Ahad, 27 September 2009

DATUK MUSBAH - DATUK SALLEH : BAJAU SAMA ATAU SAMA -SAMA BAJAU


Kenapa saya menamakan penulisan ini dengan DATUK MUSBAH - DATUK SALLEH : BAJAU SAMA ATAU SAMA-SAMA BAJAU , kerana kedua-dua pemimpin ini kerap menjadi perhatian masyarakat bajau di Kota Belud. Mereka adalah pemimpin kesayangan orang bajau. Biarpun datuk Rahman juga orang bajau, tetapi beliau orang Tuaran. jadi orang bajau kota belud, tidak berapa tersentuh hati apabila ahli parlimen kota belud ini dikaitkan dengan pelbagai cerita-cerita panas. Itupun kalau ada. Orang bajau Tuaran pada asasnya 'bersaudara berpupu-pupu" dengan orang bajau kota belud. Tidak jauh beza sangat. Barangkali Datuk Rahman diterima di kota belud kerana itu. Tapi bagi datuk salleh Dan Datuk Musbah..mereka ini 'sah' dan "sahih" orang kota belud dan orang bajau. Oleh itu segala perlakuan mereka, turut terbabit ialah masyarakat bajau dan segelintir orang Iranun dan Dusun. kalau mereka berbaik, maka berbaiklah suku bajau di kota belud...kalau mereka berkira-kira, maka berkira-kiralah juga orang bajau di kota belud. Nah.. kalau mereka hanyut...mestilah hanyut juga masyarakat bajau, kerana hanya mereka berdua saja sejak dulu lagi menjadi pemimpin suku ini. Datuk Japlin ..orang baru ! belum teruji lagi ilmu politiknya...nak jadikan sandaran, agak susah..maklumlah orang baru.


Semasa Datuk Salleh ada jawatan dalam parti dan kerajaan, Datuk Musbah tidak dilihat sebagai ancaman politik kerana pada waktu itu, datuk Musbah tidak ramai kawan di kalangan pemimpin. Ada sekali Awadnir digaduhkan dengan Datuk Musbah, hingga Jawatan ketua bahagian UMNO menjadi milik Awadnir...bila keadaan aman, Datuk Musbah pula digaduhkan dengan Awadnir..Jawatan ketua bahagian Umno jatuh pula di tangan datuk Musbah...ketika saya dan ramai anak kemenakan menjadi perwakilan Umno Kota Belud..kami tahu, semua itu atas perancangan pemimpin dari suku bajau juga.


Apabila Datuk salleh tidak dicalonkan pada pilihanraya yang lepas, kemudian tiada jawatan dalam parti, ahli Umno di Kb, menagih kepimpinannya...mereka menjangkakan..datuk salleh dipinggirkan oleh Umno negeri. Waktu itu datuk Musbah berjaya mendapatkan jawatan dalam kerajaan, biarpun cuma pembantu menteri...orang bajau di kb, amat bersyukur kerana tiadapun Datuk salleh, adalah juga datuk Musbah. Kesyokkan itu bertukar menjadi bimbang, bila Datuk salleh mula beriya-iya mendapatkan kembali jawatan ketua Umno kb. Sehingga akhirnya berjaya..kerana perwakilan memilihnya atas banyak faktor, mungkin pengaruh, mungkin keturunan, mungkin wang, atau mungkin juga terhutang budi.

Kekalahan Datuk Musbah, membuatkan beberapa orang kuatnya juga mula mengalir kepada datuk salleh. datuk Musbah mula dikaitkan dengan Musa Aman yang tidak sehaluan dengan Datuk salleh. Orang Bajau..mula sudah resah...kalaulah dibiarkan, mungkin kita juga yang akan rugi.

Bila terbaca penulisan saudari KELAPA MAWAR bahawa perlu disatukan para pemimpin di kota belud. Saya terus menelefon kawan-kawan lama saya..dan mereka amat bersetuju dengan itu. Saya rasa ada benarnya Datuk salleh dan datuk Musbah, yang SAMA-SAMA BAJAU ,melupakan persengketaan...kata SDR.WATASIKADI..Jangan sampai orang pakistan memecahbelahkan kita...barangkali itu boleh di fikirkan oleh kedua-dua pemimpin bajau ini. wassalam.


5 ulasan:

  1. Salam ziarah..

    Ma kasih kerana mengikuti penulisan saya..teruskan posting sdr kali ini menuntut keikhlasan masyarakat bajau di Kb...tahniah!

    BalasPadam
  2. Salleh Said jadi KM selama 17 bulan sahaja, 1 tahun 5 bulan. Musa Aman KM sabah sejak 2003 hingga sekarang, 6 tahun. tidak adil mengatakan prestasi Musa aman lebih baik dari Salleh Said kerana tempuh masa yg berbeza.

    Ulasan mestilah adil dan rasional. sama juga seperti bandingkan Tun Said keruak KM selama 8 bulan (1975-1976) dengan Harris Salleh jadi KM Sabah selama 9 tahun. bagaimana kita boleh katakan yg 8 bulan dan 18 bulan lebih baik prestasinya?

    BalasPadam
  3. THANKS sdri KM, ada juga bah namaku masuk dalam ulasan. tahnks lagilah sekali. tapi memang patut difikirkan. kita rakyat KB harus ada autonomi sendiri menentukan pemimpin kita. jika mereka berdua ini bersatu demi KB maka akan wujud bangsa KB yang bersatu dan bakal menidakkan ancaman luar. jika DHMJ mahu berkerjasama dan DSSK pun bertindak seperti DHMJ, maka akan terhumbanlah pakistan sungai sibuga dan dimakan buaya. Mengenai autonomi ini, kita boleh luaskan diperingkat negeri, seperti tuntutan Yong Teck Lee harus kita sokong. takkan cina tahu fikirkan rakyat sabah kita masih ikut barua-barua dari seberang. SAYA TATAP URANG SABAH DAN BUKAN saye dari KUALE LUMPU..hehe..dari sabah untuk sabah, dari KB untuk KB. akhirnya dari rakyat untuk Rakyat cuma satu tidak dapat diubah sokonganku kepada PAS dan aku tetap ingat hari raya 1430 hijrah ini aku belum dapat gaji sampai sekarang, tapi hak mengundi tetap ditanganku..hehehe

    BalasPadam
  4. a'kum..

    kalau kedua-dua pemimpin ini enggan berdamai..pastikan jangan undi mereka. Adakah diaorang fikirkan kesan kepada pergaduhan mereka itu..?Terima kasih..

    BalasPadam
  5. firman Allah satu satu kaum itu tidak akan beruba jika kaum itu sendiri tidak merubah diri mereka..jadi bagunla SAMA KB tuk bersama2 bjuangan dengan rakyat Sabah Semua. Anak Sama KB..

    BalasPadam