Sabtu, 20 Februari 2010

AWAS DENGAN KULIT BABI


Sekarang ini terdapat pelbagai jenis barangan kulit seperti kasut, beg tangan dan sebagainya yang diperbuat daripada kulit babi. Biasanya barangan daripada kulit babi ini tidaklah mahal mana harganya kalau dibandingkan dengan barangan dari kulit binatang lain. Barangan kulit babi ini terdapat di mana-mana sebenarnya termasuklah di kompleks beli-belah.

Antara cara untuk kenal pasti barangan yang diperbuat daripada kulit babi ialah :



1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur kulit babi ini ada 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK. Cuba belek dan perhatikan, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka memang sah, itu adalah kulit babi. Jadi, jangan gatal tangan main beli je. Walaupun harganya mungkin jauh lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan itu adalah seperti gambar di atas.

2. Harga barang kulit babi ni biasanya lebih murah dari barangan daripada kulit binatang lain.

3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.



4. Kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kuilt babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.

Haa anda bagaimana? Ada ke yang pernah terbeli barangan (kasut, handbag dll) yang diperbuat daripada kulit babi? Semoga kita dilindungi oleh Allah Taala. Saya harap kita semua akan lebih berhati-hati sebelum membeli sesuatu barangan.


dipetik dari Blog : meja bulatku.

Isnin, 15 Februari 2010

RAHMAN DAHLAN KATAK DIBAWAH TEMPURUNG KATA HALIK ZAMAN

NAIB Pengerusi, Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan berkata tindakan 50 orang Ahli Parlimen Austarlia yang yang menggesa kerajaan Malaysia menggugurkan kes liwat melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Sri Anwar Ibrahim adalah satu tindakan yang biadap dan kurang ajar.

Sambil mengutuk tindakan 50 orang Ahli Parlimen Australia itu yang disifatkan satu lagi sentimen ‘mentaliti penjajah’ yang tidak boleh lagi ditoleransikan dalam zaman sekarang ini, Abdul Rahman menegaskan bahawa Malaysia bukan lagi budak suruhan Australia.

Pandangan sempit dari otak yang lembab boleh menghasilkan idea yang kurang sihat. Jika kita anggap 50 orang Ahli Parlimen Australia yang menyuarakan ‘hak kemanusiaan Anwar Ibrahim’ disifatkan oleh seorang budak kelmarin yang bergelar ‘Datuk’ sebagai biadap dan kurang ajar kepada Ahli-Ahli Parlimen Negara Australia itu.

Anwar Ibrahim yang kurang mendapat keadilan di negaranya dalam tuduhan 'terancang' dari sebuah negara Islam seperti Malaysia punya hak menyuarakan kepada dunia. "Walau siapapun akan berbuat benda yang sama kalau leher mereka dijerat oleh neraca yang berat sebelah ia mesti minta diselamatkan oleh dunia".

Misalnya, Ang Su Kyi dari Negara Junta Myanmar pun mendapat simpati dari Malaysia dan negara-negara luar kerana ketidakadilan negara itu membuat tuduhan melulu dengan menggunakan undang-undang Myanmar yang bertentangan dengan hak kemanusiaan untuk mendapat keadilan.

Semasa Datuk Seri Hamid Albar menjadi Menteri Luar Malaysia pun pernah juga berkunjung ke Myanmar meminta Ang Su Kyi dibebaskan dari tahanan, perlukah rakyat Myanmar menganggap Hamid Albar sebagai biadap dan kurang ajar?

Semua negara di duniapun punya perundangan tersendiri, tapi adakala undang- undang negara itu dijadikan alat politik ia boleh melanggar ‘hak kemanusiaan’ dan negara negara luar berhak menegurnya.

Sebagai seorang Islam di Negara Islam seperti Malaysia, Anwar Ibrahim juga berhak mendapat hak untuk dibicarakan di mahkamah Syariah. Dalam mahkamah sivil terlalu banyak alibi yang punya ‘kemungkinan’ terjadi bahawa air mani Dato’ Seri Anwar yang diambil oleh pihak berkuasa Malaysia pada tahun 1998; yang berada dalam simpanan itu boleh dimasukkan ke dalam dubur yang menuduh, kerana dalam pemeriksaan doktor swasta dan doktor hospital Kerajaan sebelumnya mendapati tidak ada kecederaan di dubur tertuduh.

Disebabkan Anwar Ibrahim seorang yang paling berpengaruh dalam politik Malaysia dan ia boleh menggugatkan politik Kerajaan, ia tidak mustahil tuduhan itu boleh ‘meragukan’ rakyat bahawa ‘Air Mani Anwar 98’ itu digunakan kembali dan dimasukkan ke dubur yang menuduh dijadikan sebagai bahan bukti utama?

Teguran negara-negara luar, Abdul Rahman dengan angkuh dan tidak mahu negara luar campur tangan; harus diingatkan kepada beliau bahawa ekonomi Malaysia 70% bergantung kepada negara-negara Luar.

Sedangkan Malaysia bergantung import perubatan dan peralatan perubatan pun datangnya dari Negara Barat, bukan itu sahaja perbagai keperluan rakyat Malaysia masih lagi bergantung kepada Barat. Bayangkan seandainya negara-negara barat mengambil serius 'pandangan' Abdul Rahman, bukankah itu akan berlaku suatu hal yang di luar jangkaan?

Abdul Rahman mesti berpandangan jauh dan keluar dari ‘tempurung’ bahawa Negara Australia adalah rakan dalam Commonwealth Malaysia, sedikit sebanyak Malaysia mempunyai hubungan dagang dengan mereka, tidak molek bagi beliau terlalu celupar mengeluarkan perkataan kesat yang boleh menjejaskan hubungan baik Malaysia dengan negara tersebut.

Kita bimbang kalau negara barat bersatu, pasal kes Anwar Ibrahim yang tidak mendapat keadilan yang seadil adilnya dianggap oleh mereka, Malaysia boleh dikenakan 'economy resunction' kerana di Barat lebih menitik beratkan soal ‘hak kemanusiaan’ yang dicabuli oleh kuasa politik.

Perlu diingat, jika Malaysia ditimpa bencana alam seperti gempa bumi dan mala petaka, Malaysia perlu bantuan kemanusiaan yang berbentuk kewangan dan kebendaan dari negara-negara barat. Oleh itu pandangan mereka perlu diambil kira. Mereka bukan mahu mengajar itik berenang tapi sekadar mereka 'menyediakan kolam tempat itik berenang.'

Malaysia masih dianggap serba-serbi kekurangan, ada kapal selam pun ‘ala recondition’ kata orang Sabah ‘ampai-ampai’ di pelabuhan Sepanggar.

Ingat bidalan Melayu pernah berkata, "Kerana pulut santan binasa, kerana mulut rakyat celaka". Kalau 'celaka' itu pergi kepada seseorang individu sahaja tidak mengapa, kita khuatir 'celaka' itu akan turut ditanggung sama oleh rakyat Malaysia.

Kalau UMNO merasakan mereka di tempat yang benar dan mempunyai segala eviden yang cukup kuat untuk menghukum Anwar, kenapa mesti mereka takut dengan pandangan negara luar? Melainkan mereka hanya mempunyai 'bukti yang terancang,' maka mereka punya segala hak untuk berasa takut. Takut akan kebenaran yang akan terserlah. Hope it's not, but if it does, just think about the impact that UMNO may face !


from: Sabahkini.

Sabtu, 6 Februari 2010

LELONG 'DARA' UNTUK BAYAR YURAN


'KERANA kesempitan wang untuk membayar yuran pengajian, seorang mahasiswi sebuah universiti di New Zealand nekad melelong daranya melalui Internet.

Lelongan dara pelajar berumur 19 tahun itu dibuat baru-baru ini menerusi 'tawaran harga tertinggi' di laman web ineed.co.nz yang berpusat di Hamilton, berhampiran Universiti Waikato, 393 kilometer dari sini.

Di bawah tajuk Hubungan Untuk Dijual, pelajar itu yang menggunakan nama samaran Unigirl memberitahu, dia berperwatakan menarik dan terdesak untuk mendapatkan wang bagi membayar yuran universiti.

"Saya tidak pernah melakukan hubungan seks dan masih dara. Keputusan menjual dara ini dibuat dengan penuh kesedaran dan saya sanggup menanggung segala risikonya," tambahnya.

Pemilik laman web berkenaan, Ross McKenzie memberitahu sebuah akhbar tempatan bahawa iklan itu tidak menyalahi undang-undang atau menyinggung masyarakat.

http://prebetsapus.blogspot.com/2010/01/lelongan-dara-bayar-yuran.html