Sabtu, 20 Februari 2010

AWAS DENGAN KULIT BABI


Sekarang ini terdapat pelbagai jenis barangan kulit seperti kasut, beg tangan dan sebagainya yang diperbuat daripada kulit babi. Biasanya barangan daripada kulit babi ini tidaklah mahal mana harganya kalau dibandingkan dengan barangan dari kulit binatang lain. Barangan kulit babi ini terdapat di mana-mana sebenarnya termasuklah di kompleks beli-belah.

Antara cara untuk kenal pasti barangan yang diperbuat daripada kulit babi ialah :



1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur kulit babi ini ada 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK. Cuba belek dan perhatikan, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka memang sah, itu adalah kulit babi. Jadi, jangan gatal tangan main beli je. Walaupun harganya mungkin jauh lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan itu adalah seperti gambar di atas.

2. Harga barang kulit babi ni biasanya lebih murah dari barangan daripada kulit binatang lain.

3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.



4. Kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kuilt babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.

Haa anda bagaimana? Ada ke yang pernah terbeli barangan (kasut, handbag dll) yang diperbuat daripada kulit babi? Semoga kita dilindungi oleh Allah Taala. Saya harap kita semua akan lebih berhati-hati sebelum membeli sesuatu barangan.


dipetik dari Blog : meja bulatku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan