Umno ialah menakut-nakutkan orang Melayu kononnya kepentingan mereka terancam," Salahuddin menjelaskan.

Sebab itulah, kata beliau, Umno mengapi-apikan perkauman.

"Sambil itu, Umno terus menyembunyikan hakikat bahawa Tanah Rezab Melayu susut kira-kira 44 peratus sepanjang pemerintahannya, RM52 bilion dari RM54 bilion saham yang diperuntukkan kepada bumiputera dari 1984 sehingga 2005 hilang entah ditelan kroni siapa, nasib malang orang-orang Melayu di Pulau Pinang, setinggan-setinggan Melayu dizalimi seperti yang berlaku di Kampung Berembang ketika Umno memerintah Selangor dan pelbagai pengkhianatan lain ke atas orang-orang Melayu ketika di bawah pemerintahan Umno dan BN," kata beliau.

Ditanya mengenai 4,925 undi pos di kawasan itu, Salahuddin berkata, PAS akan membincangkan tindakan yang akan diambil mengenai perkara itu.

Dalam pilihan raya umum lalu, Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi di mana 66 peratus darinya Melayu, 10.5 peratus Cina, 19.9 India dan 3.5 peratus bangsa-bangsa lain.

Dari carian yang dibuat, kawasan itu mempunyai 4,925 pengundi pos.

Mereka adalah dari Pusasda Kem Si Rusa (1,903 undi), 2 KAD Kem Sunggala (1,130 undi), IJED Kem Kg Sawah (847 undi), IPDA Port Dickson (407 undi), 1 Kompeni KPD Kem Si Rusa (265 undi), 1 WKSP Bgd Kem Sg Sawah (165 undi), Sekolah Pertukangan Perintis (105 undi) dan ILMI Port Dickson (103 undi).

Meskipun demikian, dalam pilihan raya umum lalu, calon PAS Ramli Ismail berjaya memperolehi 4,097 undi, hampir kesemuanya dipercayai dari 9,267 pengundi yang tidak mengundi melalui undi pos.

Calon BN, Allahyarham Azman Mohd Nor yang meninggal dunia semalam memenangi kerusi itu dengan mendapat 6,430 undi dengan majoriti 2,333 undi.

Salahuddin juga mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Azman dan berharap roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t. _


Isnin, 7 September 2009

LAGI ISU KUIL DAN PEMIMPIN SELANGOR

ImageAhli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad bersedia kalah dalam pilihan raya kerana berlaku adil kepada semua pihak.
"Ada yang bertanya kepada saya, tidakkah saya khuatir saya kalah dalam pilihan raya yang bakal tiba oleh kerana isu ini. Bagi saya sekiranya itulah kehendak pengundi, apakan daya?
"Yang penting sejarah akan menjadi saksi bahawa ada Ahli Parlimen dari parti Islam yang memperjuangkan keadilan untuk semua walaupun orang Hindu," kata beliau dalam surat terbukanya kepada penduduk penduduk Seksyen 23 Shah Alam. Untuk menjelaskan maksudnya, beliau mengungkapkan kisah seorang raja Islam di Mysore, Bangalore, India pada abad ke 18 yang bernama Sultan Fateh Ali Khan Tippu atau Tippu Sultan.

Di bawah pemerintahan Tippu Sultan, rakyatnya terdiri daripada orang Islam, Hindu dan Sikh.

"Hingga ke hari ini rakyat India masih menceritakan mengenai pemerintahan beliau yang berasaskan Islam sebagai sebuah pemerintahan yang adil," kata beliau.

Dengan mengemukakan ayat kelapan Surah al-Maidah yang menekankan keadilan, Khalid mengingatkan bahawa ketaqwaan mempunyai hubungan rapat dengan keadilan.

Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi, kata beliau.

"Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota?

"Walaupun mereka tidak sebangsa dan seagama, hakikatnya mereka tidak memusuhi kita atau memusuhi Islam. Maka, mereka layak mendapat layanan yang adil.

"Adakah adil sekiranya kita menafikan mereka hak tempat beribadat yang berhampiran dan sebaliknya memaksa mereka ke seksyen 22, di tengah-tengah kawasan industri berat, jauh dari kawasan kediaman? Tiada apa di sana kecuali kilang-kilang," kata beliau dalam surat yang disiarkan dalam blognya itu (www.khalidsamad.com).

Khalid bagaimanapun tidak memaksa pandangannya diterima.

"Saya hanyalah seorang wakil rakyat yang dipilih oleh tuan-tuan melalui pilihan raya yang diadakan pada masa-masa tertentu.

"Saya tidak berhak memaksa apa-apa pandangan atau keputusan ke atas tuan-tuan semua.

"Saya hanya mengharapkan keputusan yang tuan-tuan rumuskan sendiri berhubung cadangan pemindahan kuil ke Seksyen 23 mengambil kira persoalan ketaqwaan dan keadilan," katanya.

Isu pemindahan kuil itu semakin bergolak berikutan tindakan sekumpulan yang dipercayai penyokong Umno baru-baru ini mengadakan tunjuk perasaan membantah pemindahan kuil Hindu ke Seksyen 23, Shah Alam.

Beberapa orang dari mereka adalah penduduk kawasan tersebut.

Mereka mengheret kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan kemudian meludah-ludah serta memijak-memijak kepala lembu itu.

Mengulas kejadian itu, Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berkata, kepala lembu itu bermaksud "kerajaan (Selangor) telah membuat satu keputusan bodoh seperti lembu dalam menangani kontroversi tersebut".

"Nak tunjukkan kerajaan itu bersikap mengambil keputusan yang bodoh seperti lembu," kata beliau.


SIAPA CALON UMNO DI BAGAN PINANG ?


Desas desus siapakah calon Umno-BN di kerusi Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang semakin panas.Jika sebelum ini ramai menjangka akan berlaku pertempuran dalaman dalam menentukan calon puak mana yang bertanding, tapi kini bayangan calon semakin jelas.

Difaham terdapat tiga kem utama di dalam Umno Negeri Sembilan iaitu kem Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohd Hasan, kem bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Ketua Bahagian Umno Seremban, Datuk Ishak Ismail yang juga merupakan bekas Ahli Dewan Undangan negeri(ADUN) Lenggeng. Walaubagaimanapun Mohd Isa dan Ishak masing-masing boleh duduk semeja untuk berbincang dan dianggap rakan politik.

Ishak dikatakan mempunyai hubungan yang akrab dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Sementara itu Ahli Parlimen Rembau dan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin pula boleh dikatakan seorang "lone ranger" di dalam Umno Negeri Sembilan.

Seorang lagi tokoh tempatan, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim juga merupakan seorang "lone ranger" yang tidak mempunyai sebarang "team" khusus di dalam Umno Negeri Sembilan.

Senario ini cukup menggambarkan bagaimana Umno Negeri Sembilan sebenarnya kini berada dalam keadaan yang retak menanti belah. Kesepakatan merupakan satu agenda yang agak jahil bagi Umno Negeri Sembilan.

Maka pada mulanya ramai yang menjangka akan berlaku perebutan dalam menentukan calon. Iaitu sama ada dari kem Mohd Isa yang merupakan Ketua Bahagian Umno Teluk Kemang atau pun calon dari kem Mohd Hasan, Pengerusi Perhubungan.


Namun kini maklumat terbaru yang diperolehi, Mohd Hasan telah menyerahkan tugas memilih calon kepada Mohd Isa. Desas desus daripada Umno bahawa terdapat dua calon popular untuk bertanding kerusi Bagan Pinang iaitu Mohd Isa sendiri atau pun anak lelaki beliau, Mohd Najib Mohd Isa.

Mungkin ramai yang beranggapan dengan kerelaan Mohd Hasan agar bakal calon ditentukan oleh Mohd Isa sebagai petanda positif yang baik di dalam Umno Negeri Sembilan.

Sedia maklum Mohd Hasan menghadapi tekanan hebat sejak Pilihanraya Umum ke-12. Bukan sahaja untuk kali pertama dalam sejarah politik Negeri Sembilan BN kecundang di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri, malah pada pemilihan Umno pada tahun ini, ramai orang beliau telah tumpas di peringkat bahagian walaupun ada diantara mereka merupakan ADUN.