Khamis, 14 Jun 2012

MASBAK PERLU JADI KETUA CAWANGAN DI KG MERABAU

Saudara seagama Masbak Rumasid mempunyai ketajaman politik secara semulajadi. Tulisannya di blog beliau memberi gambaran bahawa saudara saya ini berminat dengan politik. Fahamannya jelas, memberi sokongan kepada BN.

Tapi dari cerita kedai kopi di Kota belud, tidak ramai yang kenal dengan Saudara Masbak. Malah ada anak muda yang kata langsung tidak pernah nampak mukanya.

Ada juga yang memberi cadangan supaya saudara masbak dapat pulang ke tanah tumpah darahnya di Kampung Merabau dan menjadi ketua cawangan UMNO di Sana. Kepakarannya diperlukan supaya peti undi Kg Merabau dapat dimenangi olehi calon UMNO pada pilihanraya nanti.

Bercerita politik di blog sahaja tidak akan membawa apa-apa erti. berjuanglah di peringkat akar umbi.

SIAPA MASBAK DAN WAN RAMLI CALONKAN MUSRAM


Lama tidak update blog ini. sekali buka terbaca pula blog Masbakkayangan yang mencadangkan Musram menjadi calon di tempasuk. saya mengenali ketiga-tiga orang yang disebut oleh Masbak Rumasid dalam tulisannya di blognya. Saya kenal Masbak ketika sama-sama dilanda demam politik era Tan Sri Isa Samad. Saya kenal Wan Ramli ketika perlawanan Bola sepak di Kg.Pantai emas era tahun 90-an.Saya kenal Musram ketika beliau bekerja di SAFMA lagi.Pendek kata ketiga-tiga mereka saya kenal secara dekat. Masing-masing ada kelebihan yang dianugerahkan tuhan kepada hamba-hambanya.

Saya hanya mengulas berkenaan dengan hasrat Wan Ramli mahu menentang Datuk Musbah di Tempasuk. Bagi saya siapa-siapa pun ada hak untuk bertanding 'demokrasi' tetapi ada wajarnya boleh diletak, Boleh atau tidak bertanding.

Hasrat Masbak dan Ramli mahu mencalonkan Musram juga tiada salahnya tetapi apakah empunya badan mahu dipergunakan untuk tujuan itu?Saya rasa Musram dari yang saya tahu, tidak mahu melibatkan diri dalam politik, walaupun tulisan-tulisanya dalam blognya kebanyakkan "copy paste' itu     menunjukkan beliau sokong BN.

Komen saya setakat ini dulu...

Selasa, 17 April 2012

BLOGGER MUSRAM RAKUNMAN KATA SERANGAN KEPADA MUSA AMAN ADALAH REKAAN SEMATA-MATA


Serangan Terhadap Musa Aman- adalah untuk mengwujudkan persepsi, bahawa Ketua Menteri Sabah itu, adalah perasuah.

Tulisan bersiri yang dibuat oleh laman web hantu.. Sarawak Reports dan Free Malaysia Today, adalah serupa dengan tulisan2 blog itu terhadap Ketua Menteri Sarawak Pehin Tan Seri Taib Mahmud, sebelum Pilihanraya Sarawak pada April, 2011.

Serangan terhadap Ketua Menteri itu adalah mengunapakai isu-isu lapok, seperti mana cuba diwujudkan sejak beliau dilantik ke Jawatan Ketua Menteri Sabah.

Kini, isu2 tersebut dikitar semula untuk refresh pendapat umum, bahawa Musa adalah perasuah.

Sejak Pilihanraya Pematang Pauh, tahun 2008, Musa terus dikaitkan dengan SD16 juta yang ditahan di Hongkong, kerana cuba diseludup keluar oleh seorang rakyat Malaysia berasal daripada Sabah, Micheal Chia.

Beberapa kali, Musa telah menafikan wujudnya hubungan antara beliau dan Michael Chia, namun isu hubungan tersebut, terus direfresh, seolah-olah hubungan tersebut wujud.

Kini, anak Musa dikaitkan dengan isu hubungan beliau dengan Michael Chia, kononnya wujudnya transaksi kewangan antara anak Musa dengan Michael Chia.

Lawan web yang dimiliki mereka yang tidak beridentiti itu, merekaysa, bukti2, kononya transaksi kewangan itu wujud.

Selain itu, laman itu juga mengwujudkan tuduhan terbaru, kononya seorang proxi Musa telah menyimpan wang USD30 juta di salah sebuah Bank di Swiss, melalui cabangnya di Hongkong.

Percayalah, semua tuduhan ini adalah rekayasa, untuk mengwujudkan persipsi terhadap Musa. Bagi mereka, fakta kebenaran tidak perlu, yang penting mereka berjaya mengwujudkan persepsi, bahawa Musa itu perasuah.

Masih ramai rakyat Sabah, tidak akan mudah terpancing dengan dakyah-dakyah ini, kerana mereka tahu, sejak Musa dilantik sebagai Ketua Menteri, pembangunan negeri terus rancak, pendapatan negeri terus meningkat, simpanan tetap negeri terus meningkat, dan yang paling penting bajet kerajaan negeri, merupakan bajet tertinggi di anatara negeri-negeri di Malaysia. Sebagai imbangan, bajet Sarawak untuk tahun 2012, hanya 3.9 bilion, manakala Sabah, 4.03 bilion.Berbanding dengan bajet Selangor yang hanya 1.6 billion.

Jumaat, 11 November 2011

111111 MISTERI YANG TERUNGKAI

Andaikan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU Ke-13) merupakan PRU terakhir yang penuh bermakna kepada golongan warga emas daripada kalangan elit politik seperti bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad, maka isu pokok yang wajar ditelusuri bersama oleh rakyat Malaysia ialah, apakah ciri-ciri negara yang telah dicorakkan oleh elit politik selama ini yang telah membawa kepada kemudaratan dari segi kekayaan negara?

Perdana Menteri Najib Razak (gambar kanan) yang berdepan dengan desakan dalaman UMNO supaya mengundurkan diri sebelum PRU Ke-13, nampaknya mengakui bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai kelemahan diri yang menyebabkannya kehilangan sokongan sebahagian besar rakyat, justeru wujudnya keperluan untuk program transformasi ekonomi dan seumpamanya.

Namun, apa yang enggan diakui Najib adalah, ciri-ciri negara yang dicorakkan oleh elit politik BN atau lebih tepat UMNO sebenarnya telah memudaratkan negara. Tidak kira sehebat mana program transformasi dilaksanakan, Malaysia tidak akan memasuki era negara berpendapatan tinggi. Hal ini kerana, pendekatan kepada program transformasi tidak lain tidak bukan masih terkongkong dalam dasar lama yang membawa manfaat kepada elit politik tetapi memudaratkan negara dalam jangka panjang.

Kalau dulu nama yang digunakan ialah pembangunan, kini namanya transformasi. Cukup indah dan bagus kalau apa yang diamalkan ialah pembangunan yang mampan dan kekayaan negara diagihkan untuk menjaga kebajikan rakyat terbanyak, bukan diperuntukkan kepada elit lingkungan pemimpin UMNO dengan tertanamnya budaya rent seeking.

Tetapi realitinya cukup menyedihkan. Apabila diteliti projek-projek yang diperuntukkan dalam Belanjawan Negara dan penemuan-penemuan Laporan Ketua Audit Negara, cukup banyak program atau projek yang melibatkan skandal penyelewengan wang rakyat. Pendedahan terbaru ialah bayaran untuk pembelian kondominium mewah berharga RM9.8 juta yang direkodkan sebagai “hutang” National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC) kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang melibatkan keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Wacana dominan pemerintah selama ini yang bertapak di atas kewajaran pembangunan agak meyakinkan. Namun, apabila apa yang berlaku ialah peragutan kekayaan bertopengkan nama pembangunan, dan apabila kekerapan skandal sedemikian telah membawa kepada apa yang disifatkan sebagai “sindrom katak dalam air mendidih” (boiling frog syndrome), bukan sahaja kekayaan diragut oleh golongan yang mencorakkan ciri-ciri negara mengikut acuan, nafsu dan kepentingan mereka, negara bakal berdepan dengan krisis jika sekiranya rakyat menjadi katak yang kehilangan kekuatan untuk melompat keluar.

Kalau sebelum PRU ke-12 pada 3 Mac 2008, “sindrom katak dalam air mendidih” merupakan sesuatu yang lumrah dalam kebanyakan negara yang mengangkat wacana “negara pembangunan” (developmental state). Elit politik dalam negara seumpama yang lahir daripada perjuangan nasionalisme dan anti-kolonialisme selepas perang dunia kedua melihat pembangunan ekonomi dan pemodenan masyarakat sebagai agenda terpenting mereka.

Negara dan agensi negara dilihat sebagai pemacu utama dengan kerjasama sektor swasta. Bagi menjayakan agenda tersebut, negara harus bersifat pembangunan. Rakyat pula harus berterima kasih kepada pemimpin negara dan jangan banyak mempertikaikan sesetengah kelemahan yang dianggap remeh-temeh. Dengan kata lain, elit yang mewakili kerajaan dan memperkudakan negara tahu segala-galanya. Rakyat namanyasilent majority. Cukup indah hubungan dari atas ke bawah yang dilakarkan oleh para elit dan media yang mendokong “kewartawanan pembangunan” (developmental journalism).

Tetapi realiti hari ini ialah, peranan meluas pemerintah dalam ekonomi tanpa mekanisme semak dan seimbang yang berkesan dan menyeluruh bukan sahaja menyekat perkembangan modal swasta, malahan menyebabkan amalan rasuah dan budaya rent seeking dalam pelbagai aktiviti termasuklah pengeluaran lesen, kawalan harga, kuota import dan sebagainya sementara hutang Kerajaan Persekutuan melambung tinggi seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah:

Sumber: Laporan Bank Negara Malaysia, dan Laporan Ekonomi, Kementerian Kewangan

Di Malaysia, Mahathirisme melihat pemerintahan kuku besi sebagai “elemen buruk yang diperlukan” sesuai dengan hegemoni elit pemerintah supaya negara dapat memecut dari segi pembangunan. Sehinggalah kepada pentadbiran Najib, jaringan kumpulan elit dibentuk dan rent seekingdiangkat sebagai bentuk sokongan ekonomi-politik utama untuk program transformasinya. Pelbagai agensi dibentuk untuk penyaluran peruntukan bukan secara langsung kepada rakyat terbanyak atau kumpulan sasaran seperti petani tetapi kepada agensi bersifat monopoli atau oligopoli seperti Bernas. Perangkaan sebuah Belanjawan Negara lebih merupakan penyenaraian dan pengagihan projek kepada jaringan kumpulan elit seumpama asalkan alasan bagus dapat difikirkan. Maka aktiviti seumpama yang bercanggah dengan produktiviti diteruskan meskipun program transformasi kononnya mahukan peningkatan produktiviti.

Wacana baharu yang perlu diangkat dewasa ini untuk memberi kekuatan kepada rakyat terbanyak, justeru menyemak amalan dan tingkah laku elit yang cenderung memperkudakan peranan dan kekayaan negara demi kepentingan diri ialah konsep “negara peragut” (predatory state) yang dibicarakan oleh sarjana seperti James K. Galbraith dan Peter Evans.

Dalam konteks Malaysia, isu-isu seperti tadbir urus dan ketelusan, ketidakcekapan, rasuah dan kronisme merupakan persoalan pokok yang perlu dijawab oleh elit seperti Najib yang menguar-uarkan segala program transformasi.

Negara perlu disusun semula supaya benar-benar merakyatkan ekonomi dalam menjaga kepentingan semua pihak dan tidak hanya menjaga kepentingan sebahagian kecil yang mempunyai kaitan politik dengan pemimpin negara. Isu pokok yang cukup mustahak untuk negara yang terperangkap dalammiddle-income trap seperti Malaysia ialah, transformasi yang membawa pembangunan tetapi pada sama yang sama mengizinkan peragutan kekayaan negara oleh sekumpulan kecil elit bukan sahaja jauh menyimpang jauh daripada makna transformasi, malahan akan memudaratkan negara sehingga rakyat terbanyak terpaksa menanggung beban berat apabila krisis serious melanda negara pada masa hadapan.

Sesungguhnya, apa yang dilakarkan oleh konsep “negara peragut” bahawa “pembangunan tanpa pertumbuhan bermakna” bakal mengorbankan kekayaan negara dan menjahanamkan negara juga merupakan lakaran yang tepat dengan program transformasi yang diuar-uarkan oleh Kerajaan UMNO-BN yang dipimpin oleh Najib.

Walau bagaimanapun, rakyat di kebanyakan negara di dunia ini kini bangkit daripada “sindrom katak dalam air mendidih”. Kekuatan rakyat di negara-negara Timur Tengah contohnya telah berjaya menumpaskan pemerintah yang meragut kekayaan negara atas nama pembangunan dan transformasi. Begitu juga di Malaysia, kebangkitan rakyat terserlah semasa perhimpunan BERSIH 2.0.

Meskipun serangan bertalu-talu dilancarkan terhadap peguam Ambiga yang memimpin gerakan BERSIH demi melenyapkan impak besar gerakan tersebut terhadap politik tanah air, senario global menunjukkan bahawa, rakyat terbanyak pasti bangkit dan tolak parti politik yang membawa negara ke arah “negara peragut” bertopengkan nama pembangunan dan transformasi.

Demi menyelamatkan kekayaan negara dan harapan baharu kepada generasi akan datang, mari kita lompat keluar daripada kuari air yang semakin panas suhunya sebelum terlambat.

Sama ada Parlimen dibubarkan atau tidak, hari ini tetap merupakan hari lahir saya. Semoga kekayaan negara sempat diselamatkan daripada para elit yang berselindung di sebalik “negara peragut” yang menjuruskan negara ke arah pembangunan tanpa pertumbuhan bermakna.

*Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dan kolumnis MerdekaReview.

Sabtu, 5 November 2011

SABAH SOKONG PENDIDIKAN


KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri membelanjakan jutaan ringgit setiap tahun untuk pembang- unan pendidikan di semua sekolah Cina jenis per- sendirian dan jenis kebangsaan.Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman berkata, peruntukan yang sama juga diberikan kepada sekolah-sekolah mubaligh di negeri ini untuk tujuan yang sama.Katanya, sebagai contoh, SRJK Chung Hwa Likas adalah antara penerima yang mendapat manfaat daripada dasar kerajaan itu.

Bagi memastikan negeri ini memainkan peranan positif dalam pembangunan pendidikan negara, kita perlu tenaga kerja yang berpengetahuan untuk mencapainya.


Oleh itu sekolah memainkan peranan penting terutamanya di peringkat awal persekolahan dan diikuti pendidikan di peringkat institut pengajian tinggi untuk melahirkan tenaga kerja yang berpengetahuan tinggi, katanya.Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya sempena Malam Budaya SJK (C) Chung Hwa Likas di Dewan Tshung Tsin, di sini, pada malam tadi.


Teks ucapannya disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Dr. Yee Moh Chai.Musa berkata, rakyat di negeri ini amat berterima kasih kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dalam Belanjawan 2012 yang memperuntukkan RM100 juta kepada setiap sekolah Cina, Tamil dan sekolah mubaligh serta institut Mara di negara ini.


Keputusan kerajaan itu jelas menunjukkan bahawa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri amat sensitive terhadap keperluan pelbagai jenis sekolah di negara ini dalam usaha untuk meningkatkan lagi keseluruhan taraf pendidikan negara, katanya.Beliau berkata, kerajaan negeri juga berhasrat untuk merapatkan jurang perbezaan dari segi pendidikan di semua kawasan di negeri ini.Dengan itu katanya, Sabah telah membangunkan hub pendidikan di Sandakan yang menawarkan pelbagai kursus termasuk pertanian mampan yang ditawarkan oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan juga beberapa institut yang lain akan mengwujudkan cawangan masing- masing di kawasan itu.Musa turut berterima kasih kepada SJK (C) Chung Hwa Likas atas usaha menganjurkan Malam Kebudayaan.


Kerajaan negeri amat bangga kerana sekolah ini menerus- kan kecemerlangan dalam aktiviti kokurikulum dan akademik. Ia adalah hasil daripada sistem pengurusan sekolah yang baik dan komitmen Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah ini, katanya


.Beliau berkata, kerjasama yang baik antara semua pihak itu akan memberi manfaat kepada para pelajar sekolah berkenaan.Konsert pada malam ini juga dapat meningkatkan interaksi dan membantu para pelajar memantapkan lagi komunikasi serta mengasah kemahiran kepimpinan mereka.Di samping itu, ia juga membolehkan sekolah ini mempamerkan kualiti pendidikan dari segi Kesenian dan seterusnya memberikan peluang kepada para pelajar untuk menonjolkan bakat mereka, katanya.

Selasa, 25 Oktober 2011

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA KELEMAHAN,KETIRISAN DAN KEPINCANGAN BERTERUSAN


Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang gagal dikemukakan dalam Dewan Rakyat bersekali dengan Laporan Ekonomi dan dokumentasi belanjawan negara sejajar dengan amalan Parlimen Malaysia sekian lama, akhirnya diedarkan sebagai Kertas Perintah 40, Tahun 2011 kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat pada hari Isnin, 24 Oktober 2011. Pengedarannya lewat 17 hari dari tarikh pembentangan Bajet 2012 pada 7 Oktober 2011 yang lalu.

Kegagalan pengedarannya dibangkitkan berulang kali oleh Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, meskipun sebenarnya Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Kementerian/Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan telah siap ditandatangani oleh Ketua Audit Negara Tan Sri Haji Amrin Bin Bujang pada 8 Julai 2011 dan Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Kewangan Dan Aktiviti Serta Pengurusan Syarikat Subsidiari Badan Berkanun Persekutuan ditandatangani pada 16 Jun 2011. Sewajarnya tidak timbul masalah lewat mengedarkan laporan tersebut kecuali lah ada muslihat untuk menyembunyikan fakta sebenar dari pengetahuan rakyat.

Hasil dari penelitian prestasi terhadap pelaksanaan aktiviti di bawah 32 Kementerian/Jabatan Persekutuan dan pengurusan 7 syarikat Kerajaan, Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan bahawa dari segi pelaksanan aktiviti/projek yang dijalankan terdapat beberapa kelemahan yang berpunca daripada penyeliaan yang kurang rapi, ketiadaan pemantauan yang berkesan, kekurangan peruntukan kewangan dan kekurangan kakitangan serta kepakaran. Laporan Ketua Audit Negara juga mendedahkan kelemahan, kepincangan dan penyelewengan yang berlaku dalam 45 aktiviti/projek di bawah pelbagai Kementerian/Jabatan Persekutuan.

Mengaibkan adalah pendedahan terhadap kepincangan beberapa aktiviti/projek yang mensasarkan golongan berpendapatan rendah dan rakyat termiskin. Antara projek dan aktiviti tersebut adalah:

1. Kelemahan pengurusan Program Pembasmian Kemiskinan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM691.52 juta pada tahun 2010 dan didapati mengalami kegagalan 54.4% daripada pencapaian objektifnya.

“Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) adalah agensi penyelaras Program Pembasmian Kemiskinan di bawah RMKe-9. Matlamat utama program ini adalah bagi mensifarkan miskin tegar pada bulan Disember 2010 di seluruh negara. Pada tahun 2010, sejumlah RM691.52 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan program ini. Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri (PPPN) atau Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri (JPPN) bertanggungjawab menyelaraskan pelaksanaan projek di peringkat negeri. Pengauditan yang dijalankan antara bulan September hingga Disember 2010 mendapati masih lagi terdapat seramai 2,472 orang miskin tegar di seluruh negara dan pelaksanaan projek peningkatan ekonomi kurang memuaskan kerana 37 (54.4%) daripada 68 projek yang dilawati gagal mencapai objektifnya. Juga terdapat kelemahan dalam pengurusan program seperti tempoh pelaksanaannya tidak mencukupi; peserta tidak layah diberi bantuan; peserta tidak tahu terlibat dengan projek; barang tidak diterima sepenuhnya dan tidak lengkap; bantuan tidak diterima oleh peserta; projek tidak dilaksanakan oleh pembekal; pembekal mengambil keuntungan daripada peserta; mentor tidak memainkan peranannya; perjajian projek champion tidak lengkap; komitmen peserta rendah dan kelemahan pemantauan.” - Laporan Ketua Audit Negara 2010, muka surat xvii.

2. Kelemahan pengurusan Skim Insentif Peningkatan Hasil Padi di bawah Kementerian Pertanian yang mendedahkan kegagalan Kerajaan Persekutuan membayar insentif berjumlah RM110.67 juta kepada 73,291 pesawah kerana peruntukan tidak mencukupi.

“Insentif Peningkatan Hasil Padi (IPH) adalah untuk memberi galakan kepada petani untuk meningkatkan hasil padi semasa dan meningkatkan tahap sara diri. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 September 2006 telah bersetuju skim IPH dilaksanakan dan pembayarannya dibuat mulai bulan Mac 2007. Sejak skim ini dilaksanakan sehingga tahun 2010, sejumlah RM230.62 juta telah dibelanjakan daripada peruntukan skim IPH dan sejumlah RM72 juta daripada peruntukan Dasar Jaminan Bekalan Makanan. Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga November 2010 mendapati objektif skim IPH untuk meningkatkan pengeluaran padi telah dapat dicapai. Bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan dalam pengurusan IPH seperti tiada perjanjian yang mengikut BERNAS yang dilantik sebagai agensi pelaksana skim; peruntukan tidak mencukupi mengakibatkan Kerajaan belum membayar insentif berjumlah RM110.67 juta kepada 73,291 pesawah; kadar insentif yang tidak munasabah bagi pesawah yang mengusahakan tanaman lebih 2 hektar dan kelewatan BERNAS menyelesaikan siasatan terhadap kes di mana peningkatan hasil padi melebihi 10% daripada anggaran hasil yang ditetapkan.” - Laporan Ketua Audit Negara 2010, muka surat xxii.

3. Kelemahan pengurusan penyenggaraan jalan persekutuan yang diswastakan di negeri Sarawak setelah sejumlah RM462.46 juta telah dibelanjakan.

Program penswastaan penyenggaraan jalan persekutuan di negeri Sarawak dilaksanakan oleh 3 syarikat konsesi iaitu PPES Works (Sarawak) Sdn Bhd, Endayan Construction Sdn Bhd dan HCW Engineering Sdn Bhd. Mengikut perjanjian penswastaan, jalan persekutuan yang perlu disenggarakan setakat 14 Julai 2003 ialah sepanjang 1,326 km dan telah meningkat kepada 1,566 km setakat 31 Disember 2009. Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga Disember 2010 mendapati secara umumnya keadaan jalan persekutuan adalah kurang memuaskan walaupun sejumlah RM462.46 jua telah dibelanjakan untuk penyenggaraannya bagi tempoh tahun 2005 hingga 2010. Selain itu, terdapat beberapa kelemahan seperti kerja penurapan jalan tidak dibuat dan kerosakan pavement tidak dibaiki; jentera yang digunakan untuk memampatkan kerja penurapan jalan tidak mengikut spesifikasi serta penyenggaraan bahu/perabot.perparitan jalan tidak memuaskan.” - Laporan Ketua Audit Negara 2010, muka surat xxv.

4. Kelemahan pengurusan projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Ke 2 di pelbagai kementerian dan jabatan yang terdedah kepada pelbagai bentuk penyelewengan perbelanjaan, bayaran dan peruntukan.

“Laporan Ketua Audit Negara turut menyentuh Pakej Ransangan Ekonomi Kedua (PRE 2) berjumlah RM60 bilion yang dilancarkan pada 10 Mac 2009 bertujuan merangsangkan ekonomi negara dalam tempoh yang singkat. PRE 2 telah dirancang untuk dilaksanakan dalam tempoh 2 tahun iaitu tahun 2009 dan 2010 dengan peruntukan berjumlah RM15 bilion. Sehingga 31 Disember 2010, Kementerian Kewangan telah mengagihkan RM13.23 bilion kepada 27 Kementerian/Jabatan/Skim untuk melaksanakan 51,560 projek. Daripada jumlah yang diagih, hanya RM10.09 bilion (76.3%) telah dibelanjakan melibatkan 49,169 (95.4%) projek. Pengauditan yang dijalankan pada tahun 2010 terhadap 9 program di 6 Kementerian/Jabatan yang melibatkan 201 projek mendapati kesemuanya telah siap dilaksanakan dengan bayaran berjumlah RM426.69 juta kecuali satu projek iaitu Pembinaan Jambatan Sungai Padas Kedua, Beaufort, Sabah. Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan wujudnya beberapa kelemahan seperti prestasi perbelanjaan yang tidak menunjukkan prestasi sebenar pelaksanaan projek; perolehan/pembekalan peralatan/kerja/projek tidak mematui peraturan/kurang berkualiti/tidak memuaskan/kurang jelas/tidak tepat/tidak dipatuhi. Selain itu, terdapat kes di mana pembayaran dibuat sebelum peralatan/kerja dibekalkan/disiapkan/disiapkan dengan sempurna; berlaku lebihan bayaran dan peruntukan tidak digunakan untuk tujuan asal projek.” - Laporan Ketua Audit Negara 2010, muka surat xliii.

Sungguhpun Dato’ Sri Najib mengumumkan pelbagai janji untuk menangani kepincangan kelemahan dan ketirisan, namun ternyata janji-janji tersebut masih belum terpenuhi. Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendedahkan dan menjadi bukti kegagalan dasar transformasi yang dirangka Perdana Menteri. Pakatan Rakyat tuntas menyatakan segala Perubahan dan setiap Reformasi Sistem yang menyeluruh memerlukan iltizam politik yang jitu serta ikhlas demi manfaat rakyat Malaysia. Tanpa iltizam serta kegigihan dan tiadanya penyertaan rakyat untuk bersama-sama membangunkan negara ini, segala kebijakan mahupun dasar yang dirangka pastinya menemui kegagalan.

ANWAR IBRAHIMKETUA PEMBANGKANG

DEWAN RAKYAT MALAYSIA

Ahad, 21 Ogos 2011

MAMPUKAH MALAYSIA SELESAIKAN HUTANG

Dalam jangkaan kita bahawa segala perbelanjaan di dalam Bajet 2011 berjalan lancar, mungkin ada sesetengah perkara yang tidak mereka jelaskan dengan lebih jujur dan telus tentang kedudukan kewangan negara kita yang sebenar-benarnya.

Kerajaan Malaysia dijangka berdepan dengan saat-saat gentingnya untuk menyelesaikan hutang sebanyak RM101.65 bilion dalam tempoh tiga tahun, iaitu dari tahun 2010 hingga 2012, apabila Sekuriti kerajaan Malaysia (bon kerajaan) dan Sukuk yang berjumlah ratusan bilion ringgit ini sampai tarikh tebusannya.

Nilai tersebut yang mencakupi 30% daripada jumlah hutang awam dalam negeri ini tidak termasuk hutang negeri asing yang bernilai RM6.2 bilion dan pinjaman daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berjumlah RM7.2 bilion. Dan jumlah ini perlu diselesaikan pada tahun 2012 nanti.

KWSP juga merupakan “khazanah” terbesar bagi kerajaan persekutuan, apabila membekalkan pinjaman sejumlah RM56.59 bilion kepada kerajaan persekutuan dan GLC (Syarikat berkaitan kerajaan) dan badan-badan ini masih berhutang RM48.36 bilion daripada KWSP sehingga hari ini.

Sekiranya jumlah ini ditambah pula dengan RM93.11 bilion yang dilaburkan oleh KWSP ke atas bon kerajaan, maka jumlah dua angka ini mencakupi 40% daripada jumlah dana yang ada dalam KWSP. Dengan kata lain, KWSP menggunakan 40% wang pencen yang disimpan oleh pekerja Malaysia untuk menampung perbelanjaaan kerajaan persekutuan atau GLC.

Ini sebenarnya mencerminkan betapa pembaziran dan kurangnya disiplin kerajaan dalam mengendalikan kewangan negara sejek krisis ekonomi yang melanda negara pada tahun 2007. Sepanjang hampir 13 tahun yang lalu, kerajaan tidak bersungguh-sungguh untuk mengurangkan defisit dan hutang yang dipikul, dimana ianya menjurus kepada saat-saat genting kepada kerajaan untuk membayar hutang bon dan sukuk sebelum menjelang tahun 2013.

Kerajaan Malaysia sebenarnya mempunyai peluang untuk mencapai keseimbangan belanjawan dalam tempoh 13 tahun yang lalu, namun kerajaan masih memilih untuk mengekalkan belanjawan defisit pada paras purata 4.3%. Dan pada masa yang sama, hutang kerajaan pula melonjak dengan mendadak selepas krisis ekonomi, dari RM 90 bilion(32% berbanding KNDK ) kepada hampir RM 350 bilion(51% berbanding KDNK) pada tahun keangan berakhir 2009.

Kerajaan Malaysia memang bermasalah dalam disiplinnya ketika mengendalikan kewangan. Pada hakikatnya, kerajaan Malaysia berupaya untuk menyeimbangkan belanjawannya pada ketika harga pasaran antarabangsa minyak melonjak 2 tahun lepas. Namun, kerajaan persekutuan telah terlepas peluang keemasan ini.

Ekonomi Malaysia telah menurun, jikalau dibandingkan dengan beberapa tahun yang lalu. Kini, kerajaan bukan sahaja berdepan dengan masalah kekurangan pendapatan, malah perlu mengekalkan perbelanjaan yang besar untuk merangsang ekonomi. Jadi, adalah sukar untuk kerajaan mencapai matlamat menyeimbangkan belanjawan.

Dan sekarang, dengan beberapa projek-projek mega yang menanti seperti yang diumumkan di dalam Bajet 2011 iaitu pembinaan Menara Warisan dan sebagainya, adakah kerajaan persekutuan mampu untuk menyelesaikan kemelut kewangan mereka ini? Sekiranya tidak, ia secara langsung akan melibatkan seluruh rakyat Malaysia dalam hal ini.