Rabu, 4 November 2009

ADUN TEMPASUK DAN UMNO KG.TAMAU


Ketika saya membaca posting YB Datuk Musbah, Adun Tempasuk tentang majlis PIBG kg Tamau, saya amat tertarik dengan keteguhan hati YB Musbah, kerana dalam PRU-12 yang lalu ,saya adalah antara petugas yang membuat tinjauan dalam beberapa peti undi sekitar daerah Kota Belud dan Kg Tamau tidak terkeculi. Saya juga tahu bahawa Datuk Musbah kalah di Kg Tamau, biarpun masyarakat suku Iranun yang mendiami kampung itu pada awalnya digambarkan menyokong penuh datuk Musbah. Tetapi oleh kerana calon PKR juga dari kampung berkenaan, maka undi pecah dan menunjukkan peningkatan kepada sokongan pembangkang.

Tidak ramai yang saya kenali di Kg.Tamau, seingat saya hanya Sdr Roslan, kerana saya juga turut memberikan sokongan ketika beliau bertanding selaku AJK Bahagian. Saya menyokong beliau atas sebab kerana kesabaran dan ketabahannya dalam meneruskan perjuangan politik. Walaupun saya tidak mengenali ayahandanya, Tuan Hj. Manshor, tetapi saya mendengar banyak cerita tentang perjuangan beliau sejak zaman USNO lagi. Dan kerana itu juga saya memberikan sokongan kepada sdr Roslan.

Namun yang agak menghairankan saya ialah bagaimana, Datuk Musbah boleh mengalami kekalahan dalam peti undi di kg. itu sedangkan dari apa yang saya ketahui dari risikan ketika pilihanraya lalu, Tuan Hj.Manshor adalah antara pemimpin di kg itu yang kuat menyokong Datuk Musbah dan saya juga dikhabarkan bahawa sdr Roslan adalah antara perancang utama kempen bersama-sama saudara-saudaranya lain. Antara yang saya kenali secara sepintas lalu ialah abang beliau iaitu Cikgu Mokdin.

Walaupun kalah dalam peti undi di kawasan itu, Datuk Musbah seharusnya membuat penyelidikan sama ada wujud masalah kepada para pengundi di kawasan itu, termasuk unsur-unsur sabotaj dalam parti terutama dalam cawangan umno di kg itu. Banyak yang saya dengar tetapi belum pasti kebenarannya. Tidak hanya memberikan kepercayaan kepada seseorang dengan mengabaikan orang lain.

3 ulasan:

  1. Salam Saudara Palingberani,

    Memberi sokongan kepada En Roslan sebagai pemimpin UMNO bahagian menggambarkan saudara ini ahli UMNO yang betul-betul mendokong dasar 1 Malaysia. UMNO sebenarnya milik semua suku kaum bumiputera di Sabah. Kekalahan Datuk Musbah di Tamau kerana faktor undi protes kepada pucuk pemimpin pusat UMNO yang tidak meletakkan calun di kalangan anak Iranun samada dalam Adun atau Parlimen.

    Justeru dalam PRU13 nanti konsep 2:1:1 perlu dilaksanakan kembali di Kota Belud, supaya tiga kaum terbesar di KB merasakan tidak terpinggir dari berperanan turut sama membangunkan negeri ini. Bagi kami di Tamau amat mengharapkan En Roslan Haji Mansor mengalas kesinambungan politik suku kaum Iranun dalam parti UMNO. Oleh itu jika konsep 2:1:1 mendapat perhatian pucuk pimpinan pusat, Saudara Roslan Haji Mansor lah yang paling layak memikul tanggungjawab ini. Apa pun semua ini bergantung kepada takdir dan rezeki seseorang.
    Wasalam.

    BalasPadam
  2. salamziarah sdr palingberani..

    saya mahu ulas pandangan sdr Datu Panglima Iranun..
    nampaknya sdr DPI ini begitu taksub dgn suku Iranun terutama harapannya utk melihat sdr Roslan menjadi wakil rakyat..

    Bagi saya sdr Roslan mcm TSP juga, tidak mempunyai kredibiliti utk membantu masyarakat Iranun utk maju. Lihat ketika beliau jadi pegawai eksekutif..pernahkah dia membantu masyarakt Iranun..? pernahkah dia menunjukkan sikap kmepimpinan ?

    Saya dengar apa yg terjadi di kg Tamau, dia sendiri disisihkan oleh kepimpinan di sana. ? betulkah? tanya dia sendirilah..

    DPI kena sabar dan sedia membongkar isu yang membelenggu sdr Roslan ini. Memang dia menang dalam AJK bahagian tetapi itu bukan bermakan dia satu-satunya pemimpin Iranun yang akan bersinar..?

    Sdr Roslan ini saya kenal mcm sdr Palingberani juga.kami mengundi dia masa AJK bahagian UMNO dulu..tapi kalau sekarang saya rasa, memang susah kerana masa pemililihan G7 tempoh hari kami dapat tahu banyak perkara mengenai Sdr Roslan. ramai perwakilan mula muak dgn percaturan politiknya...isteri beliau sendiri adalah setiausaha kepada Datin Badru dan tentunya sdr Roslan juga menyokong Datin ini... sedangkan kami amat sukar utk melupakan pertualang Datin ini masa dalam PKR dulu..

    apa2pun saya yakin peluang sdr Roslan tidak akan cerah. Kita nantikan bersama.

    BalasPadam
  3. Salam Panglingberani,
    Mohon laluan menjawab pendekar tua, Kalau Saudara Roslan dan TSP sama sahaja tak boleh bantu masyarakat Iranun, cuba bagitahu dulu nama satu anak Iranun yang boleh memikul tanggungjawab itu dan kita bincang kemampuannya membela bangsa Iranun ini. Saudara sebenarnya tidak dapat membaca dengan baik scenario politik KB kini. Saudara Roslan juga ada sterategi macam TSP dan DSSK, kita tidak tahu, dia juga matang berpolitik. Pada pendapat saya apa yang dia lakukan ini sudah difikirkan dengan baik-baiknya.

    BalasPadam