Jumaat, 11 September 2009

KEMELUT UMNO TERENGGANU


Kemelut dan ketidaktentuan politik Terengganu yang didalangi pemimpin Umno akan berlarutan kerana Umno tidak mempunyai formula penyelesaian sebaliknaya meneruskan sikap berpuak yang amat menebal, kata Adun Sura, Terengganu, Wan Hassan Mohd Ramli. Akibat daripada sikap yang berpuak itu, tambah Wan Hassan yang merupakan bekas Exco Kerajaan Terengganu ketika PAS mentadbir negeri itu, rakyat Terengganu terpinggir tanpa pembelaan yang wajar.

Bagi membetulkan keadaan Wan Hassan mengesa rakyat Terengganu agar bersikap berani menolak Umno secara menyeluruh pada pilihanraya umum akan datang bagi membentuk kerajaan negeri Terengganu yang aman dan stabil dibawah pemerintahan Islam yang menyeluruh. Beliau dipercayai mengulas apa yang berlaku di Terengganu sekarang. Baru-baru ini, majoriti Adun Umno memboikot majlis yang dihadiri Timbalan Presiden mereka sendiri, Tan Sri Muhyidin Yasin di Kuala Berang. Ini kerana majlis itu dianjurkan oleh kem Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Sebuah laman web melaporkan, sembilan dari mereka bercadang untuk keluar dari Umno bagi menyertai PKR dan membentuk kerajaan baru dengan PAS. Namun sehingga kini belum menjadi kenyataan. Seorang pemimpin kanan PAS Terengganu berkata, para Adun Umno ini penakut sebenarnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan