Rabu, 1 September 2010

TIMBALAN KETUA MENTERI SABAH LETAK JAWATAN


KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Peter Pang En Yin hari ini keluar dari Parti Liberal Demokratik (LDP) dan meletakkan semua jawatan dalam parti itu termasuk sebagai naib presiden berkuat kuasa serta-merta.


Tindakan itu dibuat kerana LDP menolak sebarang kerjasama dengan pengerusi BN negeri yang juga Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.


“Saya faham keputusan ini akan mempengaruhi kedudukan di dalam kerajaan dan dengan ini, saya menawarkan untuk meletak jawatan daripada jawatan sedia ada dan berjanji untuk meneruskan khidmat di bawah kerajaan BN pimpinan Musa,” katanya


`Malah kebelakangan ini juga timbul khabar angin parti komponen itu akan meninggalkan BN berpunca pergeseran antara Musa dengan beberapa pemimpin parti itu.


Sebelum ini, timbalan presiden LDP, Chin Su Phin dilaporkan berkata parti itu tidak lagi boleh bekerjasama dengan Musa tetapi tetap setia kepada BN.



Berikutan kenyataan Chin itu, timbalan pengerusi perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Said berkata LDP bersekongkol dengan pihak tertentu bagi menumbangkan Musa tetapi dinafikan Presiden LDP, Datuk Liew Vui Keong.



Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata Pang keluar LDP kerana mahu menyertai Parti Gerakan. Katanya,

Pang walaupun keluar BN tetapi masih menjadi "keluarga BN".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan