Khamis, 27 Mei 2010

SURAT TERBUKA KEPADA DATUK RAHMAN DAHLAN


Yang Berhormat Datuk Abdul Rahman Dahlan,

YB Datuk, akhir-akhir ini terlalu banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Datuk yang menyentuh kepentingan rakyat, tidak kurang turut membidas kepemimpinan PAS/PR serta yang dituju khusus ke atas peribadi Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Hj. Hadi Awang.



YB Datuk menyarankan agar; "rakyat meletakkan persamaan di antara satu sama lain di hadapan, jauh melebihi daripada perbezaan yang wujud sesama mereka kerana menurut YB Datuk, perbezaan boleh menjadi penghalang besar kepada kemajuan rakyat dan negara ini."

Lalu, saya mahu bertanya kepada YB Datuk, apakah tidak semua agama mempunyai persamaan dalam isu judi di mana tidak ada suatu agama pun di alam buana ini yang menghalal atau menggalakkan pengikut-pengikut agama seperti Islam, Kristian, Hindu, Buddha dan sebagainya untuk bergelumang dengan maksiat judi!




Oleh yang demikian, logik akal yang YB Datuk gunakan dalam menghalalkan perlesenan judi bola yang diberikan kepada Vincent Tan adalah lahir daripada hujah orang yang tiada pegangan agama!



Kalau YB Datuk punya agama, maka sudah pasti YB Datuk akan menolak daripada menggunakan logik akal bagi menyokong satu lagi lesen judi di negara ini. Apakah tidak cukup dengan lesen perjudian 4 nombor ekor atau Sports Toto yang menyaksikan mereka yang melangganinya setiap hari terdiri hampir 90 peratus dari kalangan yang beragama Islam!



Atau apakah mungkin Tan Sri Vincent Tan sudah terlalu banyak berbudi dengan menyalurkan wang haram yang diperoleh melalui maksiat perjudian kepada para pemimpin UMNO/BN bagi mengisi tabung pilihanraya, maka semua permintaannya di aminkan sahaja oleh pemimpin UMNO?



Kalau ini benar, maka tidak mengejutkan akan banyak lagi episod pembuangan bayi di kalangan remaja Melayu akan berlaku seterusnya kerana kocek para pemimpin UMNO diisi dengan wang haram oleh tauke-tauke yang memiliki pusat-pusat judi dan maksiat!



YB Datuk juga memberikan contoh bagaimana rakyat harus meletakkan persamaan, iaitu kata YB Datuk, "jika keluarga jiran kita yang beragama lain, yang berbangsa lain, sakit mereka itu kita rasa, kalau kita yang sakit, jiran kita juga merasa sakit."



Amat benar nasihat dan saranan YB Datuk dalam konteks ini. Lalu, saya mahu bertanya YB Datuk, apakah YB Datuk tidak merasa sakit apabila penduduk Kg Labuan dan Kg. Wakap dalam Daerah Kota Belud, di mana hampir kesemua penduduknya adalah pribumi, mendiami kawasan yang turut dijadikan padang ragut sejak berkurun lamanya, tetapi kemudiannya dirampas dan diberikan kepada tauke kroni UMNO/BN?



Ini berlaku di kawasan Parlimen YB Datuk sendiri. Seperkara lagi, kenapa YB Datuk tidak merasa sakit apabila sebuah kawasan paya bakau seluas 400 hektar di Tuaran, yang ,menjadi sumber rezeki kepada penduduk Kg. Simpangan, Kg. Sudot, Kg Indai dan Kg Termenung, yang telah diteroka dan didiami sejak berabad lamanya, dirampas dan dihadiahkan kepada tauke Cina kroni UMNO/BN kononnya untuk dijadikan pusat peranginan?




Mana dia slogan '1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'? Mana dia slogan kosong ini? Saya yakin, kalau ada usaha untuk membuat carian di SSM, maka kita akan dapati ada pemimpin-pemimpin UMNO yang menjadi shareholder serta menjadi ahli Lembaga Pengarah dalam syarikat yang diberi hadiah tanah yang dirampas dari kaum pribumi ini!



Kalau masyarakat Islam dan pribumi lain mahu lagi memilih pemimpin UMNO/BN dalam pilihanraya ke-13 ini, maka saya katakan ayuh, sokonglah, undilah mereka! Biar cepat bumi Sabah ini tergadai kepada tauke-tauke Cina kroni UMNO/BN! Biarlah kita dan anak cucu kita berkampung dan mendirikan rumah di pulau-pulau yang letaknya jauh dari tanah besar Sabah. Itu pun kalau masih belum dihadiahkan kepada tauke-tauke kroni UMNO/BN.



YB Datuk juga membidas cara Presiden PAS mengenakan pakaian jubah yang merupakan cara berpakaian pemimpin agong umat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. Orang Islam yang mengenakan pakaian jubah adalah orang yang mengamalkan satu daripada sunnah Nabi s.a.w. Tetapi bagi YB Datuk, dengan berpakaian secara demikian, pemimpin dunia akan memandang rendah kepada Presiden PAS, jika ditakdirkan beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.



Lalu, saya mahu bertanya kepada YB Datuk, apakah dengan berpakaian baju kot dan mengenakan tali leher itu melambangkan suatu kemodenan dan kecanggihan? Bukankah banyak kes-kes penipuan dan rasuah, kes rogol dan merampas isteri orang, meletupkan model Mongolia, merampas tanah penduduk pribumi dilakukan oleh mereka yang bangga dengan pakai kot dan tali leher?



Kenapa YB Datuk gagal melihat kehebatan Mahatma Gandhi yang menjadi pemimpin agong India, memerintah India hanya dengan bercawat?



Saya yakin ramai kalangan penyokong dan ahli akar umbi UMNO merasa malu dan jijik melihat gelagat pemimpin-pemimpin mereka yang ‘berkokok berderai-derai tetapi ekornya bergelumang dengan tahi!’

Sekian, Salam Kaamatan.

HJ. HAMZAH HJ. ABDULLAH


( Sabahkini.net)

11 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. patut nama ni blog Paling Berani Kasi Tunjuk Kebodohan Sendiri...

    BalasPadam
  7. kalau cakap pasal Pribumi ni...blogger atau pun haji hamzah kena pegi sekolah balik lah...jangan sembarangan cakap...cari fakta dulu...apa itu pribumi.....apa da....pooraaahlaaah...

    BalasPadam
  8. Laman-laman dalam kategori "Pribumi Sabah"

    Yang berikut ialah 13 daripada 13 buah laman dalam kategori ini.
    B

    * Bagahak

    D

    * Dusun Labuk
    * Dusun Liwan
    * Dusun Lotud
    * Dusun Pahu


    D samb.

    * Dusun Tindal

    K

    * Kimaragang
    * Kuijau

    O

    * Orang Sungai

    R

    * Rungus


    T

    * Tagahas
    * Tambanuo
    * Tangara



    balik buka buku lah woiii.....

    BalasPadam
  9. Kemanakah haji hamzah????kenapa membisu seribu bahasa....kenapa tidak bertanggungjawab ke atas apa yang telah diutarakan didalam surat terbukanya?

    apakah maksud haji membuat kenyataan "Kalau YB Datuk punya agama?"...haji ini sudah terang lagi bersuluh...."saya pun boleh cakap kalau haji punya agama"..tapi apa ertinya????

    suka saya nyatakan kepada haji...ini bukan soal "kalau"....seperti juga jika orang bertanya kepada haji kalau ada agama?..apa yang haji rasa?..oren??

    kenyataan haji terlalu banyak kemungkinan...mungkin ini belum tentu betul...jadi jangan cakap dulu lah...nanti jadi fitnah....nama haji...HAJI HAMZAH,...sudah2 lah tu Ji...

    jangan rasa bangga lah Ji...orang semua pun boleh buat surat terbuka tapi orang fikir juga baik buruknya...

    Haji cakap Mahatma Ghandi pakai cawat...jangan sembarangan cakap Ji...mana ada pakai cawat...haji-haji...haji cakap yang pakai baju kot sahaja yang buat jenayah...itu bagi haji sebab haji ada sasaran untuk mengenakan orang2 yang pakai kot....fikiran sempit....kenapa haji tidak bercakap pasal penagih dadah?...macam mana dengan haji yang berjudi?ambil nombor?...jangan haji terasa ar..sebab kalau haji bercakap pasal orang pakai kot sama lah juga tu kan...

    sudah lah Ji...lain kali lah saya komen balik.....macam malas juga saya komen...isi surat haji ni pun bukannya profesional..amatur pun bukan....emosi adalah...haji-haji...haji bacalah juga komen yang beremosi seperti ini...apa haji rasa???OREN....????

    BalasPadam
  10. ulasan yang telah dipadam yang lain tu atas dasar perikemanusiaan....

    BalasPadam