Memaparkan catatan dengan label PKR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PKR. Papar semua catatan

Jumaat, 16 Oktober 2009

KRISIS TERBARU PKR


Datuk Zaid Ibrahim hari ini membuat pengumuman mengejut untuk bercuti selama enam bulan daripada PKR di tengah-tengah ura-ura beliau menghadapi masalah dengan seorang pemimpin kanan parti."Ini bermakna saya tidak akan menghadiri mesyuarat biro politik parti," kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dalam satu kenyataan hari ini.

Surat itu, yang berkuatkuasa serta-merta, diserahkan kepada Setiausaha Agung PKR Datuk Salehuddin Hashim.

Pengumuman cuti Zaid ini dibuat sewaktu muncul khabar bahawa beliau berkemungkinan meninggalkan PKR.Zaid, yang baru mengumumkan penyertaannya bersama parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu pada Jun lalu, dipercayai berdepan masalah besar menjalankan tugasnya untuk menyatukan pembangkang susulan pergeserannya dengan Naib Presiden PKR Azmin Ali.

Beliau, yang juga ahli parlimen Gombak, dilaporkan tidak senang dengan peranan Zaid yang akan dihantar ke Sabah esok - berselinding di sebalik perjumpaan sambutan Aidifitri - untuk menyelesaikan penolakan ketua-ketua bahagian terhadapnya, yang dilantik sebagai pengerusi Majlis Pimpinan Negeri.


Dalam satu mesyuarat biro politik PKR Selasa lalu, Azmin didakwa melepaskan kemarahannya terhadap bantahan ketua-ketua bahagian di Sabah sehingga Anwar sendiri sukar menenangkannya.

Dalam kenyataannya hari ini, Zaid bagaimanapun menafikan pembabitannya dengan isu kepemimpinan parti itu di Sabah dan Sarawak seperti dilaporkan Malaysiakini sebelumnya.

"Saya diundang menghadiri perhimpunan dan majlis Hari Raya anjuran pemimpin PKR untuk bertemu dengan ahli-ahli, yang saya sudah menerima pelawaan itu.

"Begitu juga saya turut diundang bertemu beberapa pemimpin Sarawak di Kuching. Saya tidak nampak sebarang niat buruk dalam undangan-undangan ini," katanya.

"Saya tidak apa-apa kepentingan dalam politik dalaman PKR atau parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat. Saya juga tidak berminat mengambil peranan kepemimpinan dalam PKR.

"Saya telah jelaskan perkara ini sejelas-jelasnya kepada Anwar sewaktu saya menyertai parti ini."

Selepas Azmin tidak senang dengan kehadiran Zaid di majlis berkenaan, Anwar pula menghalang bekas senator itu menghadirinya.
Tindakannya bercuti membolehkan beliau keluar daripada arahan pemimpin besar PKR itu.

Isnin, 31 Ogos 2009

PKR KOTA BELUD ‘RUMAH TIDAK BERPINTU”.


Tidak banyak yang boleh diperkatakan mengenai parti PKR di Daerah Kota Belud, kerana pejabat perhubungan parti itu pun sentiasa bertutup rapat ibarat “rumah tidak berpintu”. Malahan seharian mencari Pejabat itu, rasanya sudah ditutup atau memang sudah lumrah PKR, dimana-mana, hanya musim pilihanraya barulah Pejabat Parti itu dibuka. Macamlah rakyat hanya menghadapi masalah ketika berlangsungnya pilihanraya. Rumah calon PKR dalam PRU-12 yang lalu, juga lengang macam tidak berpenghuni. Betul kata orang PAS Kota Belud, orang-orang PKR di daerah ini hanya keluar pada waktu dekat-dekat pilihanraya. PKR, negeri tahukah situasi ini? Atau mereka di atas itupun berumahkan yang tiada pintu..? Bagaimana nak tahu keperluan rakyat kalau, nak keluar dari rumah sendiripun tidak tahu mana pintunya..?



Salah seorang yang bertanding sebagai calon PKR, ialah seorang dari suku Iranun…masa berkempen bukan main semangat dan tekunnya. Tapi bila kalah, entah di mana sudah ? barangkali tugasnya sudah selesai apabila pilihanraya tamat..? bukankah pilihanraya akan datang masih ada..? kalaulah masa sekarang digunakan untuk mendekati rakyat..alangkah baiknya.. Ini tidak, ke hulu ke hilir sibuk mencari ‘polos’ guna untuk belanja pilihanraya akan datang agaknya. Susah juga kalau calon yang belum merdeka ekonominya…Begitulah! Setakat mencatat sejarah sebagai calon yang kalah…



PAS Kb sekarang ni sudahpun mula mencongak-congak untuk mengintai calon mereka. Kata orang kampung , AWALNYA!.. tetapi mereka merancang dengan lebih berani dan teliti. Kawannya PKR pula masih lena dibuai mimpi kekalahan tempoh hari. Hingga ada yang sudah tidak “istiqamah” dalam perjuangan, kembali ke pangkuan UMNO semula. Tunggulah dalam dekat-dekat pilihanraya PKR KB akan ada calon barunya…dari suku mana..? biasanya kalau bukan dari bajau tentu dari suku Iranun lagi..kerana kedua-dua suku ini suka sangat bertelagah dengan pemimpin sedia ada…