Isnin, 26 Julai 2010

7 JUTA PENGUNDI MUDA PENENTU KEMENANGAN BN

Seramai tujuh juta pengundi muda akan menjadi faktor penentu dalam keputusan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) atau parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang.



Bagaimanapun, kajian terbaru oleh Makmal Pemuda BN telah memberi wawasan tentang pemikiran golongan pengundi muda dengan kebanyakan mereka mengambil pendirian non-partisan (tidak memihak) berhubung politik negara.



Berikutan majoriti golongan belia bukan penyokong mana-mana parti, kajian itu mendapati tiga daripada lima pengundi muda atau 62 peratus daripada mereka masih ‘duduk atas pagar’ mengenai parti pilihan mereka.



Hasil kajian ke atas kira-kira 1,000 responden dari seluruh negara itu serta cadangan dasar telah disampaikan oleh Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lepas.


Kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik khas selama dua bulan mulai Mac lalu itu bagi membantu parti pemerintah menggubal dasar bersesuaian dengan keperluan generasi muda di negara ini.



Hasil laporan itu akan diumumkan kepada awam pada satu mesyuarat bersama Perdana Menteri dijadual pada 20 Ogos ini.



Kebimbangan utama yang disuarakan oleh responden adalah berkaitan dengan pekerjaan, pendidikan, peningkatan kos hidup dan pengangkutan awam.



“Golongan belia ini akan mengundi mana-mana calon yang mereka fikir lebih baik pada pilihan raya umum akan datang,” menurut hasil kajian itu.



Hasil kajian itu adalah serangkai dengan arah aliran politik semasa yang ditonjolkan oleh pelbagai pemerhati dan penganalisis politik termasuk Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah.



“Pengundi muda kini lebih berpandangan terbuka dan membina dan mereka tidak menilai sesuatu isu berdasarkan ideologi politik. Sokongan mereka mudah berubah atau bertindak kepada situasi pada bila-bila masa,” kata Abu Hassan.



Menurutnya, generasi muda tidak lagi berpegang kepada kata-kata atau janji ahli politik tetapi sebaliknya menilai bagaimana parti-parti berkenaan menangani pelbagai isu.


Bagi Khaw Veon Szu, Pengarah Institut Pembangunan Sosioekonomi dan Penyelidikan (SEDAR), iaitu kumpulan pemikir Parti Gerakan, pula, beliau percaya kebanyakan belia di negara ini masih cenderung kepada pembangkang, walaupun perangkaan 60 peratus pengundi belia ‘atas pagar’ seperti dilaporkan oleh Mahkamah Pemuda BN.



“Saya percaya pengundi muda ‘atas pagar’ sebenarnya pada kadar 30 peratus dan saya tidak kata ia akan mencecah sehingga 60 peratus,” katanya.



“Pengundi sentiasa berubah secara bulanan tetapi ia hanya sekadar mana tahap perubahan itu.



“Konsensus secara umum bagi golongan muda dan ligat itu pada amnya mereka memihak pembangkang,” katanya.



Veon Szu berkata, pembangkang mempunyai sedikit ‘simpanan tetap’ dalam masyarakat Cina dan ini dijelaskan mengapa mereka begitu gigih mendaftar pengundi baru dan muda kerana mereka menganggap golongan itu adalah tambahan kepada ‘simpanan tetap’ mereka.



Bagi memenangi hati pengundi muda, katanya, BN tidak mempunyai masa tetapi sebaliknya perlu mempunyai rancangan drastik bagi mengejar usaha pembangkang mendaftar pengundi baru.



Salah satu sektor yang boleh membawa impak segera dan berkesan yang boleh meninggalkan kesan mendalam dalam minda dan hati pengundi muda adalah rombakan dasar pendidikan.



Bagaimanapun, sebilangan pemerhati politik dan ahli parti berpendapat bahawa apa yang BN perlu sekarang ialah penyelesaian kepada masalah yang dibangkitkan oleh golongan ini dan bukan satu lagi kajian untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh belia.



“Anda tidak perlu menjalankan satu kajian untuk mengetahuinya. Sebagai seorang pemuda, saya boleh beritahu apa yang golongan pemuda inginkan – pekerjaan, keselamatan, kualiti hidup yang lebih baik dan urus tabir yang cekap,” kata seorang pemimpin pemuda dari sebuah parti komponen BN.


Bagaimanapun, sebarang bentuk kajian adalah penting dan dapat membantu BN merangka strategi bagi membantu golongan itu di peringkat bawahan.



Usaha kajian seperti itu adalah langkah tepat seperti dilakukan oleh Pemuda MIC di mana lebih ramai pemimpin muda diberi tanggungjawab di peringkat cawangan dan bahagian.



Ketua Pemuda MIC, T. Mohan, berkata pada 21 Ogos ini, sebanyak 50 cawangan pemuda baru dengan pemimpin baru akan dibentuk selain mendaftar ahli baru sebagai pengundi jika mereka mencapai umur 21 tahun.



“Sebelum ini, kita terpaksa menunggu sehingga seseorang itu melepaskan jawatan atau meninggal dunia. Tetapi kini, kita melakukan rombakan dan maklum balasnya adalah baik.



“Kami kini mempunyai pengerusi cawangan berusia antara 20-an dan 30-an,” katanya.



Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Anthony Loke Siew Fook menjelaskan, kecenderungan pengundi muda kepada parti pembangkang sebahagian besarnya disebabkan faktor ‘tolakan’ dari BN dan bukan faktor ‘tarikan’ oleh pembangkang.



“Perebutan mendapatkan sokongan pengundi muda masih terbuka luas. Pengundi muda akan memilih calon yang dapat membuktikan kelebihan yang ada pada diri mereka,” katanya.



Oleh itu, Siew Fook berkata, pembangkang menumpukan kepada dua pendekatan iaitu pendaftaran pengundi baru secara agresif dan memaklumkan kepada golongan itu bahawa mereka boleh membuat keputusan dengan apa yang mereka fikirkan penting.



Pensyarah Sains Politik, Kolej Universiti Antarabangsa Sedaya (UCSI), Dr. Ong Kian Ming berkata, Pemuda BN tidak mempunyai rancangan bersepadu untuk membabitkan golongan pemuda serta gagal mengetengahkan dasar untuk mereka.



“Misalnya, isu biasiswa. Kita tidak lihat sebarang usaha bersepadu untuk menyelesaikan isu itu sehingga pengumuman oleh Perdana Menteri,” katanya.



Pada 10 Julai lalu, Najib mengumumkan bahawa semua pelajar yang memperoleh keputusan 9A+ dan ke atas pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan ditawarkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk melanjutkan pengajian di universiti tempatan atau luar negara.



Kian Ming berkata, golongan muda nampaknya lebih cenderung kepada pembangkang tetapi parti pembangkang tidak boleh mengambil mudah berikutan keputusan pilihan raya umum lepas menunjukkan sedikit peningkatan sokongan golongan muda kepada BN.



‘‘Pada PRU 1999 dan 2004, corak pengundian golongan muda menunjukkan penurunan sokongan terhadap BN tetapi pada 2008, terdapat sedikit peningkatan sokongan kepada BN, khususnya dari generasi selepas reformasi berusia antara 21 dan 30 tahun,’’ katanya.



Bagaimanapun, katanya, masih ada banyak cabaran bagi pihak pembangkang dan pemerintah tetapi kedua-dua pihak itu telah menampilkan beberapa pemimpin muda yang berjaya mendekatkan diri dengan golongan belia di negara ini. – Bernama


Khamis, 15 Julai 2010

JANJI DATUK RAHMAN DAHLAN TIDAK TERMAKBUL


Mungkin para pembaca, masih ingat lagi , datuk Rahman, ahli Parlimen Kota Belud pernah menceritakan dalam blog peribadinya , konon-kononnya pada tahun 2010, masalah air di daerah kota Belud akan dapat diatasi. Pada waktu itu tahun 2009, beliau menyatakan sedang berunding dengan kerajaan dan telah mendapat peruntukan melalui kemnterian Luar Bandar dan Wilayah. Itulah janjinya, tetapi hingga kini, masalah air di Kota Belud masih tidak ada bezanya ketika dia mula-mula berjanji.

Lepas isu loji penapisan kg Bayayat selesai, penggantian paip rosak yang dilakukan sungguh menyedihkan. Beberapa kawasan terlibat dan banyka di kawasan DUN KADAMAIAN.Sedangkan di kwsn DUN USUKAN DAN DUN TEMPASUK, keadaan masih seperti dulu juga. rakyat masih menggunakan telaga tiub untuk memenuhi keperluan mereka seharian.

Ituloah janji seorang YB yang tahu, dia tidaktinggal lama di daerah ini.

Khamis, 27 Mei 2010

SURAT TERBUKA KEPADA DATUK RAHMAN DAHLAN


Yang Berhormat Datuk Abdul Rahman Dahlan,

YB Datuk, akhir-akhir ini terlalu banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Datuk yang menyentuh kepentingan rakyat, tidak kurang turut membidas kepemimpinan PAS/PR serta yang dituju khusus ke atas peribadi Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Hj. Hadi Awang.



YB Datuk menyarankan agar; "rakyat meletakkan persamaan di antara satu sama lain di hadapan, jauh melebihi daripada perbezaan yang wujud sesama mereka kerana menurut YB Datuk, perbezaan boleh menjadi penghalang besar kepada kemajuan rakyat dan negara ini."

Lalu, saya mahu bertanya kepada YB Datuk, apakah tidak semua agama mempunyai persamaan dalam isu judi di mana tidak ada suatu agama pun di alam buana ini yang menghalal atau menggalakkan pengikut-pengikut agama seperti Islam, Kristian, Hindu, Buddha dan sebagainya untuk bergelumang dengan maksiat judi!




Oleh yang demikian, logik akal yang YB Datuk gunakan dalam menghalalkan perlesenan judi bola yang diberikan kepada Vincent Tan adalah lahir daripada hujah orang yang tiada pegangan agama!



Kalau YB Datuk punya agama, maka sudah pasti YB Datuk akan menolak daripada menggunakan logik akal bagi menyokong satu lagi lesen judi di negara ini. Apakah tidak cukup dengan lesen perjudian 4 nombor ekor atau Sports Toto yang menyaksikan mereka yang melangganinya setiap hari terdiri hampir 90 peratus dari kalangan yang beragama Islam!



Atau apakah mungkin Tan Sri Vincent Tan sudah terlalu banyak berbudi dengan menyalurkan wang haram yang diperoleh melalui maksiat perjudian kepada para pemimpin UMNO/BN bagi mengisi tabung pilihanraya, maka semua permintaannya di aminkan sahaja oleh pemimpin UMNO?



Kalau ini benar, maka tidak mengejutkan akan banyak lagi episod pembuangan bayi di kalangan remaja Melayu akan berlaku seterusnya kerana kocek para pemimpin UMNO diisi dengan wang haram oleh tauke-tauke yang memiliki pusat-pusat judi dan maksiat!



YB Datuk juga memberikan contoh bagaimana rakyat harus meletakkan persamaan, iaitu kata YB Datuk, "jika keluarga jiran kita yang beragama lain, yang berbangsa lain, sakit mereka itu kita rasa, kalau kita yang sakit, jiran kita juga merasa sakit."



Amat benar nasihat dan saranan YB Datuk dalam konteks ini. Lalu, saya mahu bertanya YB Datuk, apakah YB Datuk tidak merasa sakit apabila penduduk Kg Labuan dan Kg. Wakap dalam Daerah Kota Belud, di mana hampir kesemua penduduknya adalah pribumi, mendiami kawasan yang turut dijadikan padang ragut sejak berkurun lamanya, tetapi kemudiannya dirampas dan diberikan kepada tauke kroni UMNO/BN?



Ini berlaku di kawasan Parlimen YB Datuk sendiri. Seperkara lagi, kenapa YB Datuk tidak merasa sakit apabila sebuah kawasan paya bakau seluas 400 hektar di Tuaran, yang ,menjadi sumber rezeki kepada penduduk Kg. Simpangan, Kg. Sudot, Kg Indai dan Kg Termenung, yang telah diteroka dan didiami sejak berabad lamanya, dirampas dan dihadiahkan kepada tauke Cina kroni UMNO/BN kononnya untuk dijadikan pusat peranginan?




Mana dia slogan '1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'? Mana dia slogan kosong ini? Saya yakin, kalau ada usaha untuk membuat carian di SSM, maka kita akan dapati ada pemimpin-pemimpin UMNO yang menjadi shareholder serta menjadi ahli Lembaga Pengarah dalam syarikat yang diberi hadiah tanah yang dirampas dari kaum pribumi ini!



Kalau masyarakat Islam dan pribumi lain mahu lagi memilih pemimpin UMNO/BN dalam pilihanraya ke-13 ini, maka saya katakan ayuh, sokonglah, undilah mereka! Biar cepat bumi Sabah ini tergadai kepada tauke-tauke Cina kroni UMNO/BN! Biarlah kita dan anak cucu kita berkampung dan mendirikan rumah di pulau-pulau yang letaknya jauh dari tanah besar Sabah. Itu pun kalau masih belum dihadiahkan kepada tauke-tauke kroni UMNO/BN.



YB Datuk juga membidas cara Presiden PAS mengenakan pakaian jubah yang merupakan cara berpakaian pemimpin agong umat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. Orang Islam yang mengenakan pakaian jubah adalah orang yang mengamalkan satu daripada sunnah Nabi s.a.w. Tetapi bagi YB Datuk, dengan berpakaian secara demikian, pemimpin dunia akan memandang rendah kepada Presiden PAS, jika ditakdirkan beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.



Lalu, saya mahu bertanya kepada YB Datuk, apakah dengan berpakaian baju kot dan mengenakan tali leher itu melambangkan suatu kemodenan dan kecanggihan? Bukankah banyak kes-kes penipuan dan rasuah, kes rogol dan merampas isteri orang, meletupkan model Mongolia, merampas tanah penduduk pribumi dilakukan oleh mereka yang bangga dengan pakai kot dan tali leher?



Kenapa YB Datuk gagal melihat kehebatan Mahatma Gandhi yang menjadi pemimpin agong India, memerintah India hanya dengan bercawat?



Saya yakin ramai kalangan penyokong dan ahli akar umbi UMNO merasa malu dan jijik melihat gelagat pemimpin-pemimpin mereka yang ‘berkokok berderai-derai tetapi ekornya bergelumang dengan tahi!’

Sekian, Salam Kaamatan.

HJ. HAMZAH HJ. ABDULLAH


( Sabahkini.net)

Sabtu, 13 Mac 2010

BLOGGER DAYANGWULAN BERBOHONG KEPADA RAKYAT TEMPASUK


Pengendali blog Dayang wulan yang sudah diketahui identitinya telah cuba mengelirukan masyarakat Tempasuk dengan posting terbarunya kononya kawasan DUN TEMPASUK telah pun menerima peruntukan sekitar setengah billion dengan kemasukan beberapa projek mega seperti projek jelapang padi dan agropolitan. Saya nak tanya Dayangwulan ni dari mana dia dapat fakta ini? Seperti yang diketahui umum pengendali blog ini adalah orang kuat kepada Datuk Musbah..

Masyarakt tidak boleh sudah diperbodohkan dengan kenyataan nombor dan angka yang kononnya besar berjumlah 500 juta dalam tempoh 2 tahun.. di tambah lagi kata Dayang wulan ini termasuk beberpa projek kecil-kecilan yang dilaksanakan. Ini memberi gam,baran bahawa masyarakt Tempasuk sudah meningkat taraf hidup mereka.

Barangkali Dayang Wulan bermisai dan selalu bercermin mata hitam ini sudah rabun dan hampir-hampir kurang waras melihat peruntukan sebegitu besar. Apa yang masayarakat mahu ialah kesan kepada projek itu. Di luluskan 500 juta...apakah semuanya sudah sampai kepada sasarannya..atau ada lagi sunglap..dari 500 juta hanya 5 juta yang sampai itupun dibuat alah kadar sahaja..

Bekalan air bersih...semuanya karut ! cuba dayang wulan senaraikan kampung yang sudah dapat bekalan air di kawasan Tempasuk?

Jalan raya beraspal..di Timbang..? bagaimana di kawasan kampung yang lain..? Jalan raya Nanamun pun berkerat-kerat aspalnya..

Sabtu, 20 Februari 2010

AWAS DENGAN KULIT BABI


Sekarang ini terdapat pelbagai jenis barangan kulit seperti kasut, beg tangan dan sebagainya yang diperbuat daripada kulit babi. Biasanya barangan daripada kulit babi ini tidaklah mahal mana harganya kalau dibandingkan dengan barangan dari kulit binatang lain. Barangan kulit babi ini terdapat di mana-mana sebenarnya termasuklah di kompleks beli-belah.

Antara cara untuk kenal pasti barangan yang diperbuat daripada kulit babi ialah :



1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur kulit babi ini ada 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK. Cuba belek dan perhatikan, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka memang sah, itu adalah kulit babi. Jadi, jangan gatal tangan main beli je. Walaupun harganya mungkin jauh lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan itu adalah seperti gambar di atas.

2. Harga barang kulit babi ni biasanya lebih murah dari barangan daripada kulit binatang lain.

3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.



4. Kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kuilt babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.

Haa anda bagaimana? Ada ke yang pernah terbeli barangan (kasut, handbag dll) yang diperbuat daripada kulit babi? Semoga kita dilindungi oleh Allah Taala. Saya harap kita semua akan lebih berhati-hati sebelum membeli sesuatu barangan.


dipetik dari Blog : meja bulatku.

Isnin, 15 Februari 2010

RAHMAN DAHLAN KATAK DIBAWAH TEMPURUNG KATA HALIK ZAMAN

NAIB Pengerusi, Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan berkata tindakan 50 orang Ahli Parlimen Austarlia yang yang menggesa kerajaan Malaysia menggugurkan kes liwat melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Sri Anwar Ibrahim adalah satu tindakan yang biadap dan kurang ajar.

Sambil mengutuk tindakan 50 orang Ahli Parlimen Australia itu yang disifatkan satu lagi sentimen ‘mentaliti penjajah’ yang tidak boleh lagi ditoleransikan dalam zaman sekarang ini, Abdul Rahman menegaskan bahawa Malaysia bukan lagi budak suruhan Australia.

Pandangan sempit dari otak yang lembab boleh menghasilkan idea yang kurang sihat. Jika kita anggap 50 orang Ahli Parlimen Australia yang menyuarakan ‘hak kemanusiaan Anwar Ibrahim’ disifatkan oleh seorang budak kelmarin yang bergelar ‘Datuk’ sebagai biadap dan kurang ajar kepada Ahli-Ahli Parlimen Negara Australia itu.

Anwar Ibrahim yang kurang mendapat keadilan di negaranya dalam tuduhan 'terancang' dari sebuah negara Islam seperti Malaysia punya hak menyuarakan kepada dunia. "Walau siapapun akan berbuat benda yang sama kalau leher mereka dijerat oleh neraca yang berat sebelah ia mesti minta diselamatkan oleh dunia".

Misalnya, Ang Su Kyi dari Negara Junta Myanmar pun mendapat simpati dari Malaysia dan negara-negara luar kerana ketidakadilan negara itu membuat tuduhan melulu dengan menggunakan undang-undang Myanmar yang bertentangan dengan hak kemanusiaan untuk mendapat keadilan.

Semasa Datuk Seri Hamid Albar menjadi Menteri Luar Malaysia pun pernah juga berkunjung ke Myanmar meminta Ang Su Kyi dibebaskan dari tahanan, perlukah rakyat Myanmar menganggap Hamid Albar sebagai biadap dan kurang ajar?

Semua negara di duniapun punya perundangan tersendiri, tapi adakala undang- undang negara itu dijadikan alat politik ia boleh melanggar ‘hak kemanusiaan’ dan negara negara luar berhak menegurnya.

Sebagai seorang Islam di Negara Islam seperti Malaysia, Anwar Ibrahim juga berhak mendapat hak untuk dibicarakan di mahkamah Syariah. Dalam mahkamah sivil terlalu banyak alibi yang punya ‘kemungkinan’ terjadi bahawa air mani Dato’ Seri Anwar yang diambil oleh pihak berkuasa Malaysia pada tahun 1998; yang berada dalam simpanan itu boleh dimasukkan ke dalam dubur yang menuduh, kerana dalam pemeriksaan doktor swasta dan doktor hospital Kerajaan sebelumnya mendapati tidak ada kecederaan di dubur tertuduh.

Disebabkan Anwar Ibrahim seorang yang paling berpengaruh dalam politik Malaysia dan ia boleh menggugatkan politik Kerajaan, ia tidak mustahil tuduhan itu boleh ‘meragukan’ rakyat bahawa ‘Air Mani Anwar 98’ itu digunakan kembali dan dimasukkan ke dubur yang menuduh dijadikan sebagai bahan bukti utama?

Teguran negara-negara luar, Abdul Rahman dengan angkuh dan tidak mahu negara luar campur tangan; harus diingatkan kepada beliau bahawa ekonomi Malaysia 70% bergantung kepada negara-negara Luar.

Sedangkan Malaysia bergantung import perubatan dan peralatan perubatan pun datangnya dari Negara Barat, bukan itu sahaja perbagai keperluan rakyat Malaysia masih lagi bergantung kepada Barat. Bayangkan seandainya negara-negara barat mengambil serius 'pandangan' Abdul Rahman, bukankah itu akan berlaku suatu hal yang di luar jangkaan?

Abdul Rahman mesti berpandangan jauh dan keluar dari ‘tempurung’ bahawa Negara Australia adalah rakan dalam Commonwealth Malaysia, sedikit sebanyak Malaysia mempunyai hubungan dagang dengan mereka, tidak molek bagi beliau terlalu celupar mengeluarkan perkataan kesat yang boleh menjejaskan hubungan baik Malaysia dengan negara tersebut.

Kita bimbang kalau negara barat bersatu, pasal kes Anwar Ibrahim yang tidak mendapat keadilan yang seadil adilnya dianggap oleh mereka, Malaysia boleh dikenakan 'economy resunction' kerana di Barat lebih menitik beratkan soal ‘hak kemanusiaan’ yang dicabuli oleh kuasa politik.

Perlu diingat, jika Malaysia ditimpa bencana alam seperti gempa bumi dan mala petaka, Malaysia perlu bantuan kemanusiaan yang berbentuk kewangan dan kebendaan dari negara-negara barat. Oleh itu pandangan mereka perlu diambil kira. Mereka bukan mahu mengajar itik berenang tapi sekadar mereka 'menyediakan kolam tempat itik berenang.'

Malaysia masih dianggap serba-serbi kekurangan, ada kapal selam pun ‘ala recondition’ kata orang Sabah ‘ampai-ampai’ di pelabuhan Sepanggar.

Ingat bidalan Melayu pernah berkata, "Kerana pulut santan binasa, kerana mulut rakyat celaka". Kalau 'celaka' itu pergi kepada seseorang individu sahaja tidak mengapa, kita khuatir 'celaka' itu akan turut ditanggung sama oleh rakyat Malaysia.

Kalau UMNO merasakan mereka di tempat yang benar dan mempunyai segala eviden yang cukup kuat untuk menghukum Anwar, kenapa mesti mereka takut dengan pandangan negara luar? Melainkan mereka hanya mempunyai 'bukti yang terancang,' maka mereka punya segala hak untuk berasa takut. Takut akan kebenaran yang akan terserlah. Hope it's not, but if it does, just think about the impact that UMNO may face !


from: Sabahkini.

Sabtu, 6 Februari 2010

LELONG 'DARA' UNTUK BAYAR YURAN


'KERANA kesempitan wang untuk membayar yuran pengajian, seorang mahasiswi sebuah universiti di New Zealand nekad melelong daranya melalui Internet.

Lelongan dara pelajar berumur 19 tahun itu dibuat baru-baru ini menerusi 'tawaran harga tertinggi' di laman web ineed.co.nz yang berpusat di Hamilton, berhampiran Universiti Waikato, 393 kilometer dari sini.

Di bawah tajuk Hubungan Untuk Dijual, pelajar itu yang menggunakan nama samaran Unigirl memberitahu, dia berperwatakan menarik dan terdesak untuk mendapatkan wang bagi membayar yuran universiti.

"Saya tidak pernah melakukan hubungan seks dan masih dara. Keputusan menjual dara ini dibuat dengan penuh kesedaran dan saya sanggup menanggung segala risikonya," tambahnya.

Pemilik laman web berkenaan, Ross McKenzie memberitahu sebuah akhbar tempatan bahawa iklan itu tidak menyalahi undang-undang atau menyinggung masyarakat.

http://prebetsapus.blogspot.com/2010/01/lelongan-dara-bayar-yuran.html