Ahad, 10 Mac 2013

Bilakah suasana kehidupan kembali tenang di Lahad Datu?



KERANA Jamalul Kiram maka suasana kehidupan di Lahad Datu terutama di kawasan kampung yang diceroboh pengganas sulu menjadi tidak tenteram.


Sehingga kini lebih 2000 penduduk yang mendiami kampung Tanduo, Tanjung Batu dan Tanjung Labian terpaksa berpindah ke tempat-tempat penampungan, kerana kampung-kampung mereka diistiharkan sebagai kawasan merah.


Penduduk yang tadinya berhijrah ke Sabah kerana mengelak konflik di negaranya yang berlangsung berdekad, kini seolah-olah dikejar oleh keadaan itu.


Mereka ke sini semata-mata untuk menumpang kehidupan, kerana di negara mereka sendiri, perit dan kesusahan tidak memungkinkan meneruskan kehidupan.


Dikeranakan tindakan Jamalul Kiram III, yang berpunca daripada hasutan pihak-pihak tertentu dalam negara, maka keadaan di Selatan Filipina cuba di bawa ke Sabah. Kejadian itu bukan sahaja menimpa penduduk yang asal akan tetapi juga penduduk yang berhijrah itu.


Tindakan pengganas sulu memang sesuai dengan skrip dalang itu. Tindakan ganas yang tiada taranya terhadap pasukan keselamatan negara, adalah untuk mengwujudkan dendam yang mendalam dan sangat berbekas.


Dengan dendam kesumat yang amat dahsyat, maka kerharmonian yang ada selama ini terus tergugat. Panas setahun dihabiskan oleh hujan sehari.


Kini, walaupun keamanan akan kembali seperti sedia kala menjelang hari hari mendatang, namun suasana kehidupan tidak akan sama lagi. Sebagai Contoh, ADUN Lahad Datu Datuk Datu Nasrun Mansor, mengeluarkan kenyataan, bahawa berikutan dengan kejadian di Lahad Datu, maka beliau memutuskan semua hubungan dengan kaum tausog.


Pengistiharan Kawasan Keselamatan Khas bagi kawasan Pantai Timur Sabah yang meliputi Kudat, Sandakan, Lahad Datuk, Kunak, Semporna dan Tawau tepat masanya, walaupun kawasan baru itu tidak akan mengembalikan lagi keadaan sebelum pencerobohan Lahad Datu.


Kerana matalamat politik, maka Sabah dijadikan korban. Dalang kepada kejadian pencerobohan Lahad Datu, tidak mahu suasana negeri aman damai, apatah lagi kawasan Pantai Timur Sabah adalah Bank Votes kerajaan Barisan Nasional.


Walaupun secara keseluruhan jumlah pengundi daripada suku suluk yang terdapat dalam daftar undi yang boleh mengundi pada PRU-13 sekitar 80 ribu, namun undi mereka boleh menentukan kemenangan atau menggugat kemenangan calon-calon Bn.


Krisis Lahad Datu, memang dirancang oleh pihak-pihak tertentu untuk menganggu memontem pemimpin BN terutama menjelang PRU-13. Usaha mereka itu, nampaknya telah berjaya, kerana Ketua Menteri Sabah, Menteri Dalam Negeri, Menteri Pertahanan, Menteri Pembangunan Kemajuan Luar Bandar dan meneteri-menetri kabinet mahupun pusat dan negeri tertumpu masa mereka ke Ground Zero, malah ada yang berkampung sehingga kini.


Twit Datuk Hishamuddin pada pukul 1.30 pagi tadi, menyatakan bahawa beliau masih berada di Ground Zero memantau keadaan.


Pasukan keselamatan kini, hampir menyelesaikan tugas mereka. Tindakan pemberishan saki baki pengganas sulu masih diteruskan. Keterlambatan ini disebabkan kawasan yang luas, sebagai contoh satu rancangan Felda sahaja lima kali besar negara Singpaura.


Kawasan Ladang yang luas dan hutan yang tebal, memperlambat usaha pembersihan kawasan yang diistiharkan merah. Akan tetapi, lambat laun pemebersihan kawasan itu akan berjaya juga. Hanya menunggu masa.


Namun satu persoalan yang pasti, suasana kehidupan kawasan itu tidak akan seperti biasa lagi, sekurang-kurang dalam tempoh 2-3 tahun.

sumber> One Kota Belud. Blogspot.com