Selasa, 13 Oktober 2009

SALAHKAH DATUK MUSBAH RAPAT DENGAN MUSA AMAN ?



Semasa pulang dari KK semalam, saya bersembang dengan seorang rakan lama yang begitu aktif dalam politik KB. Dia banyak 'bercelotah' dengan karenah para pemimpin yang pada tanggapannya sangat 'bercelaru' prinsip perjuangan mereka. Buat bingung katanya pada saya. Bila saya mengutarakan betapa perlunya mengangkat buah fikiran pemimpin, dia memandang agak lama. Mulalah dia mengeluarkan cerita kononnya, pemimpin politik di KB sekarang susah untuk disatukan fikiran mereka. Semuanya saling curiga-mencurigai, ada yang suka mengambil kesempatan, dan ada yang berdamping kepada pemimpin tertentu untuk mengambil peluang kalau-kalau pemimpin berkenaan mendapat 'durian runtuh'.

Antara pemimpin yang disebut-sebutnya ialah dua orang pemimpin suku Bajau, iaitu datuk Salleh dengan Datuk Musbah. Pada pandangannya, Datuk Salleh begitu curiga dengan datuk Musbah. Bila saya tanya kenapa..? Kerana Datuk Musbah 'rapat' dengan Musa Aman, Ketua Menteri Sabah. Bagi perkiraan Datuk salleh, Group 3 Abdul ( Salleh, Pandikar, Amir Kahar ) -biarpun ramai lagi yang tidak tersenari...-telah digugurkan kerana atas tipu muslihat Musa Aman yang ingin mematikan kerjaya politik mereka. Pengorbanan mereka kononnya tidak dihargai. Oleh kerana Datuk Musbah, dikatakan adalah antara orang yang rapat dengan Musa Aman, sehingga dicalonkan di Tempasuk. Kerana itu maka, Datuk Musbah dikatakan sebagai 'mata-mata'bagi Musa Aman...

Benarkah begitu..? Kenapa Datuk salleh dan gengnya tidak melihat kelemahan diri sendiri sebelum membuat spekulasi politik yang merugikan itu...? Mungkin mereka di gugurkan kerana mereka tidak membawa perubahan kepada rakyat dan masyarakat..Kalau kita katakan MUSA AMAN mempunyai motif jahat politik..kenapa KB dan Pulau Bangi ( kwsn Amir kahar) diberikan projek Agropolitan ? yang bertujuan membasmi kemiskinan tegar..Selama mereka-mereka ini memegang jawatan dalam kerajaan dan parti..apa yang telah dibawa oleh Datuk Salleh dan gengnya kepada kawasan mereka..?

Begitu banyak persoalan yang dilontarkan oleh kawan saya ini..? sampai saya sendiri susah untuk menangkisnya..

Salahkah Datuk Musbah rapat dengan Musa Aman..? Datuk Salleh pun dulu 'rapat' dengan Datuk seri Anwar sebelum dia dipecat dari UMNO..? Datuk Musbah tidak juga bising-bising.. katanya lagi..

Sekarang ni datuk salleh dan gengnya tekan Musa Aman dengan USBO..kononya..rumpun USBO ada kuasa politik di sabah..? kenapa sejak dulu USBO tidak diungkit..? Orang bajau (USBO ) masih juga begini..? penyatuan rumpun USBO, wal hal Datuk Salleh dengan Datuk Musbah sendiri tidak bersatu..!!! keliru betul kita di daerah KB ini..Bilangnya lagi..

Saya hanya khyusuk mendengar sahaja..ada juga benarnya apa yang dikatakan oleh 'lepasan siswazagh ini" ..bisik hati kecil saya.

Bila saya tanya tentang blog di KB..Kawan ini juga memaklumkan dia mengikuti perkembangan para blogger di daerah ini.. termasuk blog Datuk salleh yang disifatkannya sebagai "buku Teks" kerana tidak membenarkannya percambahan buah fikiran berlaku.



Diakhir perbualan kami, dia menegaskan bahawa dia bukan sokong mana-mana pemimpin , bukan juga anti kepada mana-mana,tetapi dia sangat risau dengan keadaan politik KB..dan saya faham kerana beliau ini sudah lama berada dalam bahagian UMNO KB, dan dia banyak tahu tentang gelagat pemimpin yang dia sebutkan itu..

Bersama-samalah kita fikirkan...kerana bila kita mencanangkan 'perpaduan' rakyat akan melihat kenyataan itu pada pembawaan dan pendirian kita.



3 ulasan:

  1. POLITIK ADALAH PERSEPSI. TERPULANGLAH PADA PERSEPSI MASING-MASING DALAM MENILAI SESEORANG PEMIMPIN.

    Semasa Dato Salleh KM Sabah, Dato Musbah juga rapat dengan beliau. Begitu juga semasa Datuk Osu KM Sabah, Musbah juga antara pemimpin yg rapat dgn Osu. Sekarang Musa Aman KM, juga rapat sekali dengan Musbah.

    "Political instinctnya" tindakan Musbah itu tidak salah malah dari segi survival politik beliau amat bijak, kerana kepada sesiapa pemimpin politik yang ingin menjadi KM Sabah, atau sedang duduk kerusi KM Sabah, Datuk Salleh adalah saingan politik mereka...bukannya Datuk Musbah.

    Menjadikan Musbah pemimpin alternatif kepada orang Kota Belud dan kaum majoriti Bajau tidak akan menggugat kedudukan politik mereka yang berada ditampuk kuasa.

    Sama-samalah kita renungkan

    BalasPadam
  2. Salam kembali sdr Musli..

    Dalam politik banyak unsur tipu daya yang dibenarkan. Justeru keikhlasan sukar utk diramalkan..

    Sebagai orang yg terlibat dlm politik KB sdr juga mengetahui hal-hal sebegini..

    Tidak adakah jalan utk mententeramkan kedua-dua pemimpin ini..? demi masyarakat kita di KB..bersama kita fikirkan.

    TQ atas pandangan sdr.

    BalasPadam
  3. ziarah sdr palingberani..

    Dalam politik kawan adalah lawan dan lawan adalah kawan..keputusan datuk musbah berhubung baik dgn MA adalah satu tindakan betul utk survival politiknya..

    Begitu juga sebaliknya..kalau DSSK menjadi KM tentu DHMJ akan rapat dengannya..

    Perkara biasa seperti itu kerap berlaku dalam politik,Namun ada kebenarnya bahawa pemimpin di KB perlu lebih bersikap terbuka dan saling melupakan pertikaian pollitik peribadi yang tidak menguntungkan..

    Satu pertanyaan buat sdr Palingberani..sapa kawan sdr itu ?

    BalasPadam