Selasa, 20 Oktober 2009

DATUK SALLEH DAN TUGAS KETUA UMNO BAHAGIAN KOTA BELUD.


Walaupun keputusan Datuk Salleh tun said untuk kembali memimpin UMNo Bahagian kota Belud dipertikaikan oleh sebilangan ahli Umno di daerah ini yang dikatakan oleh mereka sebagai menimbulkan perpecahan yang amat parah, namun bagi yang mempunyai "future political thanking", keputusan itu sesuatu yang tepat dan membawa perubahan dalam Umno Bahagian Kota Belud. Sebagai mantan Ketua Menteri dan juga mantan Ketua Perhubungan Umno negeri, Datuk salleh tentunya punya kepimpinan yang diktiraf dan diperlukan oleh rakyat di Kota Belud.

Saya masih ingat lagi, suatu ketika apabila datuk Salleh disambut oleh penduduk Lahad Datu dengan cukup meriah ketika beliau Ketua Menteri. Rakyat menunjukkan kesetiaan dan penerimaan yang tidak berbelah bahagi kepada Datuk salleh. Hinggakan, hampir-hampir dasar penggiliran Ketua Menteri pada waktu itu dibatalkan. tetapi atas beberapa faktor politik, akhirnya dasar itu diteruskan.

Kini apabila, hampir setahun datuk salleh memimpin Umno KB, nyata pemikiran dan gagasan beliau amat dikagumi. Beliau begitu menyokong atas prinsip perubahan yang cuba diketengahkan oleh datuk Najib. Malahan dalam beberapa ucapannya kepada perwakilan Umno Kb turut menggesa ahli bahagian berubah dari segi minda dan pendekatan mereka. Beliau kerap menyatakan bahawa, Umno KB perlu sentiasa peka kepada kehendak akar umbi. Biarpun beliau hanya seorang ketua bahagian dan tidak mempunyai apa-apa jawatn tetapi beliau turut mendekati rakyat di daerah ini.

Apa yang seharusnya wujud ialah ahli-ahli Umno Kb memberikan sokonganyang tidak berbelah bahagi kepada Datuk salleh selaku ketua Bahagian Umno. Dengan sokongan itu Umno Bahagian akan dapat merangka aktiviti yang lebih bersistematik dalam usaha mendekati masyarakat akar umbi. Antara aktiviti yang boleh dirancang ialah dengan mengadakan beberapa siri kursus dalaman buat ahli dan jawatankuasa Bahagian untuk menaikkan semangat perjuangan mereka seperti yang pernah dilakukan oleh Umno pusat di Janda Baik sehingga disebut-sebut dalam perhimpunan yang lepas.

Selain itu, mungkin Umno KB juga harus mewujudkan satu group pemikir untuk mencari kaedah dan strategi menambahkan ahli Umno dan juga usaha menghadapi parti pembangkang. Banyak isu-isu yang perlu dijelaskan kepada golongan muda di daerah ini supaya mereka tidak terus berada jauh dari parti Umno. Kehadiran mereka harus dihargai dan diberikan tempat serta dilibatkan dalam aktiviti-aktiviti parti supaya lahir kesedaran dan minat mereka menceburkan diri dalam parti Umno. Kehadiran mereka ini tidak harus dilihat sebagai ancaman kepada para pemimpin sedia ada.

Apakah Datuk salleh dapat mengubah mentaliti ahli Umno KB..?

2 ulasan:

  1. sukar untuk mengubah mentaliti ahli UMNO KB sebenarnya tetapi siri kursus saya rasa amat tepat. seperti SAPP ahlinya dikalangan belia di berikan kursus dalam kem belia, bersyarat pulak iaitu mesti pernah mengikuti kem remaja. tetapi UMNO tidak. haruslah UMNO berfikir untuk memberi kursus dari peringkat terbawah sekali hingga tertinggi untuk mengubah mentaliti mereka.

    BalasPadam
  2. semua ahli kena tolak kepentingan diri demi parti umno yang tercinta

    BalasPadam