Di kalangan blogger berbangsa bajau di kota belud, termasuklah saya, nyata tidak terkejut tetapi bersyukur apabila seorang lagi pemimpin suku Bajau iaitu Datuk Haji Musbah Haji Jamli telah mengambil langkah membuat blog peribadi untuk memaparkan aktiviti politik beliau. Terdahulu dari itu Datuk Salleh said Keruak telah duluan berbuat demikian. Hanya tinggal Datuk Japlin Akim. Datuk Abdul Rahman Dahlan juga sudah lama menyertai alam cyber memaparkan isu-isu dan pandangan politik beliau.
Hati kecil saya tertanya-tanya..bilakah Adun Usukan itu akan berkongsi idea dan aktiviti dengan masyarakat di daerah ini?. Kata rakan sekolah saya dulu..Branti jono ! kalau Yb Japlin ikut sama membuka blog. Saya pun tidak tahu kenapa?..
Antara para pemimpin dari suku Bajau ini..hanya Datuk Rahman sahaja yang berani menghadapi realiti politik, kerana beliau sajalah yang membenarkan ulasan atau komen dibuat oleh pembaca atau pelawat yang menjenguk blog beliau. Ketika saya membaca penulisan di blog Ahli parlimen itu..banyak juga idea-idea pembaca yang dapat dikongsi bersama. Dan barangkali dapat membantu Datuk Rahman menyelami permasalahan masyarakat di kota belud. Manakala Datuk Salleh dan datuk Musbah, langsung tidak memberikan ruang kepada pembaca memberikan komen. Kenapa ya..? saya pun tidak tahu. Sepatutnya sebagai pemimpin masyarakat, mereka lebih terbuka menerima komen dan ulasan daripada pembaca. Kalau kita katakan mereka ini sekadar suka-suka dan mengisi masa kosong, mustahil kerana blog mereka di ikuti oleh ramai orang bukan sahaja setakat di daerah kota belud tetapi seluruh malaysia.
Bagi saya orang bajau..agak sedih dengan perkembangan ini, tak tahu pula dengan rakan lain seperti sdr ambang sore, sdr gempur sabah, sdr Musli dan beberapa orang lain blogger dari suku bajau yang aktif . Kalau setakat memaparkan aktiviti, rasanya kurang memberikan manfaat kerana rakyat tidak berpeluang memberikan buah fikiran terhadap isu yang dikemukakan. tambahan lagi jika pembaca memberikan komen bersifat serangan peribadi, mereka boleh mengambil jalan tidak memaparkan komen berkenaan atau memadamkannya langsung. Jadi apa tujuan agaknya Datuk Salleh dan Datuk haji Musbah tidak membenarkan komen atau ulasan dibuat di blog mereka.
Ketika suku Iranun bersama pemimpin ulung mereka Tan Sri Pandikar Amin, membincangkan isu-isu politik semasa, saya amat teruja kerana di blog Tan Sri Pandikar ,beliau membenarkan ulasan di buat. Dan apabila saya membuka blog beliau...saya dapati tidak ada juga komen yang dibuat dengan menyerang peribadi dan memalukan. Sebaliknya dibuat dengan penuh tertib dan idea itu berguna untuk diambil perhatian. Bagi saya Tan Sri Pandikar lebih terbuka dari Datuk Salleh dan Datuk Musbah. Harap hal ini difikirkan.!
disinilah kita dapat melihat ketidakterbukaan sesetengah pemimpin BN. tidakkah mereka sedar sekarang zaman rakyat lebih tahu berbanding kerajaan? mereka tidak tahu kesan positif jika mereka memberi ruang kepada pembaca. pendapat pembaca sepatutnya menjadi panduan mereka untuk memimpin. saya setuju dengan sdr paling berani dalam perkara ini. apapun terjadi saya tatap sukung PAS!!
BalasPadamSalam AidilFitri.Maaf zahir dan Batin
BalasPadamSaya terima cadangan sdr.Di hari baik ini saya dan keluarga mengucapkan selamat hari raya kepada sdr.Sebagai manusia biasa,saya tak lari dari sbrg kesilapan.Justeru itu,maafkanlah saya.Demikian juga diri saya,telah memaafkan semua orang.
Salam ziarah sdr paling berani..
BalasPadamSyukur Alhamdulillah, atas paparan sdr kali ini..cadangan itu diterima oleh YB Datuk ADUN TEMPASUK...tahniah. Semoga kita masyarakat di KB akan mendapat manfaat atas perkara ini.
Ma kasih kerana mengunjungi blog KELAPA MAWAR. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN
Salam ziarah Sdr..
BalasPadamSaya juga berfikiran sprti sdr watasikadi...namun keputusan YB TEMPASUK itu sesuatu yang mencerminkan peribadi dan kepimpinannya.
Tahniah ! sdr palingberani..
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN