Khamis, 10 September 2009

TIADA KERJASAMA DENGAN UMNO


Tidak akan ada sebarang kerjasama antara parti melibatkan PAS dan Umno tetapi tidak menolak kerjasama antara kerajaan dan kerajaan atau kerjasama untuk kepentingan ummah. Demikian tegas Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali ketika mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam menyatakan kesanggupun Umno berunding dengan PAS untuk kepentingan umat Islam negara ini. Mustafa menegaskan PAS bersedia untuk berbincang dengan Umno jika hubungan yang mahu dibina itu untuk kepentingan masyarakat umum, ummah dan negara serta mengadakan hubungan antara kerajaan dan kerajaan.

Beliau juga menegaskan kerjasama politik dengan pihak selain Pakatan Rakyat - Umno atau pihak-pihak lain - tidak perlu diadakan.

PAS, tegas Mustafa, tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat yang semakin kukuh dan diterima rakyat sebaliknya bersedia untuk menerima Umno jika parti itu mahu bersama menyertai Pakatan Rakyat.


2 ulasan: