Isnin, 31 Ogos 2009

PKR KOTA BELUD ‘RUMAH TIDAK BERPINTU”.


Tidak banyak yang boleh diperkatakan mengenai parti PKR di Daerah Kota Belud, kerana pejabat perhubungan parti itu pun sentiasa bertutup rapat ibarat “rumah tidak berpintu”. Malahan seharian mencari Pejabat itu, rasanya sudah ditutup atau memang sudah lumrah PKR, dimana-mana, hanya musim pilihanraya barulah Pejabat Parti itu dibuka. Macamlah rakyat hanya menghadapi masalah ketika berlangsungnya pilihanraya. Rumah calon PKR dalam PRU-12 yang lalu, juga lengang macam tidak berpenghuni. Betul kata orang PAS Kota Belud, orang-orang PKR di daerah ini hanya keluar pada waktu dekat-dekat pilihanraya. PKR, negeri tahukah situasi ini? Atau mereka di atas itupun berumahkan yang tiada pintu..? Bagaimana nak tahu keperluan rakyat kalau, nak keluar dari rumah sendiripun tidak tahu mana pintunya..?



Salah seorang yang bertanding sebagai calon PKR, ialah seorang dari suku Iranun…masa berkempen bukan main semangat dan tekunnya. Tapi bila kalah, entah di mana sudah ? barangkali tugasnya sudah selesai apabila pilihanraya tamat..? bukankah pilihanraya akan datang masih ada..? kalaulah masa sekarang digunakan untuk mendekati rakyat..alangkah baiknya.. Ini tidak, ke hulu ke hilir sibuk mencari ‘polos’ guna untuk belanja pilihanraya akan datang agaknya. Susah juga kalau calon yang belum merdeka ekonominya…Begitulah! Setakat mencatat sejarah sebagai calon yang kalah…



PAS Kb sekarang ni sudahpun mula mencongak-congak untuk mengintai calon mereka. Kata orang kampung , AWALNYA!.. tetapi mereka merancang dengan lebih berani dan teliti. Kawannya PKR pula masih lena dibuai mimpi kekalahan tempoh hari. Hingga ada yang sudah tidak “istiqamah” dalam perjuangan, kembali ke pangkuan UMNO semula. Tunggulah dalam dekat-dekat pilihanraya PKR KB akan ada calon barunya…dari suku mana..? biasanya kalau bukan dari bajau tentu dari suku Iranun lagi..kerana kedua-dua suku ini suka sangat bertelagah dengan pemimpin sedia ada…

Ahad, 30 Ogos 2009

SIAPA CALON PAS DI KB..?


Sesiapa yang pernah melalui tahun 1986, mungkin tidak akan melupai bahawa pada tahun itu PAS telah 'menurunkan' calon dalam kawasan Parlimen Kota Belud. Calon pilihanraya tersebut adalah orang tempatan iaitu Allahyarham Jamlidi Oli iaitu abang kepada Sdr. Musli Oli, seorang penulis anak kelahiran daerah Kota Belud yang juga sekarang ini aktif berpolitik dalam bahagian UMNO berkenaan. Perkembangan ini telah membawa kepada penubuhan Dewan Pemuda PAS Sabah pada 13.November.1988. yang dirintis oleh golongan muda yang berkerja di Jabatan -Jabatan kerajaan dan swasta. Muktamar yang pertama telah diadakan pada tahun 9189 di pusat Tarbiyah Kota Kinabalu. Parti PAS mula bergerak secara perlahan di sekitar 4 daerah iaitu Tawau, Kota Belud,sandakan dan Kota Kinabalu. Dan sehingga kini KOTA BELUD dilihat sebagai daerah yang berpotensi besar untuk PAS merampas kerusi peringkat DUN dan sekurang-kurangnya mengurangkan majoriti calon lain di kawasan Parlimen.




Antara kawasan DUN di daerah Kota Belud, yang ditandingi ialah DUN USUKAN dan DUN TEMPASUK. Ini kerana kedua-dua DUN berkenaan majoriti penduduknya ialah dari suku Bajau dan Iranun yang beragama Islam. DUN KADAMAIAN dikatakan sukar ditembusi kerana penduduknya yang non-muslim. Dalam Pilihanraya yang lepasa USUKAN telah ditandingi oleh calon PAS dari suku Iranun, tetapi gagal mendapat kepercayaan untuk diangkat sebagai wakil rakyat di kawasan itu. Sejarahnya akan tercatat, bahawa rakyat di kawasan berkenaan setidak-tidaknya sudah melihat perjuangan parti Islam itu. Sebagai permulaan, di daerah Kota Belud, sudah ditubuhkan sebuah pusat tarbiyah atau sekolah Pondok berasaskan pengajian sistem pondok seperti di semenanjung iaitu di Kg. Rosok yang diberi nama pondok Fil Zilalil Quran sebagai persediaan melahirkan pejuang islam yang bertakwa di masa hadapan.




Orang Kota Belud juga pernah menyandang Jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS negeri Sabah iaitu Allahyarham Datu Bandira Datu Alang juga dari suku Iranun. Perjuangan PAS di Kota belud ini masih lagi diteruskan oleh beberapa orang dari suku ini. Dan bakal diramalkan, pada PRU-13, nanti daerah Kota Belud sekali lagi akan menjadi gelanggang calon PAS dari anak tempatan sendiri untuk menawarkan diri sebagai pilihan kepada masyarakat setempat untuk memilih pemimpin. Siapakah tokoh yang disebut-sebut itu..?

SELAMATKAN BERAS NEGARA: MAHFUZ


Kerajaan digesa menarik balik Permit Import (AP) PADIBERAS Nasional Bhd. (Bernas) bagi menjamin keselamatan makanan negara. Pemberian AP kepada Bernas telah menyebabkan syarikat itu berkuasa melambakkan beras negara luar sekaligus mengancam pasaran beras tempatan.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar berkata, Bernas sebuah syarikat perniagaan yang mengamalkan dasar monopoli yang seratus peratus mementingkan keuntunggan berbanding menjaga makanan utama rakyat di negara ini.


Salah guna kebenaran eksport beras katanya sering berlaku contohnya di Sarawak pada satu ketika dahulu apabila sejumlah beras luar dibawa masuk kedalam negara tanpa AP dan ditahan oleh Kastam Diraja Malaysia. Kastam bagaimanapun membenarkan ia dibawa masuk selepas berlaku perundingan dengan kerajaan Malaysia.


Selain membatalkan AP, beliau juga mendesak kerajaan menarik balik kuasa Bernas menyimpan bekalan kecemasan. Menurut Mahfuz, Bernas tidak akan menyimpan stok kecemasan beras pada tempoh yang lama kerana tindakan itu akan merugikan mereka.
Sedangkan penyimpanan stok kecemasan penting bagi menjamin bekalan beras negara mencukupi untuk satu satu tempoh tertentu apabila dilanda masalah kekurangan beras dunia.


Sebelum ini Bernas dibidas kerana tindakan mereka yang hanya menyimpan stok simpanan berasnya selama sebulan berbanding tempoh lebih lama yang di amal negara lain. Tindakan Bernas itu telah mengakibatkan bekalan beras negara berkurangan dam mendedahkan negara kepada putus bekalan beras jika berlaku sebarang kecemasan.
Sehubungan itu, semua import beras katanya perlu dikawal selia pihak kerajaan sendiri termasuk juga penyimpanan stok kecemasan. Ianya penting bagi mengawal lambakan beras luar dan bagi memastikan keselamatan makanan negara terus terjamin.


Mahfuz sebelum ini antara yang mempertikai pemilikan 31 peratus ekuiti Bernas oleh syarikat asing berkenaan. Antara yang dipersoal adalah bagaimana Wang Tak boleh mengumpul dan menaikkan pemilikannya daripada sekitar 18 peratus pada tahun 2007 kepada 31 peratus sekarang tanpa dikesan oleh agensi-agensi kawal selaras seperti Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara mahupun Kementerian Kewangan.
Lebih menghairankan apabila tindakan Wang Tak itu juga 'tidak disedari' oleh kerajaan pusat melalui Kementerian Kewangan Diperbadankan, memegang saham pilihan yang boleh ditebus (redeemable preference share) atau lebih kenali sebagai saham emas di dalam Bernas. Saham istimewa itu memberikannya kuasa pembatal bagi melindungi kepentingan awam. Lazimnya kerajaan mempunyai dua orang wakil dalam Lembaga Pengarah Bernas.


Dan turut dipersoal adakah Bursa Malaysia tidak tahu atau tidak dimaklumkan sedangkan semua jual-beli saham yang melebihi lima peratus saham berbayar sesebuah syarikat wajib dimaklumkan kepadanya.
Mengikut laporan, selain wang Tak, pemegang saham utama Bernas adalah Budaya Generasi yang memiliki 30.8 peratus dan Serba Etika 6.46 peratus. Budaya Generasi juga dikaitkan dengan usahawan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.


Namun apa yang menjadi kebimbangan pada waktu ini, adakah nasib sama seperti berlaku pada Khazanah Nasional sewaktu membeli balik operasi Pantai Holdings akan berulang.
Pembelian balik tersebut adalah dengan harga yang berganda tingginya daripada harga yang dibayar oleh Parkway untuk menguasai Pantai Holdings.
Inilah yang mungkin terjadi kepada Bernas yang terpaksa dibeli balik dengan harga yang lebih tinggi daripada yang dibayar oleh Wang Tak. _

Sabtu, 29 Ogos 2009

ANTARA PAS DAN PKR DI SABAH.


Jangka hayat parti pembangkang iaitu PAS dan PKR di sabah, hanya bergantung kepada perkembangan dan perubahan yang berlaku di Semenanjung. Ini membawa pengertian bahawa perubahan yang perlahan juga turut memperlahankan perubahan kehendak rakyat Sabah. Meskipun scenario politik di sabah berbeza dengan angin perubahan politik di Semenanjung, tetapi oleh kerana PAS dan PKR berlabuh di sana maka, sebarang keterlanjuran parti-parti ini menawan hati rakyat Sabah juga tidak terkecuali dari pemantauan dua buah parti ini. Memang ada sesetengah pandangan menyatakan bahawa PAS dan PKR mustahil akan bertapak kukuh di Sabah. Begitu juga pandangan yang dilontarkan 10 tahun yang lalu di semenanjung,kerana ‘minat’ rakyat di sana tidak pun menunjukkan tanda-tanda sedemikian. Hanya Kelantan yang jelas mengkhendakkan perubahan kepimpinan dari BN kepada PAS. Namun akhirnya, perubahan itu berlaku dan 4 buah negeri jatuh ke tangan pembangkang.


Apakah scenario itu akan berjangkit di Sabah..? mungkin terlalu awal..tetapi tidak ada salahnya kita melihat kemungkinan ini bersandarkan kepada prestasi dua buah parti yang sudah pun mula ‘menghantui’ rakyat sabah. PAS dan PKR sajalah yang akan menjadi tumpuan masyarakat Bumiputera Islam dan non Muslim. PAS dikatakan mula bergerak seawal 1986 lagi..dan sekarang mensasarkan KOTA BELUD, TAWAU,SANDAKAN DAN KOTA KINABALU sebagai “padang sasar’ mereka. Manakala PKR dilihat lebih bersifat terbuka..dan melebarkan sayap pengaruhnya hampir ke semua kawasan pilihanraya di Sabah.

Mungkinkah PAS dan PKR menjadi pilihan..? sejurus PRU-12, Sabah masih lagi dilihat sebagai “fixed deposit” bagi BN kerana ternyata BN masih mendapat tempat di hati rakyat Sabah. Namun apa yang membimbangkan ialah kawasan yang ditandangi oleh PAS dan PKR makin bertambah….dan dari semua kerusi yang ditandingi kedua-dua parti ini ada pengundinya. Biarpun belum sampai ke tahap ‘menang’ namun itu satu semboyan awal..bahawa fahaman dan idealisme parti - parti ini mula menyusup masuk dan tidak mustahil satu hari nanti PAS dan PKR mampu menumbangkan beberapa calon BN di kawasan-kawasan tertentu. Di Samping perkembangan mutakhir yang memihak kepada pembangkang di semenanjung, perkembangan BN di Sabah pun dilihat menjadi factor pencepat kepada perubahan itu.

Selain itu kunjungan beberapa pemimpin PAS ke sabah,memperjelaskan kedudukan ini. PAS di Tawau dikatakan sebagai markas gerakan di sabah. Baru-baru ini, Tuan Guru hadi Awang, berkesempatan menemui ahli jawatankuasa PAS negeri di Tawau dan dikatakan “singgah’ menjenguk peluang di Semporna. Begitu juga Salahuddin Ayub, naib presiden yang kerap berkunjung di Sabah. Di Peringkat KOTA BELUD, para pemimpin PAS Pusat juga tidak ketinggalan mengunjugi daerah ini. Malahan sejak Allahyarham Fazil Nor lagi,pemimpin PAS sudah bertubi-tubi datang melawat daerah itu. Maka tidak syak lagi..PAS kini mensasarkan sekurang-kurangnya 1 kerusi DUN jatuh di tangannya pada PRU-13, di sabah. Manakala PKR pula, mensasarkan untuk mengurangkan autonomi BN di sabah. Mungkinkah angin perubahan di semenanjung ini akan bertiup di Sabah…?