Selasa, 5 Julai 2011

PAKATAN RAKYAT PERINTAH SABAH


PAS akan membuka lima kawasan baru di Sabah, tambahan kepada lapan kawasan berdaftar sedia ada.

Penubuhan lima kawasan baru itu sedang berjalan dengan baik, manakala jumlah ahli PAS yang berdaftar dan bergerak aktif di lapan kawasan berdaftar sedia ada itu kini seramai 11,000 orang.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS bersedia menggantikan Umno dan bersama Pakatan Rakyat untuk memimpin negeri Sabah.

Menurut beliau, selaras dengan tema muktamar PAS tahun ini, Membangun Negara Berkebajikan, PAS akan memastikan kebajikan rakyat terbela di Sabah dan pemimpin yang akan memerintah juga mempunyai ciri-ciri berkebajikan iaitu pemimpin berwibawa, bersih, tidak rasuah dan menjadikan kuasa pemerintahan sebagai amanah untuk menjaga kebajikan rakyat.

Katanya, oleh itu, rakyat Sabah perlu melakukan perubahan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti dengan memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat.

"Rakyat Sabah pernah membuat beberapa kali perubahan politik daripada Usno kepada Berjaya, PBS dan Umno. Maka giliran kali ini ialah Pakatan Rakyat untuk memerintah Sabah," katanya ketika merasmikan bangunan baru PAS Kawasan Putatan, Sabah semalam. (Gambar)

Setiausaha akhbar beliau, Mohd Nasaie Ismail yang turut mengikuti rombongan beliau dalam rangka lawatan kerja ke Sabah menjelaskan, pada majlis itu, Abdul Hadi turut menyentuh tentang tangkapan terhadap orang ramai yang memakai baju berlambang Bersih termasuk di Sabah yang menunjukkan kegelabahan BN dan tidak bijaksana dalam menangani isu.

"Barisan Nasional gelabah berdepan kuasa rakyat yang akan menumbangkan mereka dalam pilihanraya akan datang. Ini kerana banyak kerosakan dan penyelewengan yang dilakukan sehingga menyebabkan mereka takut untuk kalah," katanya.

Presiden PAS dalam rangka lawatan kerja ke Sabah selama tiga hari. Selain merasmikan bangunan PAS Putatan, beliau juga menemui rakyat di sekitar Masjid Negeri dan kawasan bandar di Asia City.

Pada sebelah malamnya, beliau melancarkan borang tanah Felda Plantation yang ditawarkan kepada anak-anak Sabah di majlis bersama rakyat di Kota Belud.

Turut bersama beliau AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman, Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminudin Aling, Pengerusi DAP Sabah, Dr Liew dan Setiausaha PKR Sabah serta pemimpin-pemimpin PAS negeri.

Menurut Nasaie, seramai 500 penduduk setempat yang kebanyakannya anak muda hadir ke majlis di Kota Belud. Hari ini, rombongan beliau akan melawati kawasan Keningau dan Persiangan.

Isnin, 23 Mei 2011

MASA TERBAIK UNTUK RAKYAT MENCIPTA SEJARAH


Tindakan umno terbukti semakin tertekan mutakhir ini. Pelbagai usaha dibuat namun ianya masih memberikan kesan yang tidak memberangsangkan dan menemui jalan buntu . Serangan demi serangan yang dilakukan oleh para desperado umno menampakkan kegagalan dan tidak memberikan kesan yg positif kepada umno.

Najib Razak dilihat paling tertekan. Usaha mempaletkan DSAI dengan fitnah yang sangat mengaibkan dilihat tidak memberikan kesan yang baik malah dilihat sokongan rakyat terhadap DSAI semakin memberangsangkan . Apa lagi dengan serangan fitnah 3 dilihat semakin lemah dan tidak dapat diterima baik oleh rakyat . Malah memperlihatkan jelas bahawa DSAI adalah mangsa konspirasi tertinggi yang didalangi oleh Najib sendiri.

Sehinggakan terpaksa mengedarkan video2 lucah yang kononnya dilakukan oleh DSAI ke rumah-rumah rakyat dan memberikan impak yang negatif kepada umno sendiri. Utusan Malaysia yang dulu menjadi akhbar rakyat sudah menjadi lidah syaitan umno sehingga diagihkan secara percuma . Mencanang berita-berita yang sangat melampau dan keterlaluan dengan memburuk-burukkan DSAI dan Pakatan Rakyat.

Cerita sensasi video seks seolah-olah wajib dijadikan sebagai laporan berita sama ada dalam Utusan Malaysia dan TV3. Rakyat dihidangkan dengan cerita lucah seolah-olah mendidik rakyat khususnya semua lapisan generasi rakyat dengan cerita yang memualkan dan sudah bukan satu yang luar biasa. Yang penting bagi mereka DSAI wajar diserang bagi tujuan menjatuhkan kredibilitinya .

Kes fitnah 2 jelas memperlihatkan perancangan umno bagi tujuan menjatuhkan DSAI dan menghumban Ketua Pembangkang tersebut ke penjara. Segala pendedahan yang dibuat dan diselongkar oleh para peguam DSAI seolah-olah tidak memberikan sebarang kesan kepada hakim yang secara jelas memperlihatkan kes tersebut sudah wajar dibuang dan sudah tidak relevan lagi dan terbukti Shitfool adalah saksi yang berbohong . Akhirnya rakyat melihat satu perancangan jahat secara tersusun dan tidak masuk akal.

Isu agama cuba digunakan bagi tujuan untuk menjana kemarahan orang islam juga nampaknya tidak menjadi. Yang menyalak dengan lantang hanyalah Perkasa yang terus cuba mengapi-api perasaan orang-orang melayu dipandang sepi dan tidak memberangsangkan . Isu kristian sebagai agama rasmi tidak mampu meraih sokongan rakyat terhadap umno . Kerana orang-orang islam dan melayu melihat umno bukannya parti yang memperjuangkan islam .

Prestasi BN di PRN Sarawak benar-benar meresahkan Najib. Bn hanya mampu meraih undi popular iaitu 55% berbanding PRN 2001 ialah 71% dan PRN 2006 ialah 63%. Kemerosotan sokongan rakyat Sarawak sudah pasti meresahkan umno . Kalau dulu mereka menganggap Sarawak adalah fix deposit mereka , tetapi keputusan PRN 2011 baru-baru ini mencerminkan realiti bahawa BN sudah mula ditolak oleh rakyat Sarawak.

Najib dan umno bimbang tsunami politik tersebut akan merebak ke semenanjung dan Sabah . Umno bakal berdepan dengan kebangkitan rakyat yang akan menolak umno dan BN dalam PRU 13 nanti. Sebab itu mereka terpaksa gunakan pendekatan yang paling kotor , yang penting orang-orang melayu dan bumiputera akan terus memberikan sokongan kepada mereka.

Tidak lama lagi rakyat bakal berdepan dengan kenaikkan harga minyak RON 95 dengan alasan kerajaan sudah mampu memberikan kerana faktor kenaikkan harga minyak di pasaran antarabangsa. Alasan dangkal dan tidak berasas . Sedangkan pasaran antarabangsa memperlihatkan penurunan harga minyak. Ini membuktikan bagaimana teruknya kantung negara yang dilihat semakin menyusut dan perlu mengurangkan subsidi . Rakyat bakal berdepan dengan krisis ekonomi yang membebankan mereka ekoran kenaikan harga minyak . Sudah pasti kenaikkan harga barang akan turut dirasai oleh rakyat.

Pemuda umno cuba bermain politik dengan mendesak supaya kerajaan tidak menaikkan harga RON 95. Seolah-olah memberikan ganbaran bahawa mereka cukup prihatin dan meminta supaya kerajaan tidak menaikkan harga minyak . Jika berjaya mereka akan canangkan bahawa ini usaha mereka. Jika gagal , mereka sudah memohon supaya tiada kenaikkan harga minyak tetapi tidak berjaya . Itulah sikap pemuda umno yang suka bersandiwara. Peemainan politik murahan.

Pengumuman beberapa insentif kepada para guru sempena Hari Guru 2011 memberikan kesan negatif khususnya para guru di sekokah rendah . Dilihat insentif tersebut tidak memberikan pengiktirafan dan penghargaan terhadap pengorbanan para guru dalam mendidik dan membangunkan pendidikan negara. Nampaknya tawaran janji jingga PR adalah lebih baik , tanpa prejudis memberikan kenaikkan gaji guru sejumlah RM 500 setiap bulan . Para guru seluruh Malaysia wajar memberikan sokongan kepada PR bagi memastikan program 100 hari PR tersebut dapat direalitikan .

Najib dan Rosmah sudah kehilangan punca dan arah. Usaha mempertahankan Putrajaya dengan apa cara dan nyawa semakin tidak menjadi serta memperlihatkan ketakutan serta keresahan yang amat sangat. Tindakan untuk menghumban DSAI ke penjara adalah langkah yang akan mengagalkan usaha Najib untuk.mempertahankan Putrajaya. Rakyat akan bangkit menolak umno dan BN . Tinggal lagi orang melayu harys bangkit dari tidur yang panjang yang diulit oleh Umno dan BN.

Masanya sudah tiba. Rakyat Malaysia wajib mencipta sejarah . Sejarah akan terpahat iaitu PRU 13 tarikh kematian UMNO!

Jumaat, 4 Februari 2011

WAJAH KEMISKINAN DI KOTA BELUD




Salam buat kalian, peminat blog ini..

Dalam meniti tahun baru 2011, yang baru merangkak sebulan yang lepas, ada cerita sedih yang ingin dikongsikan bersama kalian. tentang penderitaan, dan kemiskinan sebuah keluarga yang hidup di daerah Kota Belud ini. Mungkin kehidupan mereka tidak seperti kita, sebab itu ia perlu dibantu dan diambil perhatian oleh para pemimpin kita yang kaya raya di Kota Belud ini...kesian kepada keluarga ini...

Rabu, 2 Februari 2011

DEMOKRASI DI MALAYSIA?


Di samping ramai yang marah dan tidak puas hati dengan cadangan kerajaan mahu meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (AMCP), tidak kurang pula yang merasa ketawa atau setidak-tidaknya senyum dengan berita itu.



Sukar bagi sesiapa sahaja tidak merasa marah apabila kebebasannya cuba disekat dan dikawal dengan cara yang menyalahi hak asasi manusia. Tetapi lebih sukar lagi bagi sesiapapun tidak dapat mengesan kelucuan cadangan tersebut yang begitu ketara.




Pindaan kepada AMCP yang dicadangkan itu katanya akan meliputi penerbitan dan bahan di alam maya seperti penerbitan internet, Facebook dan perisian tertentu.



Tidaklah begitu jelas berapa banyak negara yang pemimpinnya mendabik dada dan berkata, “kita mengamalkan demokrasi,” tetapi dalam waktu sama menapis dan menyekat akses kepada apa yang dianggap mereka sebagai mengancam populariti parti kerajaan.



Persamaan dan kaedah penyekatan aliran maklumat dan penggelapan segala berita, penulisan dan penerbitan terutama yang boleh menjejaskan populariti kerajaan yang memerintah atau mendedahkan apa jua kesilapan, kelemahan dan kemungkaran pemimpin mereka atau kerajaan itu sendiri boleh dilihat dalam pemerintahan kuku besi, kerajaan authoritarian, rejim pendiktatoran.



Namun, hal ini adalah lazim bagi kerajaan tersebut kerana mereka tidak percaya dan tidak melanggan kepada prinsip demokrasi dan biasanya parti yang memerintah bercita-cita mahu memerintah untuk selama-lamanya.



Pendekatan kuku besi terhadap kebebasan media sepatutnya tidak berlaku di negara demokratik dan apatah lagi negara di mana para pemimpin politik kerajaan sentiasa membuat kenyataan konon betapa demokratiknya kerajaan yang ditabdir oleh mereka. Kerajaan UMNO-BN di Malaysia adalah contoh sebuah kerajaan yang memainkan piring-hitam lagu evergreen bertemakan demokrasi ini seolah-olah kitalah negara demokratik paling misali di dunia.




Ironinya, beberapa minggu lalu Economic Intelligent Unit, sebuah unit kelolaan majalah ekonomi dan hal ehwal antarabangsa, The Economist, menyenaraikan Malaysia pada kedudukan ke-71 dalam senarai 167 buah negara yang dikaji oleh unit tersebut. Dan dengan perolehan skor sebanyak 6.19/10 Malaysia dikategorikan sebagai negara dalam golongan “Flawed Democracy” atau “Demokrasi Cacat”.



Justeru di sebalik cakap-cakap mengenai demokrasi oleh kerajaan UMNO-BN, hakikatnya markah yang diperoleh oleh Malaysia hanya kurang 0.29 mata sebelum bakal dikategorikan dalam kelas negara-negara “Rejim Hibrid”.


Demokrasi sebagaimana yang cuba dipaksa untuk difahami oleh rakyat, bukanlah semata-mata wujudnya proses pilihanraya. Ukuran demokrasi juga banyak bergantung kepada kebebasan pengaliran maklumat.



Menurut Reporters Without Borders lebih daripada satu pertiga daripada penduduk dunia tinggal di negara di mana tidak wujudnya kebebasan media. Sebahagian besar daripada negara berkenaan adalah negara di mana sistem demokrasi tidak diamalkan atau sekiranya diamalkan ia dipaliti dengan segala kekurangan dan kelemahan serious sama ada dari segi amalan demokrasi itu sendiri atau proses demokrasi.



Bagi negara dalam kategori ini, kebebasan media adalah satu masalah yang cukup bermasalah. Bagi mereka pengawalan media yang mutlak adalah satu konsep yang telah diterima pakai bagi negara bukan demokratik sejak dulu lagi. Justeru dalam era moden ini di mana internet dan dunia maya sedang beransur-ansur menggantikan peranan media bercetak, kawalan ketat dan mutlak ke atas akses kepada maklumat yang dianggap kritis terhadap kewujudan dan survival kerajaan bukan demokratik dianggap amat penting dan dilakukan menerusi pelbagai sistem kawalan (termasuk undang-undang) serta appatus keselematan (bermaksud ‘keselamatan’ sebagaimana yang dipersepsikan oleh mereka yang berada dalam kerajaan).



Menurut badan yang menjadi watchdog kepada kebebasan media dunia itu, “Untuk mencapai matlamat tersebut (kawalan aliran maklumat), kebanyakan negara bukan-demokratik menggunakan organisasi berita yang dimiliki oleh kerajaan atau oleh parti yang menguasai kerajaan bagi mempromosikan propaganda penting demi memelihara asas kuasa politik yang sedang dinikmati, dan menekan, lazimnya secara kejam, dengan menggunakan polis, tentera, atau agensi inteligen), apa sahaja percubaan oleh media atau wartawan individu untuk mencabar apa sahaja yang telah dilakukan oleh kerajaan.”




Bagaimanapun Reporters Without Borders tidak pula menamakan secara jelas apakah negara-negara yang dimaksudkan itu. Namun dengan melihat kedudukan negara-negara dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia (World Press Freedom Index) 2010, kita boleh merumuskan negara-negara yang dimaksudkan itu.



Daripada 178 negara yang dikaji dan dikomplisikan maklumat mengenai amalan media akhbar masing-masing, 37 buah negara berada dalam zon oren dan merah yang dikategorikan sebagai paling buruk.




Malaysia yang menduduki tangga ke-141 bukan sahaja berada pada kedudukan satu-pertiga paling bawah tetapi turut berada dalam zon oren. Sejak tahun 2002 tatkala indeks serupa ini mula disediakan oleh World Without Borders, tahun 2010 adalah merupakan pertama kalinya Malaysia menempah kedudukan dalam zon oren. Tidak dapat dinafikan betapa kedudukan begitu buruk mencerminkan kedudukan Malaysia yang sering berada pada kedudukan satu pertiga terburuk dari segi kebebasan media.



Nampaknya cirri-ciri yang dijelaskan oleh badan ini mengenai pendiktatoran terhadap amalan media jelas mempunyai persamaan dengan apa yang berlaku di negara kita hari ini.



Namun di sebalik semua ini, timbul pula cadangan untuk memasukkan peruntukan untuk meletakkan penerbitan alam maya termasuk rangkaian sosial Facebook agar tertakluk kepada AMCP.



Jika ini berlaku, maka demokrasi yang begitu diperkatakan oleh pemimpin kerajaan UMNO-BN akan hanya tinggal omongan kosong yang sudah tidak bermakna lagi. Perkataan demokrasi bakal menjadi tidak lebih dari sebuah topeng yang menyembunyikan wajah hodoh amalan politik kotor yang dimainkan oleh UMNO-BN.



Justeru tidak akan menjadi sesuatu yang menghairkan sekiranya di masa akan datang dunia akan mengkelaskan kita sebagai negara berasaskan rejim hybrid dengan indeks kebebasan medianya terlaknat untuk sekian lamanya di zon merah.

http://bebaskan-media.blogspot.com/

Ahad, 16 Januari 2011

Datin Rosmah Mansor bertanding PRU 13?


PEMBAHAS “Bawal” dalam perbincangan mengenai tajuk “”Hantu” PRU Ke-13 Bagi BN dan PR.” antara lain, berkata: “komen la sikit pasal lawatan bini PM ke Timur Tengah. Ini lawatan rasmi Dato', siap ada perjumpaan ngan Timbalan Menteri kat sana.

Dah takde ke menteri kat Malaysia ni atau Jawatan sebagai bini PM adalah jawatan kerajaan.”

Terima kasih Sdr Bawal. Sebenarnya beberapa orang pembahas lain juga turut membangkitnya hal ini dan isu-isu lain yang melibatkan kegiatan dan tindak-tanduk isteri Perdana Menteri.

Seperti yang telah tegaskan berulang kali, dalam sistem kita tidak ada satu jawatan yang dipanggil “First Lady” atau Wanita Pertama. Kalaupun ada seorang yang boleh diberikan jolokan “First Lady” atau Wanita Pertama, orang itu adalah Seri Paduka Raja Permaisuri Agung kerana “First Gentleman” atau Lelaki Pertama dalam sistem kita adalah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Hak Guna Duit Negara

Mengenai bolehkah duit negara digunakan membiayai lawatan dan kegiatan isteri Perdana Menteri, saya ingin merujuk Sdr Bawal dan para pembaca sekalian kepada laporan New Straits Times pada 12.11.2010 yang berbunyi:

NO permanent or contractual staff are provided for Datin Seri Rosmah Mansor, wife of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.


In a written reply to Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera), Najib said officers from his office sometimes helped his wife in carrying out her official duties.


However, the Members of Parliament (Remuneration) Act 1980 states that the prime minister's wife is entitled to claim food, lodging and winter apparel allowances when she accompanies her husband on his official duties overseas.”

(Tidak ada pegawai tetap atau kontrak diperuntukkan kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam jawapan bertulis kepada Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera), Najib berkata pegawai dari pejabatnya kadang kala membantu isterinya menjalankan tugas rasminya.

Bagaimanapun, Akta Ahli Parlimen (Gajian) 1980 mengatakan isteri Perdana Menteri berhak membuat tuntutan elaun makan, penginapan dan pakaian musim sejuk apabila mengiringi suaminya dalam tugas rasmi di luar negara.”)

Terpulanglah kepada pembahas dan pembaca membuat interpretasi dan mencari kesimpulan mengenai lawatan Rosmah ke Asia Barat tanpa diiringi oleh Perdana Menteri.

Cadangan Rosmah Masuk Politik

Dalam bahas blog ini, ada beberapa pembahas mencadangkan agar Rosmah masuk politik dan bertanding pilihan raya umum akan datang. Bagi saya, cadangan sebegini bukan jenaka tetapi boleh dilihat sebagai sesuatu yang serius dan berkemungkinan berlaku.

Malah seorang bekas menteri kanan yang diketahui cucup akrab dengan Mohd Najib dan Rosmah berkata isteri Perdana Menteri itu berpengaruh dan berpotensi memanfaatkan kedudukan istimewanya untuk satu peranan yang lebih besar.

Kita boleh bincang dan bahas hal ini, tatapi saya minta tolong berhati-hati dan bersopan santun. Saya tidak akan menyiarkan ulasan yang berunsur fitnah dan hasutan yang boleh membawa padah.

Soalnya kenapa tidak Rosmah? Buat permulaan, beliau sudah pun mempunyai profil yang cukup tinggi dan mempunyai kedudukan de fakto dalam sistem pemerintahan negara memalui Projek Permata Negara untuk kanak-kanak pintar yang mendapat peruntukan langsung dari Perbendaharaan sebanyak RM111 juta dalam belanjawan 2011 dan RM100 juta pada 2010. Beliau juga memperoleh dan menikmati liputan berita yang cukup rapi dan meluas daripada media massa arus perdana.

Kenapa tidak? Bukankah sudah wujud gandingan suami-isteri dalam landskap politik Malaysia iaitu Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah Wan Ismail? Malahan, gandingan bapa-emak dan anak pun sudah ada – Anwar, Wan Azizah dan Nurul Izzah.

Selain itu wujud dinasti politik lain seperti gandingan Lim Kit Siang dengan Lim Guan Eng, Karpal Singh dengan Gobind Singh Deo dan Jagdeep Singh Deo. Malah Mohd Najib, Anwar, Hishammuddin Hussein, Mukhriz Mahathir dan ramai lagi adalah pewaris dinasti politik.

Jadi kenapa tidak Rosmah? Kalau Rosmah tidak ada peranan yang berkesan dan definitif, masakan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew, membuat pertemuan khas dengan beliau dalam rangka lawatannya ke Malaysia pada tahun 2009 dan secara terbuka mengiktiraf kesepakatan Rosmah-Mohd Najib?

Jadi apa salahnya atau memeranjatkan sangat jikalau Rosmah bertanding pilihan raya dan akhirnya menjadi pengganti suaminya?

Gandingan Ahli Keluarga Perkara Biasa


Hal ini berlaku bukan sahaja di Singapura di mana Lee Hsien Loong menjejaki bapanya menjadi Pardana Menteri, malah ia juga berlaku di banyak negara di dunia.

Contohnya di India di mana Indira Gandhi menjejaki bapanya Jawaharlal Nehru, menjadi Perdana Menteri. Indira digantikan pula oleh anaknya Rajiv Gandhi. Indira dan Rajiv kedua-duanya mati dibunuh. Kini isteri Gandi, Sonia seorang keturunan Itali menjadi Presiden parti pemerintah, Indian National Congress dan anak mereka, Rahul adalah Ahli Parlimen dan diuar-uarkan sebagai bakal Perdana Menteri.

Di Sri Lanka, Chandrika Bandaranaike Kumaratunga yang menjadi Presiden dari 1994 hingga 2005 adalah anak kepada dua Perdana Menteri -- bapanya S.W.R.D Bandaranaike dan ibunya Sirimavo Bandaranaike.

Di Filipina, apabila calon Presiden Benigno “Ninoy” Aquino dibubuh, isterinya, Corazon Aquino bertanding dan menang. Kini anak mereka, Benigno Aquino III, menyandang jawatan itu. Presiden Gloria Macapagal-Arroyo pula adalah anak Presiden Diosdado Macapagal.

Sheikh Hasina Wazed, Perdana Menteri Bangladesh sekarang adalah anak sulung Sheikh Mujibur Rahman, pengasas dan Presiden pertama negara itu manakala Begum Khaleda Zia, bekas Perdana Menteri, adalah janda Presiden Ziaur Rahman yang dibubuh.

Di Pakistan, Allahyarhamah Benazir Bhutto menduduki kerusi yang pernah diisi bapanya, Zulfikar Ali Bhutto sebagai Perdana. Zulfikar mati di tali gantung, Benazir mati dalam pengeboman bunuh diri.

Di Argentina, Presiden Néstor Carlos Kirchner digantikan oleh isterinya Cristina Fernandez de Kirchner. Eva “Evita” Peron hampir menjadi Naib Presiden Argentina di samping suaminya kalau tidak kerana mati batuk kering.

Kini, isteri Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono, Ibu Kristiani Herawati diuar-uarkan akan bertanding jawatan Presiden apabila tempoh perkhidmatan suaminya tamat.

Tidak Mustahil Rosmah Jadi PM

Kesimpulannya, adalah tidak mustahil Rosmah Mansor atau mana-mana wanita selebriti bertanding pilihan raya dan, jika dikehendaki oleh majoriti pembesar parti mereka, dicalonkan sebagai Perdana Menteri.

Saya rasa pembangkang pun akan pening kepala kalau Rosmah bertanding. Hubungan beliau yang akrab dengan bintang-bintang Bollywood, boleh digunakan untuk menarik puluhan ribu hadirin ke ceramah-ceramah pilihan rayanya.

Yang perlu hanya membawa bintang-bintang filem Bollywood dalam kempen beliau. Selain itu, beliau juga seorang penyanyi yang bagus yang tentunya boleh memikat hati pengundi Melayu yang rata-rata gilakan Bollywood dan sukakan hiburan.

Kalau negara Islam yang lebih besar dan konservatif seperti Pakistan dan Bangladesh boleh menerima Perdana Menteri dan Presiden wanita, pastinya Malaysia yang lebih progresif tidak akan menolak kepemimpinan wanita.

Hatta Pas pun sedang hebat mempromosikan penyertaan wanita dalam hierarkinya manakala PKR sudah pun dipimpin oleh wanita. Wallahualam.

Isnin, 6 September 2010

ANWAR IBRAHIM YAKIN SABAH DAN SARAWAK AKAN MENGALAMI PERUBAHAN POLITIK


Pakatan Rakyat berjaya menggugat deposit undi Barisan Nasional di Sabah dan Sarawak, dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin rakyat Malaysia Timur akan mengepalai barisan mengubah sejarah negara.


Bercakap kepada lebih 500 warga Sabah, Sarawak dan Labuan yang memeriahkan Pesta Borneo di Kompleks Sukan PKNS Petaling Jaya semalam, Anwar berkata keyakinan beliau diuja oleh sokongan yang ditunjukkan masyarakat setempat semasa melawat Limbang dan Lawas di Sarawak minggu lalu.


Trend semasa di Sabah dan Sarawak menunjukkan rakyat Malaysia Timur mendahagakan perubahan selepas hak mereka diabaikan sejak 53 tahun lalu.


“Kita telah merdeka selama 50 tahun dan yang akan tentukan perubahan untuk keadilan, hak asasi, hormat budaya, untuk hormat agama, untuk hormat sesama manusia yang akan tentukan Sabah dan Sarawak” kata Anwar.


Anwar menegaskan anak- anak generasi muda Sabah dan Sarawak harus ada kesedaran berpolitik dan mendesak pemerintah mengagihkan harta kekayaan negara secara saksama.

Menurut Anwar lagi, yang akan tentukan misi dan masa depan kita adalah anak-anak muda Malaysia dan ini termasuklah dari sabah dan Sarawak


“Kita lawan bukan kerana kita dendam. Kita lawan bukan nak rompak tanah orang, kita lawan nak pertahan tanah kita sendiri. Kita bukan tuntut hak orang. Kita bagi tahu orang diatas. Jangan rompak hak rakyat kita” kata Anwar.


Disamping meraikan ikatan mereka, program ini juga bertujuan bagi menubuhkan satu jawatankuasa dan komuniti bagi membantu penduduk Sabah dan Sarawak yang dijumpai mengemis, merempat dan hidup miskin di Lembah Kelang dan juga seluruh Semenanjung Malaysia.


Realiti sebenar yang berlaku kini memperlihatkan ramai rakyat yang hidup susah, tertindas, tertipu dan gagal mendapat pekerjaan apabila tiba di Semenanjung Malaysia. Malah, ada yang terpaksa melacurkan diri di bandar-bandar utama Semenanjung demi menyambung kelangsungan hidup.


Rakyat Sabah Sarawak merantau mencari pekerjaan akibat daripada kemunduran taraf ekonomi mendorong rakyat Sabah Sarawak untuk berhijrah ke Semenanjung. Mereka yang ditemui melahirkan rasa kesal dengan janji-janji kerajaan negeri Sabah dan Sarawak di bawah Umno-BN.


Memandangkan bilangan penduduk sabah dan sarawak yang tertumpu di lembah Klang semakin meningkat, pelbagai kesukaran yang mereka hadapi namun mereka tidak punya ruang untuk mengadu segala masalah yang dihadapi.


Turut dilaporkan di ibu kota, ramai pengemis dari Sabah yang gagal memperolehi wang yang cukup untuk pulang semula ke Sabah dilihat mengemis dan mencari makanan lebihan di belakang restoran-restoran seperti kedai mamak, KFC dan McDonalds.


Dengan pengisian sukaneka, tarian kebudayaan dan nyanyian live band sedikit sebanyak menyuntik semangat dan mengubat kerinduan kepada rakyat sabah sarawak.


Majlis tersebut dirasmikan oleh Exco Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong.

Rabu, 1 September 2010

TIMBALAN KETUA MENTERI SABAH LETAK JAWATAN


KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Peter Pang En Yin hari ini keluar dari Parti Liberal Demokratik (LDP) dan meletakkan semua jawatan dalam parti itu termasuk sebagai naib presiden berkuat kuasa serta-merta.


Tindakan itu dibuat kerana LDP menolak sebarang kerjasama dengan pengerusi BN negeri yang juga Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.


“Saya faham keputusan ini akan mempengaruhi kedudukan di dalam kerajaan dan dengan ini, saya menawarkan untuk meletak jawatan daripada jawatan sedia ada dan berjanji untuk meneruskan khidmat di bawah kerajaan BN pimpinan Musa,” katanya


`Malah kebelakangan ini juga timbul khabar angin parti komponen itu akan meninggalkan BN berpunca pergeseran antara Musa dengan beberapa pemimpin parti itu.


Sebelum ini, timbalan presiden LDP, Chin Su Phin dilaporkan berkata parti itu tidak lagi boleh bekerjasama dengan Musa tetapi tetap setia kepada BN.



Berikutan kenyataan Chin itu, timbalan pengerusi perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Said berkata LDP bersekongkol dengan pihak tertentu bagi menumbangkan Musa tetapi dinafikan Presiden LDP, Datuk Liew Vui Keong.



Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata Pang keluar LDP kerana mahu menyertai Parti Gerakan. Katanya,

Pang walaupun keluar BN tetapi masih menjadi "keluarga BN".