Semasa mengadakan rumah terbuka sempena Aidilfitri , ADUN BUGAYA, SEMPORNA Datuk Ramlee Marhaban yang dikaitkan dengan KM MUSA AMAN sebagai rakan dan penyokong kuat kepada KM Sabah itu..telah mengumumkan bahawa DUN BUGAYA yang sebelum ini berwakil rakyatkan Datuk Baslie Abd. Hamid akan mendapat bekalan air bersih, setelah hampir 20 tahun masyarakat di kawasan itu menunggu keperluan asas itu. Peruntukan sebanyak 15 Juta akan disalurkan menjelang tahun depan dan dijangka masalah itu dapat diatasi selewat-lewatnya pada tahun itu juga. Kerja-kerja membekalkan bekalan air bersih itu termasuk pembinaan loji penapis air dan pemasangan paip saluran bawah tanah.
Sebelum ini, ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan, juga mengumumkan perkara yang sama, apabila kerajaan pusat mempertimbangkan peruntukan sejumlah 50 juta untuk membaiki paip usang di Kota Belud untuk memastikan bekalan air bersih dapat diperolehi oleh masayarakat di daerah berkenaan. Sebelum ini ahli Parlimen daerah kota belud ialah mantan KM Sabah Datuk Salleh Said Keruak yang memegang Jawatan Ketua UMNO bahagian itu sekarang. Menurut kenyataan Ahli Parlimen, Datuk Rahman dahlan, bekalan air bersih itu akan juga dinikmati selewat-lewatnya penghujung tahun depan.
Dua isu yang sama tetapi berlainan daerah dan kawasan pilihanraya. Nampaknya kedua-dua orang Musa Aman ini begitu mengambil berat tentang keperluan asas di kawasan mereka. Apakah ini membolehkan rakyat melihat kewibawaan mereka..? atau mungkin juga mereka ikhlas membantu masyarakat yang benar-benar memerlukan bekalan air paip yang terawat..?
Namun begitu rakyat seharusnya mula sedar bahawa pemimpin yang baik dan bertanggungjawab ialah pemimpin yang banyak mengambil berat tentang masalah kehidupan mereka dan berusaha untuk menyalurkan bantuan. Semoga kedua-dua usaha murni ini berjalan dengan sempurna.
Salam Palingberani,
BalasPadamSaya menghormati pendirian saudara menyokong PAS. Tetapi dalam konteks pembangunan Bangsa, saya rasa saudara berfikiran terbuka. Kita harap pemimpin UMNO kini mengambil iktibar dari apa yang berlaku dalam PRU12. Penolakan rakyat kepada BN sewaktu tiu antara lain faktornya ialah ketidakpuashatian rakyat tentang pemimpin-pemimpin UMNO yang rasuah. Disamping calun-calun yang dipilih hasil manipulasi Datuk khairi Jamaluddin. Sebab itulah DARD jadi ahli Parlimen Kota Belud.
Tetapi kali ini Bond akan mengintif sebaik mungkin agar pelungnya menjadi calun UMNO di Kota Belud akan punah lanah.
A'kum Sdr Palingberani..
BalasPadamSaya rasa mungkin ada betulnya Musa aman pilih calon-calon ini..tengoklah mrk jenis yg buat kerja...yang dulu tu..susah nak cerita banyak utk diri sendiri
saudara palingberani, satu posting boleh diulas blogger KB supaya menjadi iktibar. syabas. buat makluman saudaraku James bond, Kami penyokong setia PAS tidak menghentam BN secara membuta tuli, bahkan akan memuji jika mereka melaksanakan apa sahaja yang memberi faedah kepada rakyat. Apa yang saya khuatirkan ialah cerita dan janji yang ditaburkan ini akan menjadi flatform untuk mereka mengambil untung melalui rasuah dan menjadikan projek dilaksanakan tidak berkualiti. lihatlah Stadium Sultan Mizan Di Terengganu, Baru berapa tahun sudah runtuh, sedangkan wang rakyat berjuta-juta dihabiskan. jangan nanti paip 50juta belum sampai 3 tahun sudah bocor dan memerlukan penyelenggaraan yang tinggi ketika itu. Projek 50 juta dan 15 juta ini harus menjadi projek yang berkualiti setimpal dengan nilainya. jangan nanti oleh kerana tuntutan kroni politik dikalangan kontraktor berjuta lagi dibelanjakan untuk penyelenggaraan sedangkan ia baru dibuat beberapa tahun sahaja. Ini yang dimaksudkan oleh DSAI ketirisan kewangan negara. Ketirisan seperti inilah menyebabkan bandar seperti manila dan bangkok lebih mundur dari KL walaupun lebih dahulu dibangunkan. mahukah kita KL dan bandar negara kita menjadi mundur? Ini akibat jika projek ini tidak dipantau dan pengambilan untung berlebihan oleh kontraktor. Ini pu jika projek ini jadi dibina, jika menjadi seperti sebelum ini hanya janji kosong dan cakap2 kosong sahaja. Bayangkan sahaja pilihan raya bagan pinang di PD, Terus PD diberi status bandar tentera darat untuk memastikan Tentera menyokong BN. Apapun, saya sentiasa mendoakan projek yang dicanang ini menjadi kenyataan demi rakyat. Biarlah kami PAS kalah jika itu harga yang harus dibayar untuk kesejahteraan dan kemakmuran rakyat. tapi apa buli buat, saya dari raya hari tu belum dibayar gaji oleh kerajaan ni sampai sekarang, saya tatap undi pas juga akhirnya..hehe...HIDUP PALINGBERANI!
BalasPadamsalam ziarah sdr palingberani...
BalasPadamsaya akan bagi komen kalau kg Rampayan dapat bekalan air bersih...
kebijaksanaan Musa aman dlm politik akan hanya dpt dibaca bagi mereka2 yg selalu mengamati gerak dan tatacara kerjanya..Byk yg tersirat drpd tersurat segala perilakunya..
BalasPadamkini anda boleh kira sepanjang menjadi KM..berapa ramai kaum kerabat dan sebangsanya yg menjadi YB?
Anaknya kini Ktua Pemuada Sipitang(awal 30an)
Kenapa Musa syg dgn Datuk Ramlee(semporna) dan DRD(KB)?
amat mudah...untuk mengimbangi dan menggangu kekuatan dan pengaruh Datuk Salleh(KB) dan Datuk shafie (semporna)
tq.
yes rajawali..saya setuju..walaupun begitu team rahman ni businessman semuanya dan tatap tidak pandai pulitik fel juga akhirnya. HIDUP PAS.
BalasPadamsALAM KEMBALI SDR:
BalasPadamJames bond 007,
Pendekar tua,
Watasikadi,
Rajawali,
watababai..
Bersama kita membangunkan daerah dan negeri kita dengan TAKBIR !..
Terima kasih atas kunjungan sdr-sdr sekalian. Salam hormat harap dapat bertandang lagi.