Rabu, 20 Januari 2010

SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASSIN BUAT TAN SRI PANDIKAR AMIN MULIA


Saya terkejut membaca posting sdri KELAPA MAWAR mengenai kesihatan Pemimpin Tan Sri Pandikar Amin yang kini dikatakan berada di SMC untuk rawatan penyakit Jantung..dan jika menurut maklumat dari blog Kelapa Mawar, kemungkinan TSP akan dipindahkan ke IJN..


"Berdasarkan kepada maklumat yang disampaikan oleh Sdr Musli dalam Blog Kelapa Mawar, dan kemudian maklumat susulan daripada beberapa orang yang telah melawat Tan Sri Pandikar Amin di SMC, maka KELAPA MAWAR memohon jasa baik kepada semua blogger Kota Belud supaya dapat memaparkan bahawa TSP sedang sakit dan kemungkinan akan dipindahkan ke IJN.


OLEH YANG DEMIKIAN KELAPA MAWAR MEMOHON SELURUH MASYARAKAT KOTA BELUD TANPA MENGIRA FAHAMAN POLITIK DAN JUGA SUKU BANGSA DAN KETURUNAN AGAR DAPAT MENGADAKAN SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASSIN SAMA ADA SECARA BERJEMAAH ATAU BERSENDIRIAN UNTUK MEMOHON KEPADA ALLAH SWT AGAR SPEAKER DEWAN RAKYAT ITU DIKURNIAKAN KESEMBUHAN DAN DAPAT MENJALANI KEHIDUPAN SEPERTI BIASA.

DAN MOHON AGAR BERITA INI DAPAT DISAMPAIKAN KEPADA SELURUH MASYARAKAT KOTA BELUD."


Di petik dari blog Kelapa Mawar.

Rabu, 6 Januari 2010

USAHA GEREJA KATHOLIK UNTUK MENGELIRUKAN UMMAT ISLAM




KATHOLIK MENYAMAKAN ALLAH DENGAN TUHAN MEREKA

1. Blog Tun Dr. Mahathir kelmarin, 5 Januari, 2010 menjelaskan sebab Gereja Katholik tidak boleh menggunakan Allah sebagai nama bagi Tuhan mereka. Bagi Umat Islam, Allah itu maha esa dan tidak ada sekutu bagiNYA.

2. Umat Islam sepanjang zaman telah menumpahkan darah untuk menegakkan keesaan Allah s.w.t..

TUHAN KATHOLIK BERANAK-PINAK

3. Bagi Gereja Katholik pula Tuhan itu beranak pinak dan bertiga pula dengan 'the holy ghost' atau 'hantu keramat'. Inilah apa yang dikatakan konsep 'The Trinity'.


KONSEP SYIRIK KATHOLIK - THE TRINITY

4. Konsep 'The Trinity' ini telah diketengahkan melalui 'Nicene Crede' dalam satu persidangan gereja Nicene Council di Nicea pada tahun 325 m.s. di zaman Rom di bawah Emperor Constantine. Nicene Crede ini telah mendapat pengesahan lanjut dalam The Council of Constantinople pada tahun 381 m.s.. Konsep ini telah ditentang oleh Padri-Padri yang berfahaman Arianism. Arianism adalah ajaran Padri yang bernama Arius ( 250 m.s. - 336 m.s. ) yang dianggap tidak siuman pada waktu 'The Trinity' diperkenalkan pada tahun 325 m.s., kemudian diampun dalam perjumpaan, sepuluh tahun kemudian, dalam persidangan The First Synod of Tyre pada tahun 335 m.s., dan diisytihar gila semula, setelah dia meninggal dunia, dalam persidangan The First Council of Constantinople pada tahun 381 m.s. di waktu The Nicene Creed itu disahkan. Gereja Katholik diketuai oleh Pope di Rom. Gereja Katholik mendakwa mereka mempunyai sekitar seribu juta penganut di seluruh dunia.

GEREJA ORTHODOX

5. Dengan adanya konsep The Trinity ini maka Gereja Katholik menjadi terpisah dari The Orthodox Church atau Gereja Orthodox yang mendakwa mereka sebagai penganut ugama Kristian yang asli,dan tidak berubah sepanjang 2,000 tahun, yang tidak percaya kepada konsep The Trinity dan tidak berqiblat ke Rom. Ketua mereka, The Patriarch of Constantinople, berpusat di Constantinople ( Istanbul ) dengan taraf yang sama dengan Bishop-Bishop yang merupakan Padri untuk wilayah-wilayah yang ditentukan. The Patriarch of Constantinople, walaupun, apabila disenaraikan dalam penulisan, diletakkan namanya di bawah Pope, tetapi tarafnya dianggap sama. Ahli Gereja Orthodox, selain tidak menerima The Trinity, juga tidak menyembah salib, walaupun mereka mempunyai 'icon' sendiri yang tidak disembah, tetapi diguna bila sembahyang. Gereja Orthodox mendakwa mereka mempunyai penganut Kristian yang nombor dua terbesar di dunia.

GEREJA PROTESTANT

6. Pada tahun 1517 Padri Martin Luther dari German telah memimpin sekumpulan Padri-Padri memberontak dan menolak kepimpinan Pope di Rom dan memutuskan untuk merujuk terus kepada kitab mereka dalam hal-hal ugama tanpa rujukan kepada Padri-Padri Gereja yang dilantik oleh Pope. Penganut protestan tidak mahu menerima ajaran dan amalan penganut Gereja Protestant secara membuta tuli kerana mereka mengutamakan logic dan rasional yang munasabah. Gereja Protestan mendakwa mempunyai 350 juta penganut di dunia.

GEREJA ANGLICAN

7. Pada tahun 1534 m. s., Gereja Inggeris pula telah bertindak untuk berpisah dari naungan Pope di Rom. Reformasi Gereja Inggeris berhasil apabila King Henry VIII ingin bercerai dengan isterinya Catherine of Aragon untuk berkahwin dengan Anne Boleyn. Oleh kerana di desak oleh sepupu Catherine yang menjadi Emperor Rom pada waktu itu maka Pope Clement VII telah menghalang perceraian itu. King Henry VIII telah merampas kuasa dan mengesahkan perceraiannya sendiri sebagai kepala Gereja Inggeris. Maka King Henry VIII dan Gereja Inggeris yang dipimpinnya pun dipisahkan oleh Pope Paul III dari Gereja Katholik. Gereja Inggeris telah dikembalikan di bawah kuasa Pope di Rome apabila Queen Mary I menjadi raja Inggeris menggantikan Henry VIII. Oleh kerana Queen Mary I tidak mempunyai anak maka sepeninggalannya beliau telah diganti oleh adek tirinya Queen Elizabeth I.

8. Queen Elizabeth I telah berkelahi dengan Pope Pius V dan beliau telah di isytihar oleh Pope Pius V sebagai raja yang tidak sah. Maka terpisahlah Gereja Inggeris dari Rom sehingga sekarang. Ianya terletak di bawah Archbishop of Canterbury di bawah naungan Raja-Raja Inggeris.

KONFLIK GEREJA KATHOLIK DAN ANGLICAN


9. Permusuhan antara Gereja Inggeris dengan Gereja Katholik begitu parah sehingga pada 5 November, 1605 sekumpulan penganut Katholik telah meletak bahan letupan di bawah bangunan Parlimen untuk meletupkan anggota Parlimen dan Raja apabila Parlimen bersidang.

10. Oliver Cromwell telah menyerang penganut Katholik di Ireland, dan sekutunya dari Sepanyol, yang telah membunuh 20,000 penganut Protestan di Ireland antara tahun 1649 hingga 1652 ( petikan dari buku 'God and Gold' karangan Walter Russell Mead seorang neo-conservative - cetakan 2007 ). Tentera Protestant juga sama kejam dengan penganut Katholik dari Ireland dan Sepanyol.

11. Perpecahan antara penganut Kristian, yang bermula pada tahun 325 m.s. apabila Nicene Creed diperkenalkan telah berlarutan sehingga dalam ucapannya dalam Parlimen di England pada 17 September, 1656 Perdana Menteri Oliver Cromwell, sebagai pelindung The Church of England, atau Anglican Church, telah mengisytiharkan antara lain ' ... Truly, your great enemy is the Spaniard ( yang rajanya penganut ajaran Katholik ) .... through that enmity that is in him against all that is of God that is in you.' ( petikan dari buku 'God and Gold' oleh Walter Russell Mead - 2007 ).

12. Dari peritiwa-peristiwa di atas jelas sekali bahawa agama Kristian itu boleh berpecah belah berpunca dan bermula atas: (a) desakan Emperor Constantine di waktu dia berubah dari fahaman pagan, yang menyembah banyak berhala, sehingga wujudnya The Trinity yang mempelbagaikan jenis Tuhan, tetapi mengurangkannya kepada tiga, untuk disembah; (b) dengan keputusan Padri-Padri di bawah pimpinan Martin Luther yang menolak Padri sebagai perantara antara makhluk dan Tuhannya; dan (d) dengan keputusan Raja Inggeris King Henry VIII yang hendak menceraikan Catherine untuk berkahwin dengan Anne Boleyn. Jelas sekali peranan manusia dalam memanupulasi atau memutarbelitkan ugamanya.

CAMPURTANGAN MANUSIA DALAM MEMBINA UGAMA


13. Semua ini berlaku kerana mereka mengetahui bahawa Bible pegangan mereka itu juga adalah hasil dari ciptaan Padri-Padri yang penuh dengan percanggahan. Pembaca yang berminat bolehlah merujuk kepada buku kecil karangan Dr. Abu Ameenah Bilal Philips yang bertajuk The True Message of Jesus Christ terbitan International Islamic Publishing House, Riyadh, Saudi Arabia. Dr. Bilal Philips telah mendapat hidayat dan memeluk ugama Islam pada tahun 1972 dan kini berkhidmat sebaagai pensyarah di Qatar Guest Center, Doha, Qatar. Kegiatan beliau dapat diikuti dengan melayari web http://www.bilalphilips.com/..

PERCANGGAHAN KRISTIAN DENGAN SAINS


14. Di zaman The Dark Ages banyak ahli-ahli sains telah dibunuh oleh gereja kerana pendapat mereka bercanggah dengan isi Bible. Percanggahan antara sains, sebagai ciptaan Allah s.w.t. dengan ajaran Kristian adalah bukti yang nyata bahawa Bible itu bukan asli dan hanya gubahan manusia. Dari Italy, di mana ahli-ahli sains menjadi anggota 'The Illuminati' terpaksa mencari tempat perlindungan di tempat lain.

CEMBURU RAJA TERHADAP PANGLIMA SALIB


15. Di Perancis pula, Rajanya menjadi cemburu dengan kuasa dan kekayaan yang terkumpul pada kumpulan The Knights Templar, pahlawan Kristian yang menjadi kaya-raya kerana upah, hadiah, derma dan sumbangan, tanpa dikenakan apa-apa cukai, kerana budi dan jasa The Knights Templar menjaga keselamatan hartawan, jutawan dan raja-raja Kristian, dari ancaman orang-orang Islam, dalam perjalanan mereka dari negara masing-masing di Eropah ke Jerusalem.

16. Apabila permohonan pinjaman wang oleh King Phillip IV ( yang terkenal sebagai Phillip the Fair ) dari The Knights Templar, untuk membiayai peperangan dengan English, ditolak, maka Phillip memutuskan untuk mencukaikan Padri-Padri. Pope Boniface VIII tidak setuju sebaliknya memperkuatkan kedudukan gereja dengan pengisytiharan the Papal Bull dalam tahun 1302, yang meletak Pope di atas raja, dan sekaligus King Phillip di singkirkan. Usaha menangkap Pope telah digagalkan dengan sokongan rakyat. Pope, sebulan kemudian, didapati meninggal dunia kerana didera. Pope baru Bertrand de Goth ( Clement V ) seorang yang berbangsa Perancis, dan bukan Italy. Beliau adalah sahabat King Phillip IV.

17. Apabila The Knights Templar telah berjaya menggulingkan King Henry II raja Cyprus, untuk diganti oleh adeknya, maka King Phillip IV dengan kerjasama sahabatnya Pope Clement V telah menangkap The Knights Templar pada subuh 13 Oktober, 1307. 138 orang The Knights Templar telah didera dan dipaksa mengaku salah atas 100 tuduhan rekaan dan akhirnya mereka dibakar hidup-hidup di luar kota Paris. Sebelum mati dibakar pada 18 Mac, 1314, ketua The Knights Templar, Jacques de Molay, telah bersumpah dan mengutuk King Phillip IV dan Pope Clemen V. Mereka berdua telah meninggal dunia tidak sampai setahun kemudian. Kutukan inilah yang dianggap sebagai simbol menentang raja dan ugama..

GABUNGAN MUSUH-MUSUH GEREJA KATHOLIK DI SCOTLAND


16. Ahli-ahli sains yang menjadi anggota 'The Illuminati' dari Italy dan sekitarnya, dan kerabat pahlawan-pahlawan The Knights Templar, sekitar 3,000 orang, yang keduanya dimusuhi oleh Gereja Katholik telah mencari tempat baru untuk perlindungan sejak penangkapan bermula pada tahun 1307.

17. Secara kebetulan pada tahun 1306 Robert the Bruce telah membunuh rakannya Padri John Comyn dan dia disingkirkan oleh Pope dari lindungan Gereja Katholik. Selepas itu Robert the Bruce mengisytiharkan dirinya sebagai Raja Scotland. Dengan bantuan bersama The Knights Templar, yang juga telah disingkirkan oleh Pope, setahun kemudian, pada tahun 1307, Robert the Bruce telah menang dalam peperangan yang dinamakan "The Battle of Bannockburn" pada tahun 1314. Raja Scotland Robert the Bruce telah mengalahkan England. Dengan itu Scotland menjadi tempat yang sesuai untuk pengikut-pengikut The Illuminati dan The Knights Templar berpindah beramai-ramai, dan berlindung di bawah payung pertubuhan Freemason di Scotland. Scotland, The Illuminati dan The Knights Templar adalah musuh Gereja Katholik.

IKRAR MENGHAPUS RAJA DAN PENGARUH UGAMA

18. Sebelum ketua The Knights Templar Jacques de Molay mati dibakar di luar kota Paris dia telah memberi pesan kepada pengikutnya supaya menentang habis-habisan sistem pemerintahan secara beraja dan juga Gereja Katholik. Akibatnya yang dapat kita lihat dari sejarah ialah kejayaana gerakan Freemason memainkan peranan kearah berubahnya sistem pemerintahan beraja di Perancis kepada sistem Republik; terpisahnya Amerika Syarikat menjadi sebuah Republik dan merdeka dari Britain yang mempunyai sistem pemerintahan yang memberi kedudukan kerpada raja; dan leburnya pemerintahan Othmaniah ( Ottoman Empire ) yang beraja.

GEREJA TERKAYA YANG MENDUKUNG SISTEM KEWANGAN BERLANDASKAN RIBA

19. Gereja Katholik adalah sebuah organisasi yang kaya dan sangat berpengaruh kerana saham dan simpanannya keatas bank-bank. Ada bank di Amerika Syarikat muflis setelah tidak disokong of Vatican, kota pusat Gereja Katholik. Gereja Katholik sangat mendukung sistem ekonomi kapitalis yang berlandaskan riba. Jika dahulu ugama Kristian turut mengharamkan riba maka dengan perlantikan Pope dari keluarga Medici yang menguasai bank di Italy maka riba telah dihalalkan.

20. Di dalam blog saya pada 26 Oktober, 2009, atas tajuk 'War Criminal Conference,' saya telah menyebut bagaimana pihak bank begitu mengawasi kuasa mereka sehingga sesiapa saja termasuk Presiden, Raja dan Pope telah terbunuh kerana mengganggu sistem bank.

21. Pope yang di maksudkan ialah Pope John Paul I yang nama sebenarnya Albino Luciani yang menjadi Pope hanya untuk satu bulan pada tahun 1978. Untuk mengetahui bagaimana kejamnya Gereja Katholik terhadap sesiapa saja yang mengganggu kepentingannya bacalah sedutan ini:

'While Albino Luciani proved to be an irritant to the Curia in many ways, he made himself its absolute nemesis when he delved into the Vatican Bank's dealings, which dated back to the reign of his predecessor. In 1968, his predecessor Pope Paual VI had taken into his confidence a Sicilian financier name Michele Sindona.

Sindona's spectacular rise from veritable rags to control of a vast international banking empire was partially due to the support of his spatrons in the Mafia and in P2, a secret Masonic society controlled by Lucio Gelli. Gelli had assembled a network of right-wing military and political figures. Relying on bribery, extortion, and, when necessary, assassination and terrorism to expand his web of power, Gelli financed his empire through the systematic plunder of a growing string of banks acquired by his associate Roberto Calvi. With the help of Gelli and Calvi, Sindona gained control of a group of some of the oldest and most prestigious financial institutions in Italy and Switzerland, inclusind several in which the Vatican held an interest.

With his bright intelligence and naive fearlessness, John Paul I penetrated to the heart of this maze of corruption within weeks of his coronation. On the the evening of September 28, 1978, he called Cardinal Villot, the leader of the powerful Curia, to his private study to discuss certain changes that the Pope proposed to make public the next day. ( It has been reported that John Paul was also considering the release of the famous "Third Secret of Fatima," which was supposed to have been given to the public in 1960. ) Among those whose 'resignations' would be accepted by the Pontiff the following day were the head of the Vatican Bank, and several members of the Curia who were implicated in the activities of Sindona and P2, and Villot himself. Moreover, Villot was told that John Paul I would also announce plancs for a meeting on October 24 with an American delegation to discuss a reconsideration of the Church's position on birth control.

When Pope John Paul I retired to his bedroom on the evening of September 28, clutching the paperswork that would expose the Vatican's financial dealings with the Mafia and purge the Curia of those responsible, a number of very ruthless individuals had a great interest in seeing to it that he would never awaken to issue these directives.

When the Pope's housekeeper knocked at his door at 4.30 a.m., she heard no response. Leaving a cup of coffee, she returned fifteen minutes later to find the Pope still not stirring. She entered the bed chamber and gasped when she saw the Pope propped up in bed, still holding papers from the night before, his face contorted in a grimace. On the night table beside him lay an opened bottle of Effortil, a medication for his low blood pressure. The housekeeper immediately notified Cardinal Villot, whose first response to the news was to summon the papal morticians even before verigying the death hisself or calling the Vatican phasician to examaine the body. Villot arrive in the Pope's room at 5.00 a.m. and gathered the crucial papers, the Effortil bottle, and several personal items which were soiled with vomit. None of these articles were ever seen again.'
22. Jelaslah Pope John Paul I dibunuh oleh kawan-kawannya sendiri. Bacalah dua buku ini: (1) In God's Name: An Investigation into the Murder of Pope John Paul I by David A. Yallop dan (2) A Thief in the Night: The Death of Pope John Paul l by John Cornwell.


KENAPA MEREKA MENINGGALKAN UGAMA KRISTIAN


23. Oleh kerana gereja tidak membenarkan soal jawab dan kaji selidik secara mendalam dan saintifik mengenai ugama mereka, dan apa-apa saja berkaitan dengan misteri gereja mereka, maka banyak sekali tokoh-tokoh dan cerdik pandai Kristian telah memeluk ugama Islam. Antaranya ialah: 1) Col. Donald S. Rockwell dari USA, (2) Sir Jalaluddin Lauder Brunton dari England, (3) John Fisher dari New Castle, (4) Khalid D'Lornger Remraf, (5) A. W. L. Van Kuylenburg, (6) Walker H. Williams, (7) Miss Joan Fatima, (8) Khadija F. R. Fezoui dari England, (9) Count Eduardo Gioja dari Italy, (10) Hasan V. Mathews, (11) Mumin Abdur-Razzaque Selliah dari Ceylon, (12) Dr. Abdul Karim Herbert, (13) Ali Selman Benoist, Doctor of Medicine dari Perancis, (14) Prof. Arthur Alison, (15) Ameena Annie Spieget dari England, (16) Harry E. Heinkel, (17) T. H. Mc C. Barklie, (18) H. G. Newitt, (19) Saifuddin Dirk Walter Mosig dari USA, (20) J. L. Ch. Van Beetem ( Mohammad Ali ), (21) Walker H. Williams, (22) Mrs. Amina Mosler dari Jerman, (23) Ayesha Bridget Honey dari England, (24) Aesya Kim dari Korea, (25) Mrs. Cecilia Mahmuda Cannolly dari Australia, (26) Miss Joan Fatima Dansken, (27) Mrs. C. Sa'eeda Namier, (28) Fatima Heeren dari Jerman, (29) Madame Fatima Mik Davidson dari Republic of Trinidad and Tobago. Layarilah internet dan carilah nama mereka dan mereka akan memberi sebab-sebab mereka menolak The Trinity dan menerima Al Quran sebagai Kitab Allah. Bacalah mengenai mereka dari buku 'Yes! I Converted to Islam and Here is Why' terbitan Darussalam Publishers & Distributors, Riyadh, Saudi Arabia.

24. Oleh itu janganlah sekali-kali memandang ringan kepada penggunaan perkataan Allah di dalam terbitan Gereja Katholik. Sudah pasti seluruh dua Katholik, termasuk Pope di Vatican sedang memerhati perkembangan di Malaysia masa kini.

25. Keruntuhan pegangan Melayu dan Umat Islam, yang dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia telah menyebabkan berlaku: (a) Penghinaan terhadap pemimpin-pemimpin Melayu yang sudah berjasa, (2) Kecurigaan keatas institusi pencegah rasuah dan kehakiman, (3) Penghinaan keatas institusi Raja dan (4) Cabaran ke atas ketuanan Melayu. Media kita juga terus mendedahkan: (5) Keruntuhan institusi keluarga Melayu dan Islam dengan perceraian dan poligami berlandaskan keghairahan nafsu, (6) Kecuaian pentadbiran Melayu dengan rasuah yang di luar kawalan, (7) Ketidakmampuan kita untuk mengawal keselamatan dengan rompakan, pencurian, pencolekan yang berleluasa dan (8) Pengekalan pemimpin yang terbukti rasuah di dalam jawatan dan keghairan pemimpin yang belum terbukti rasuahnya, untuk merebut jawatan dan institusi, untuk menyusahkan tindakan diambil keatasnya.

26. Kita lihat bagaimana negara-negara Islam Iraq dan Afghanistan sudah dimusnahkan. Pakistan dalam proses pemusnahan. Iran sedang diancam. Yemen sudah dimasuki. Di Indonesia gambar Presidennya yang baru menang landslide dalam Pilihanraya Umum sudah dibakar gambarnya. Turki dan Mesir dalam tawanan. Sementara kita sedang berpesta dalam persaingan: dulu - (a) Siapa lebih berjasa untuk memerdekakan negara antara UMNO dan PKMM, lepas itu - (b) Siapa lebih memperjuangkan Islam antara UMNO dan PAS dan kini - (c) Siapa lebih sanggup mengorbankan hak bangsa dan ugamanya untuk menjaga hati yang bukan Melayu dan bukan Islam.

27. Pemimpin dan parti politik, lebih-lebih lagi yang bertopengkan agama akan melihat apakah lebih untung atau rugi dari segi mendapat undi dalam Pilihanraya Umum ke-13 sebelum menyokong, menentang, berkecuali atau berlagak sebagai orang tengah dan pendamai dalam isu merampaskan hak mengguna nama Allah. Sebenarnya seseorang ulama itu gugur gelaran ulamanya apabila berpolitik secara berparti kerana tidak mampu lagi menyatakan yang benar walau pahit sekalipun.

28. Dalam mempertahankan ugama, bangsa dan tanah-air Melayu Islam hendaklah berani. Jangan terkena penyakit wahnu atau hibbud dunya. Seseorang pegawai atau kakitangan kerajaan atau swasta hendaklah peka terhadap nasib bangsa dan ugamanya. Pak tani, nelayan, penternak dan buruh hendaklah tidak leka melupakan bangsa dan ugamanya. Arkitek, doktor, peguam, akauntan dan profesyional yang lain janganlah leka dengan bangunan, penyakit, dokumen, akaun dan tugasnya sahaja. Raja dan Menteri hendaklah peduli kepada lain dari jawatan dan kedudukannya.

29. Penari dan penyanyi di pentas, sebagaimana juga hakim dan peguam di mahkamah, janganlah leka dengan bentuk badan, pakaian, gaya, ragam, bahasa dan suara untuk menghibur penonton di dewan kerana penonton yang bernafsu ganas tidak akan puas selagi penari tidak tanggal semua pakaiannya.

30. Pope Benedict di Rome, seorang bekas tentera Nazi, sedang melihat apakah institusi Raja-Raja Melayu berani, mampu dan sanggup mengguna kuasanya sebagai pelindung ugama Islam apabila, secara sedar atau tidak sedar, nama Allah cuba dicemarkan kerana keputusan Hakim yang juga dilantik atas nama Raja-Raja Melayu. Beliau mengharapkan dengan isu ini Gereja Katholik akan bertambah popular di dunia ketiga walau pun ugamanya terus berkurangan penganut di Barat dan di kalangan orang-orang yang terpelajar. Apatah lagi dengan adanya pengarah seperti Dan Brown dengan bukunya Da Vinci Code and Lost Symbol yang mengenengahkan pandangan Freemason mengenai Gereja Katholik.

dipetik dari :http://sanusijunid.blogspot.com.

Khamis, 31 Disember 2009

SURAT TERBUKA HUSAM KEPADA MAHATHIR


Untuk Tun Dr. Mahathir,
(Surat Terbuka)

Tun,

Amat malang sekali PM telah menolak cadangan Tun supaya sebuah Suruhanjaya Diraja menyiasat pengurusan kewangan Tun dan Pak Lah dibentuk.

Alasan Najib sekadar melepas batuk di tangga. Sapu bawah karpet. Kemudian goyang kaki.

Jika Najib seorang PM yang serius melihat pulihnya pengurusan prudent, beliau mesti berbuat sesuatu. Kalau pun enggan menubuhkan Suruhanjaya Diraja.

Menteri Kewangan boleh membentangkan Kertas Putih mengenai ke mana wang minyak RM270 billion telah dibelanjakan. Tun harus menggerakkan cadangan ini. Paling tidak, Parlimen akan mendapat penjelasan melalui Kertas Putih MOF itu.

Ia mampu dilakukan oleh Kerajaan dan atas prinsip telus dan berakauntable, tidak ada sebab Najib enggan berbuat demikian.

Tentang penggunaan wang RM270 billion tersebut, memang ada kebenarannya untuk diragui.

Senarai ringkas di bawah sedikit sebanyak boleh memberikan gambaran bagaimana wang itu dibazirkan sesuka hati;

a. Pembatalan kontrak Landasan Berkembar Rawang-Ipoh.
Bayaran ganti rugi kepada DRB-Hicom - RM425 jutal

b. Pembatalan kontrak Jambatan Kedua Malaysia-Singapura
Bayaran ganti rugi kepada Gerbang Perdana - anggaran awal RM360 jutal

c. Bayaran ganti rugi kepada operator lebuhraya RM380 juta

Compensation to be paid to nine highway concessionaires are as follows

1. Ampang-Ulu Kelang Elevated Highway RM28 million,

2. North South Expressway (Central Link) RM18 million,

3. Seremban-Port Dickson Highway RM178 million,
4. Kulim-Butterworth Highway RM10 million,

5. Malaysia-Singapore Second Link RM6 million,

6. Sprint Highway RM34 million,

7. North Klang Valley Expressway RM9 million, and
8. Penang Bridge RM22 million.

d. RM 500 juta - pembelian bas baru untuk Rapid KL milik Khazanah. 1,000 bas sedia ada terpaksa disadai
e. Kompleks CIQ berharga RM 1 bilion menjadi gajah putih hasil pembatalan pembinaan Jambatan Kedua.

"The result is that more than RM1 billion has been wasted building the Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) complex (left), foundation works for a new railway station, pilings and preliminary works on the road linking the CIQ to the bridge plus compensation to the contractors because of the cancellation of the projects."

f. Kos pembinaan Landasan Berkembar Rawang- Ipoh, mengikut PAC, meningkat RM 1.43 billion dari harga asal. Mengikut laporan lain, ia meningkat dari RM 2.7 pada Julai 2007 kepada RM4.8 billion pada Mei 2008. Peningkatan 77% dalam tempoh 10 bulan!

g. Pembatalan insinerator Broga - dianggarkan di antara RM 500 juta hingga RM 700 juta untuk bayaran pampasan dan berkaitan.

Angka di atas sahaja dah mencecah RM 5.5 billion!

Sebahagian kos ini berlaku kerana sistem runding terus. Sebahagian, untuk menyediakan peluang perniagaan kepada pihak tertentu semata-mata. Sebahagian kerana bayaran ganti rugi semata-mata.

Siapa patut disalahkan, tidak disentuh di sini. Namun, bagaimana wang yang sangat besar boleh diselamatkan jika Kerajaan cekap dan berhemat.

Saya percaya, Tun mampu mempengaruhi Najib membentangkan Kertas Putih itu pada sidang Parlimen akan datang.

Atau, jika Tun ada cadangan lain bagaimana siasatan dan penjelasan terhadap isu ini boleh dilakukan.

Terima kasih.

Husam Musa

Rabu, 30 Disember 2009

BEKALAN ELEKTRIK BAKUN TIDAK AKAN KE SABAH


KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan untuk tidak menyalurkan bekalan elektrik dari projek hidroelektrik Bakun ke Sabah disebabkan oleh kos yang tinggi, persidangan Dewan Negara diberitahu kelmarin.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Noriah Kasnon, berkata kos yang tinggi itu disebabkan permintaan bekalan elektrik yang rendah di Sabah iaitu dalam lingkungan 300 megawatt sahaja.

“Sebaliknya, pembinaan stesen-stesen janakuasa yang lebih efektif dari segi kos adalah lebih wajar dipertimbangkan bagi memenuhi permintaan elektrik di Sabah khususnya di Pantai Timur,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Maijol Mahap.

Noriah berkata pembinaan talian penghantaran yang jauh dari projek hidro elektrik Bakun ke Sabah serta melalui kawasan yang mempunyai muka bumi yang mencabar, turut memberi impak terhadap kos penyaluran bekalan elektrik dari projek itu ke Semenanjung.

Beliau berkata ia juga merupakan satu daripada perancangan jangka panjang bagi memenuhi keperluan bekalan elektrik di Semenanjung serta mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil.

“Pada masa ini, bahan api fosil membekalkan lebih daripada 90 peratus keperluan bekalan elektrik di Semenanjung Malaysia,” katanya.

Beliau berkata kebergantungan yang begitu besar kepada bahan api fosil akan mendedahkan Semenanjung kepada risiko perbekalan serta harga bahan api yang tidak menentu sekaligus boleh menjejaskan keselamatan bekalan elektrik bagi Semenanjung.

Noriah berkata dalam perancangan pembangunan tenaga elektrik berasaskan sumber hidro bagi negeri Sabah, kerajaan telah mengenal pasti dua stesen janakuasa hidro yang berpotensi iaitu di Ulu Padas dan Liwagu sebagai satu daripada usaha untuk mengatasi masalah bekalan elektrik di negeri itu.

Isnin, 28 Disember 2009

ZAHID IBRAHIM - KONVESYEN PAKATAN RAKYAT


Saya minta maaf kerana telah sebulan tidak menulis. Maklumlah agak sibuk sedikit termasuklah menunaikan ibadah Haji di Makkah baru-baru ini. Alhamdullilah, semua kerja ibadat telah selesai. Malah sempurna juga kerja menjayakan Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama pada Sabtu lepas. Inilah perkara yang saya ingin huraikan hari ini.

Kejayaan konvesyen itu memang tidak boleh dinafikan. Sudah tentu UMNO dan media miliknya akan terus memperlekehkan usaha murni kita dan mengatakan itu semua cakap-cakap kosong sahaja dan tidak boleh dilaksanakan. Ada pula yang berkata, tidak ada perkara baru yang diketengahkan. Ada pula menuduh PAS menggadaikan perjuangan Islamnya. Inilah cara mereka yang biasa kita dengar; merendah-rendah, menghina dan menidakkan usaha baik orang lain. Malahan, mereka juga tidak malu mengaku bahawa mereka ini menghayati ajaran dan amalan Islam.

Yang paling ketara dan jelas ialah Pakatan Rakyat; DAP, KeAdilan dan PAS, telahpun sebulat suara bersatu untuk berpegang teguh kepada empat perkara pokok – menolak dasar perkauman dalam politik tanah air; menegakkan unsur demokrasi, keadilan dan keluhuran undang-undang selari dengan kehendak agama dan kepercayaan kita; merencana dasar ekonomi yang telus dan mengira kepentingan rakyat; dan menolak rasuah serta kerakusan kuasa. Ini adalah paradigma baru dalam politik negara.

Apa yang bakal menjadi cabaran kepada kita bukanlah menangani dakyah UMNO (walaupun ini memang perlu dilakukan) tetapi seperti kata Pemuda PAS, kita jangan jadikan konvesyen itu sebagai satu kejayaan satu hari sahaja. Ia perlu disusuli dengan kegiatan bersama dalam usaha bersungguh meyakinkan rakyat bahawa kita akan laksanakan janji tersebut. Kita perlu menunjukkan kepada rakyat bahawa kita membawa mesej serta fahaman politik yang berbeza.

Orang-orang Cina dalam Pakatan Rakyat mestilah menunjukkan bahawa kita bukan hanya mementingkan isu orang-orang Cina. Orang-orang India bukan sahaja memperjuangkan isu sekolah Tamil. Orang-orang Melayu pula tidak harus terus-terusan memperkatakan tentang kelemahan mereka serta meminta pertolongan ekonomi. Kita dalam Pakatan Rakyat mestilah memperjuangkan semua isu dan kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Kita mesti mengembalikan maruah kepada perjuangan politik Malaysia. Kita perlu buktikan muafakat sejati di antara kaum. Kita perlu menjalankan pentadbiran negeri serta negara yang adil dan saksama. Inilah sebenarnya cabaran yang menanti kita semua.

Perkembangan dunia hari ini akan membawa perubahan nilai di negara kita. Usaha-usaha meningkatkan kedudukan ekonomi dan taraf hidup mesti dibawa bersama dengan hak-hak keadilan, demokrasi dan kebebasan. Nilai inilah yang berpihak kepada kita.

Jika kita kuat berkerja, hasilnya juga lumayan. Tetapi bukanlah untuk orang-orang politik mendapat kuasa. Lebih penting hasil ini adalah untuk rakyat menikmati pembaharuan yang kita perjuangkan. Kita bukanlah mahu berubah semata-mata untuk perubahan. Tetapi kita berubah untuk menjadikan negara dan masyarakat kita berada di tahap lebih baik.

Dalam hal ini, saya amat yakin bahawa semakin ramai orang-orang Melayu Islam telah menyedari bahawa masyarakat yang bersih dari rasuah, penyelewengan dan korupsi merupakan tuntutan utama dalam Islam. Apa jua label atau slogan yang dilaung-laungkan tidak akan sama apabila dibandingkan dengan amalan sebenar yang berteraskan nila-nilai murni yang dituntut. Itu adalah Islam sebenar dan bukanlah hanya bercakap pasal hal-hal Islam. Inilah juga merupakan teras empat perkara pokok yang mahu diperjuangkan atas nama Pakatan Rakyat.

Isnin, 21 Disember 2009

SIAPA MENTERI PERTAHANAN WAKTU ENJIN JET F-5E HILANG ?



KUALA LUMPUR, 21 Dis: Pemimpin Umno yang menjadi Menteri Pertahanan ketika berlakunya kehilangan enjin jet Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) mesti bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku bukan membuat penafian begitu sahaja. Pemimpin berkenaan juga perlu bertanggungjawab terhadap penggunaan bahan peledak C4 oleh dua anggota polis ketika meletupkan seorang wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu, sehingga hancur berkecai kerana ia biasanya digunakan tentera bukannya polis. Demikian kata anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.


"Sebagai menteri beliau mesti bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kedua-dua kejadian ini, beliau mesti menjawab secara rasmi, dengan kenyataan bertulis dan disertakan dengan sokongan-sokongan bukan hanya melalui penafian dan sumpah semata-mata," kata Dr Lo' Lo'. Beliau juga mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kedua-dua peristiwa penting ini kerana ia melibatkan penyalahgunaan kuasa yang begitu jelas dan menimbulkan tanda tanya. Dr Lo' Lo' dipercayai mengulas peristiwa kehilangan sebuah enjin jet pejuang F-5E milik TUDM yang berharga lebih RM50 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, kerajaan tidak berniat untuk menutup hal itu. Beliau berkata, TUDM dan Kementerian Pertahanan telah membuat laporan polis sebaik sahaja perkara itu diketahui hujung tahun lepas. Ketika peristiwa kehilangan enjin jet itu berlaku, Menteri Pertahanan adalah Najib sendiri.

Jumaat, 11 Disember 2009

OBAMA TIDAK LAYAK MENERIMA HADIAH NOBEL KEAMANAN


Baru-baru ini, Barrack Obama telah dinobatkan sebagai penerima hadiah nobel keamanan..Sedangkan beberapa hari sebelum majlis penganugerahan itu, Obama telah mengumumkan akan menambah bilangan tentera ke Afgahnistan..Suatu bentuk penjajahan dan pencabulan kedaulatan sesebuah Negara merdeka. Amerika nyata biarpun berubah pemimpinnya ,namun masih menjadi kuasa pengganas ke atas Negara-negara Islam.

Amerika telah menyerang Afgahnistan selepas tragedy 11.sept yang menyaksikan Amerika di serang oleh satu Organisasi pengganas iaitu Al-Qaeda yang diketuai oleh Osama Bin laden. Biarpun musuh utama telah dikenalpasti, namun Amerika tidak mempunyai alasan yang adil untuk menyerang Afgahnistan mengikut Just War Theory kerana Al-Qaeda adalah sebuah pertubuhan Orangisasi dan bukannya sebuah Negara berdaulat. Afgahnista adalah sebuah Negara, dan Osama bin Laden hanya tinggal bersembunyi di Negara itu. Menyerang Afgahnistan hanya kerana Osama bersembunyi di Negara itu adalah tidak adil dan menyalahi peraturan dan undang-undang antarabangsa. Misalnya seorang pencuri yang lari bersembunyi di sebuah rumah,lalu polis bertindak mengepung rumah terbabit dan menangkap kesemua penghuni rumah tersebut. Polis tidak boleh menangkap kesemua penghuni rumah itu kerana hanya ada seorang pencuri. Sepatutnya polis menangkap pencuri tersebut.Begitu juga dengan Afgahnistan, Amerika sepatutnya menyerang dan menangkap Osama bin laden atau Al-qaeda dan bukannya Afgahnistan. Oleh kerana serangan Amerika ke atas Afgahnistan adalah salah dan tidak adil.

Alasan yang adil juga harus mementingkan keseimbangan antara tujuan yang adil dengan cara. Ini bererti sesuatu peperangan yang adil sepatutnya mempunyai kesan kebaikan daripada kesan kejahatan yang diperolehi. Contohnya tindakan polis menembak penjenayah adalah satu tindakan yang adil kerana kesan kebaikan adalah lebih banyak ke atas keselamatan masyarakat daripada kesan kejahatan.Begitu juga tindakan mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas pengedar dadah adalah lebih banyak mendatangkan kesan kebaikan kepada masyarakat daripada dibiarkan berada dalam masyarakat dan merosakkan masyarakat tersebut. Dalam serangan Amerika ke atas Afgahnistan ini telah menyebabkan kemusnahan dan kerosakan harta benda serta nyawa yang banyak Selain kos peperangan yang tinggi. Rakyat Afghanistan telah banyak yang terkorban akibat serangan itu.Oleh kerana itu peperangan itu lebih banyak mendatangkan kesan kejahatan daripada kebaikan. Peperangan itu adalah tidak bermoral dan tidak adil.

Menurut O’Brien (1961), sesuatu peperangan itu haruslah bertujuan untuk mempertahankan diri dari serangan. Contohnya seseorang polis yang bertindak menembak perompak yang bersenjata dan cuba menyerangnya adalah satu tindakan yang bertujuan untuk mempertahankan diri. Dalam serangan Amerika keatas Afgahnistan, ia tidak bertujuan untuk mempertahankan diri. Walaupun Amerika terlebih dahulu di serang tetapi serangan itu bukan dilakukan oleh Afgahnistan tetapi oleh satu organisasi Pengganas iaitu Al-Qaeda. Sepatutnya Amerika menyerang balik Al-Qaeda dan bukannya Negara dan rakyat Afgahnistan. Oleh kerana itu keputusan Amerika menyerang Afgahnistan adalah suatu serangan yang tidak adil.

Mengikut prinsip Jus ad Bellum iaitu justifikasi moral sebelum peperangan. Terdapat beberapa syarat yang harus dipenuhi sebelum sesebuah Negara itu dikatakan mempunyai hak untuk berperang secara adil. Antarnya ialah peperangan mestilah dilancarkan dengan niat yang betul iaitu bertujuan untuk memulihkan keamanan. Serangan Amerika ke atas Afgahnistan bukan disebabkan untuk memulihkan keamanan di rantau itu tetapi keran membalas dendam ke atas Osama bin Laden. Sedangkan dalam perkara ini, Osama bin Laden bukannya mewakili Negara Afghanistan. Sasaran peperangan dilakukan ke atas rakyat Afgahnistan sehingga menyebabkan beratus nyawa terkorban.Misalnya seorang guru yang mendenda kesemua murid dikelasnya kerana memberi pengajaran keatas seorang muridnya yang malas menyiapkan kerja rumah adalah salah kerana Guru tersebut sepatutnya hanya mendenda pelajar terbabit dan bukannya semua. Begitu juga dengan Amerika, sepatutnya menyerang Osama bin Laden dan bukan rakyat Afghanistan untuk memberi pengajaran kepada Osama . Oleh kerana itu tindakan Amerika menyerang Afgahnistan itu adalah tidak mempunyai niat yang betul dan tidak adil.

Kriteria ketiga Jus De Bellum ialah peperangan yang adil itu harus diisytiharkan oleh pihak berkuasa. Dalam hal ini keputusan untuk terlibat dalam sesuatu peperangan mestilah dibuat secara sah dari segi perlembagaan.Jika pihak berkuasa yang tidak sah dalam sesbuah Negara itu mengisytiharkan peperangan, maka peperangan yang dilancarkan adalah peperangan yang tidak adil. Keputusan Osama bin Laden menyerang Amerika dalam tragedy 11 September bukanlah keputusan sah bagi Negara Afgahnistan untuk terlibat dalam peperangan. Kerana Osama bin Laden bukan pihak berkuasa yang sah. Oleh itu keputusan Amerika Menyerang Afgahnistan sebagai tindakan balas ke atas Osama bin Laden adalah tidak sah dan tidak adil.

Jus In Bello pula merujuk kepada morality semasa perang.Dalam hal ini terdapat dua prinsip iaitu prinsip diskriminasi dan prinsip proporsionaliti. Prinsip diskriminasi melarang serangan dilakukan keatas orang awam kerana orang awam dianggap berada di luar peperangan. Misalnya seseorang manusia itu tidak boleh ditumbuk dengan sengaja secara moralnya, namun seseorang yang memasuki gelanggang tinju akan membuang hak mereka daripada ditumbuk.Begitu juga dalam peperangan, mereka yang memasuki pasukan tentara membuang hak mereka daripada tidak ditembak. Serangan Amerika ke atas Afghanistan bukan sahaja ke atas tentara dan Al-Qaeda tetapi juga melibatkan serangan ke atas orang awam.Ini menyalahi konsep peperangan yang adil.

Walaupun terdapat beberapa pertentangan pendapat mengenai pengklasifikasian orang awam dan tentera, misalnya ada orang awam yang berperanan mencipta senjata merbahaya seperti para saintis, adakah mereka ini juga dikatakan masih orang awam atau tentera ? Akan tetapi ini tidak menjadi satu petanda bahawa pembunuhan ke atas orang awam dibenarkan dalam sesuatu peperangan. Sebagai sebuah Negara yang berdaulat, rakyat Afgahnistan tidak seharusnya menjadi sasaran serangan Amerika ke atas Osama bin Laden.

Sebagai kesimpulannya jelas menunjukkan bahawa peperangan yang dilancarkan oleh Amerika keatas Afgahnistan adalah melanggar peraturan antarabangsa dan menyalahi konsep Just War Theory dan tidak mementingkan prinsip keadilan dalam perang yang sebenar. Amerika tidak mempunyai alasan yang adil, tidak mempunyai niat yang betul, tidak mementingkan keamanan sejagat, tidak bertindak mempertahankan diri dan juga membenarkan pembunuhan orang awam. Peperangan ini benar-benar tidak adil.Sewajarnya anugerah nobel keamanan itu tidak diberikan kepada Obama.