Memaparkan catatan dengan label umno kg Tamau.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label umno kg Tamau.. Papar semua catatan

Rabu, 4 November 2009

ADUN TEMPASUK DAN UMNO KG.TAMAU


Ketika saya membaca posting YB Datuk Musbah, Adun Tempasuk tentang majlis PIBG kg Tamau, saya amat tertarik dengan keteguhan hati YB Musbah, kerana dalam PRU-12 yang lalu ,saya adalah antara petugas yang membuat tinjauan dalam beberapa peti undi sekitar daerah Kota Belud dan Kg Tamau tidak terkeculi. Saya juga tahu bahawa Datuk Musbah kalah di Kg Tamau, biarpun masyarakat suku Iranun yang mendiami kampung itu pada awalnya digambarkan menyokong penuh datuk Musbah. Tetapi oleh kerana calon PKR juga dari kampung berkenaan, maka undi pecah dan menunjukkan peningkatan kepada sokongan pembangkang.

Tidak ramai yang saya kenali di Kg.Tamau, seingat saya hanya Sdr Roslan, kerana saya juga turut memberikan sokongan ketika beliau bertanding selaku AJK Bahagian. Saya menyokong beliau atas sebab kerana kesabaran dan ketabahannya dalam meneruskan perjuangan politik. Walaupun saya tidak mengenali ayahandanya, Tuan Hj. Manshor, tetapi saya mendengar banyak cerita tentang perjuangan beliau sejak zaman USNO lagi. Dan kerana itu juga saya memberikan sokongan kepada sdr Roslan.

Namun yang agak menghairankan saya ialah bagaimana, Datuk Musbah boleh mengalami kekalahan dalam peti undi di kg. itu sedangkan dari apa yang saya ketahui dari risikan ketika pilihanraya lalu, Tuan Hj.Manshor adalah antara pemimpin di kg itu yang kuat menyokong Datuk Musbah dan saya juga dikhabarkan bahawa sdr Roslan adalah antara perancang utama kempen bersama-sama saudara-saudaranya lain. Antara yang saya kenali secara sepintas lalu ialah abang beliau iaitu Cikgu Mokdin.

Walaupun kalah dalam peti undi di kawasan itu, Datuk Musbah seharusnya membuat penyelidikan sama ada wujud masalah kepada para pengundi di kawasan itu, termasuk unsur-unsur sabotaj dalam parti terutama dalam cawangan umno di kg itu. Banyak yang saya dengar tetapi belum pasti kebenarannya. Tidak hanya memberikan kepercayaan kepada seseorang dengan mengabaikan orang lain.