Jumaat, 11 Disember 2009

OBAMA TIDAK LAYAK MENERIMA HADIAH NOBEL KEAMANAN


Baru-baru ini, Barrack Obama telah dinobatkan sebagai penerima hadiah nobel keamanan..Sedangkan beberapa hari sebelum majlis penganugerahan itu, Obama telah mengumumkan akan menambah bilangan tentera ke Afgahnistan..Suatu bentuk penjajahan dan pencabulan kedaulatan sesebuah Negara merdeka. Amerika nyata biarpun berubah pemimpinnya ,namun masih menjadi kuasa pengganas ke atas Negara-negara Islam.

Amerika telah menyerang Afgahnistan selepas tragedy 11.sept yang menyaksikan Amerika di serang oleh satu Organisasi pengganas iaitu Al-Qaeda yang diketuai oleh Osama Bin laden. Biarpun musuh utama telah dikenalpasti, namun Amerika tidak mempunyai alasan yang adil untuk menyerang Afgahnistan mengikut Just War Theory kerana Al-Qaeda adalah sebuah pertubuhan Orangisasi dan bukannya sebuah Negara berdaulat. Afgahnista adalah sebuah Negara, dan Osama bin Laden hanya tinggal bersembunyi di Negara itu. Menyerang Afgahnistan hanya kerana Osama bersembunyi di Negara itu adalah tidak adil dan menyalahi peraturan dan undang-undang antarabangsa. Misalnya seorang pencuri yang lari bersembunyi di sebuah rumah,lalu polis bertindak mengepung rumah terbabit dan menangkap kesemua penghuni rumah tersebut. Polis tidak boleh menangkap kesemua penghuni rumah itu kerana hanya ada seorang pencuri. Sepatutnya polis menangkap pencuri tersebut.Begitu juga dengan Afgahnistan, Amerika sepatutnya menyerang dan menangkap Osama bin laden atau Al-qaeda dan bukannya Afgahnistan. Oleh kerana serangan Amerika ke atas Afgahnistan adalah salah dan tidak adil.

Alasan yang adil juga harus mementingkan keseimbangan antara tujuan yang adil dengan cara. Ini bererti sesuatu peperangan yang adil sepatutnya mempunyai kesan kebaikan daripada kesan kejahatan yang diperolehi. Contohnya tindakan polis menembak penjenayah adalah satu tindakan yang adil kerana kesan kebaikan adalah lebih banyak ke atas keselamatan masyarakat daripada kesan kejahatan.Begitu juga tindakan mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas pengedar dadah adalah lebih banyak mendatangkan kesan kebaikan kepada masyarakat daripada dibiarkan berada dalam masyarakat dan merosakkan masyarakat tersebut. Dalam serangan Amerika ke atas Afgahnistan ini telah menyebabkan kemusnahan dan kerosakan harta benda serta nyawa yang banyak Selain kos peperangan yang tinggi. Rakyat Afghanistan telah banyak yang terkorban akibat serangan itu.Oleh kerana itu peperangan itu lebih banyak mendatangkan kesan kejahatan daripada kebaikan. Peperangan itu adalah tidak bermoral dan tidak adil.

Menurut O’Brien (1961), sesuatu peperangan itu haruslah bertujuan untuk mempertahankan diri dari serangan. Contohnya seseorang polis yang bertindak menembak perompak yang bersenjata dan cuba menyerangnya adalah satu tindakan yang bertujuan untuk mempertahankan diri. Dalam serangan Amerika keatas Afgahnistan, ia tidak bertujuan untuk mempertahankan diri. Walaupun Amerika terlebih dahulu di serang tetapi serangan itu bukan dilakukan oleh Afgahnistan tetapi oleh satu organisasi Pengganas iaitu Al-Qaeda. Sepatutnya Amerika menyerang balik Al-Qaeda dan bukannya Negara dan rakyat Afgahnistan. Oleh kerana itu keputusan Amerika menyerang Afgahnistan adalah suatu serangan yang tidak adil.

Mengikut prinsip Jus ad Bellum iaitu justifikasi moral sebelum peperangan. Terdapat beberapa syarat yang harus dipenuhi sebelum sesebuah Negara itu dikatakan mempunyai hak untuk berperang secara adil. Antarnya ialah peperangan mestilah dilancarkan dengan niat yang betul iaitu bertujuan untuk memulihkan keamanan. Serangan Amerika ke atas Afgahnistan bukan disebabkan untuk memulihkan keamanan di rantau itu tetapi keran membalas dendam ke atas Osama bin Laden. Sedangkan dalam perkara ini, Osama bin Laden bukannya mewakili Negara Afghanistan. Sasaran peperangan dilakukan ke atas rakyat Afgahnistan sehingga menyebabkan beratus nyawa terkorban.Misalnya seorang guru yang mendenda kesemua murid dikelasnya kerana memberi pengajaran keatas seorang muridnya yang malas menyiapkan kerja rumah adalah salah kerana Guru tersebut sepatutnya hanya mendenda pelajar terbabit dan bukannya semua. Begitu juga dengan Amerika, sepatutnya menyerang Osama bin Laden dan bukan rakyat Afghanistan untuk memberi pengajaran kepada Osama . Oleh kerana itu tindakan Amerika menyerang Afgahnistan itu adalah tidak mempunyai niat yang betul dan tidak adil.

Kriteria ketiga Jus De Bellum ialah peperangan yang adil itu harus diisytiharkan oleh pihak berkuasa. Dalam hal ini keputusan untuk terlibat dalam sesuatu peperangan mestilah dibuat secara sah dari segi perlembagaan.Jika pihak berkuasa yang tidak sah dalam sesbuah Negara itu mengisytiharkan peperangan, maka peperangan yang dilancarkan adalah peperangan yang tidak adil. Keputusan Osama bin Laden menyerang Amerika dalam tragedy 11 September bukanlah keputusan sah bagi Negara Afgahnistan untuk terlibat dalam peperangan. Kerana Osama bin Laden bukan pihak berkuasa yang sah. Oleh itu keputusan Amerika Menyerang Afgahnistan sebagai tindakan balas ke atas Osama bin Laden adalah tidak sah dan tidak adil.

Jus In Bello pula merujuk kepada morality semasa perang.Dalam hal ini terdapat dua prinsip iaitu prinsip diskriminasi dan prinsip proporsionaliti. Prinsip diskriminasi melarang serangan dilakukan keatas orang awam kerana orang awam dianggap berada di luar peperangan. Misalnya seseorang manusia itu tidak boleh ditumbuk dengan sengaja secara moralnya, namun seseorang yang memasuki gelanggang tinju akan membuang hak mereka daripada ditumbuk.Begitu juga dalam peperangan, mereka yang memasuki pasukan tentara membuang hak mereka daripada tidak ditembak. Serangan Amerika ke atas Afghanistan bukan sahaja ke atas tentara dan Al-Qaeda tetapi juga melibatkan serangan ke atas orang awam.Ini menyalahi konsep peperangan yang adil.

Walaupun terdapat beberapa pertentangan pendapat mengenai pengklasifikasian orang awam dan tentera, misalnya ada orang awam yang berperanan mencipta senjata merbahaya seperti para saintis, adakah mereka ini juga dikatakan masih orang awam atau tentera ? Akan tetapi ini tidak menjadi satu petanda bahawa pembunuhan ke atas orang awam dibenarkan dalam sesuatu peperangan. Sebagai sebuah Negara yang berdaulat, rakyat Afgahnistan tidak seharusnya menjadi sasaran serangan Amerika ke atas Osama bin Laden.

Sebagai kesimpulannya jelas menunjukkan bahawa peperangan yang dilancarkan oleh Amerika keatas Afgahnistan adalah melanggar peraturan antarabangsa dan menyalahi konsep Just War Theory dan tidak mementingkan prinsip keadilan dalam perang yang sebenar. Amerika tidak mempunyai alasan yang adil, tidak mempunyai niat yang betul, tidak mementingkan keamanan sejagat, tidak bertindak mempertahankan diri dan juga membenarkan pembunuhan orang awam. Peperangan ini benar-benar tidak adil.Sewajarnya anugerah nobel keamanan itu tidak diberikan kepada Obama.

3 ulasan:

  1. Sdr Palingberani..

    Tindakan AS menyerang Afghanistan adalah satu tindakan yang dikecam masyarakat antarabangsa..kalaulah hadiah nobel itu boleh ditarik balik..alangkah baiknya..kerana masih banyak lagi angkara AS terhadap negar lain yang merdeka..

    Tapi nampaknya perang di Afghanistan ini bukanlah faktor yg diambil kira dalam memberikan hadiah nobel keamanan itu..

    Satu artikel yg baik.teruskan memaparkan hal-hal dunia luar..

    salam hormat
    PT.

    BalasPadam
  2. beza huruf sin dan ba....s dan b. Osama dan Obama.

    BalasPadam
  3. salam sdr paling berani..

    saya setuju dgn pendapat sdr Musli..elok di ambil perhatian..

    BalasPadam